Assalamualaikum dan salam sejahtera ^__^
~Tension betul..punyer lah lembab pergerakan intenet malam nih..dekat satu jam baru dapat upload satu pic.. Nak masuk blog kengkawan pun kena tunggu lama..hmm..sabo je lah^^
Pe2pun pic dah berjaya di upload setelah sekian lama menanti~ kita cuci mata dulu dengan Ayam Laksamana resepi ciptaan sifu CMG yang tengah hot skg nih..dah keluar magazine tau..finally, dapat jua menatap wajah CMG walaupun dalam kekaburan hehee ^^
Resepi nih dah lama masuk dalam list tapi asyik tertangguh nak mencubanya..minggu lepas baru berkesempatan..Alhamdulillah..sedappp..menepati citarasa kami sekeluarga^^..Kak MaDihaA dan Kak Diana pun dah cuba resepi nih..Tq pada CMG kerana berkongsi resepi2 yang superb2 semuanya..Izinkan yana share kat sini pula yer..senang nak buat rujukan nanti ^^
AYAM LAKSAMANA
Resepi : CMG @ Dapur Tanpa Sempadan
Sumber cuci mata : Kak MaDihaA & Kak Diana
BAHAN-BAHAN:-
1 ekor ayam, saiz sederhana, potong ikut suka
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
1 camca besar gula melaka
1/2 cawan sos tomato
3 camca besar sos cili
1 senduk nasi cili kisar
1 cawan air
Garam secukup rasa
1 helai daun pandan, disimpul
1 genggam kismis
1 camca besar bawang goreng
1 pokok daun ketumbar, potong kasar2
Sedikit gajus dan kacang pis untuk hiasan
BAHAN KISAR HALUS :-
2 biji bawang besar saiz sederhana
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 batang serai, hiris halus
3 biji buah keras
1 camca besar ketumbar
1 camca teh jintan kasar
1 camca teh jintan halus
1/2 biji pala, diparut (nutmeg)
CARA PENYEDIAAN :-
- Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan kelar2 sedikit. Gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Perap 10 minit. Goreng ayam tadi tapi jangan sampai garing, biar lembab2 saja. Angkat dan tos, ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus dan daun pandan hingga harum, masukkan cili kisar, kacau rata dan masak hingga terbit minyak.
- Masukkan ayam dan kismis, gaul rata dan tuang air. Kacau dan biar pekat, tambah garam secukup rasa dan gula melaka. Masukkan daun ketumbar dan bawang goreng, gaul dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur gajus dan kacang pis sebelum dihidangkan..
Selamat Mencuba :-)
nampak enak bangat nih..
ReplyDeletesedapnyer Yan...ni kalau kena nasik panaih2 perghhh... sedapnyerrr nikmat dunia....
ReplyDeletePelan2 Yana... Kak Amie pun selalu rasa menyampah kalau tenet lembab kalahkan siput he he ehhh...
ReplyDeleteTu ayam laksamana tu kakak belum pernah cuba lagi, kena tunggu masa bertsilat di dapur ni.
@ Adda Syuhada~ mmg enak banget.. sedap..nnt cuba lah ^^
ReplyDelete@ Kak Fiza~ sedap kak layan dgn nasi panas2..xde lauk lain pun xpe.. ^^
ReplyDelete@ hihii..silat kak jgn x silat.. sedap ayam laksamana nii..rugi xcuba ^^
ReplyDelete