Monday, February 11, 2013

APAM POLKADOT

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^__^

Masih dalam mood holiday~ holiday kat rumah je^^..Cuti panjang tapi kami kat rumah je..En.Suami kena stand by so, tak boleh nak keluar jauh..setakat jalan2 p Lumut pahtu pusing2 ke Teluk Batik..makan kopok ikan sambil main kejar2 dgn anak kat tepi pantai..seronok jugak kan~ saje nak sedapkan hati sebab tak leh p holiday jauh huhuu :P

Petang ni moh kita layan dulu dengan Apam Dot Dot kegemaran ramai..dah lama yana tak buat..Lepas subuh tadi terus jalan kan projek dot2 sepantas kilat sebelum baby jaga dari lena..kalau baby jaga confem kena stop 2 3 jam baru boleh sambung balik..Kali ni yana cuba pula resepi dari Lilydvalley@MyResepi lepas terskodeng dari rumah Kak Hana..Terima kasih untuk kedua2 penyumbang resepi apam yang mengebus nih ^^..


APAM POLKADOT
Sumber Asal : Lilidvalley@MyResepi

BAHAN-BAHAN:-

3 biji telur ~ dari peti sejuk
275 gm tepung gandum ~ kurang sedikit jadi 250g
220 gm gula halus ~ hana kurangkan sedikit 200g
170 gm susu segar@ susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovelette
1 sudu kecil esen vanilla
Filling blueberry@ strawberry secukupnya ( masukkan ke dalam piping beg )
Pewarna

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dna pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit sehingga likat dan agak ringan.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna kedalam piping beg ( atau plastik yang bersih )
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry@strawberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan sehingga 3/4 penuh. Kemudian dot dot kan dengan warna adunan pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10 - 15 minit. Api jangan terlalu besar bimbang apam akan merekah.

Selamat Mencuba :-)

4 comments:

  1. sedapnyer Yana...kak fiza pun lama dah x buat apam polka dot ni...kak fiza kalau buat letak filling coklat...laju jer budak2 ni makan...he he he

    ReplyDelete
  2. Tabiklah Yana... rajin dia mengadot... he he heh Kak Amie belum pernah cuba lagi, memang selalu tertinggal keretapi!

    ReplyDelete
  3. Tetiba pulak teringin nak mamam apam polkadot...sedap pekena teh panas...

    ReplyDelete
  4. amboi rajin nye mengedot ..selalunye tak letak filling pon, x kuase ..hihihi keje orang 'rajin' centu la ..hehehe

    ReplyDelete