Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Malam2 buta baru tayang cheese kek..xsesuai langsung kan (^__*)..xkisah lah..siang2 hari puan blog kebizian yang amat sangat..xsempat nak jenguk blog..apatah lagi nak merayau2 ke dapur teman2..rindunyaaa..InsyaAllah bulan depan xde kebizian dah~ ye la tuh
Sebelum dibuai mimpi indah, kita cuci mata dulu dengan Slice Cheese Cake..Yana buat untuk minum petang tadi..Suka sangat dengan kejadian kek ni..gebus mulus jerk (^_*)..Kepada teman2 yang belum menerai lagi kelazatan cheese kek ni diharapkan sudilah menerainya..pasti xde penyesalan hihiii..~ jom lah tido..mata dh layu tahap gaban *__*..jumpa lagiiii....
SLICE CHEESE CAKE
Resepi: Ros ( Onigiri@MyResepi )
Sumber cuci mata & copy paste : Hasue@I love My Life
BAHAN-BAHAN ( kek saiz 20cm )
4-5 keping slice cheese
200 ml susu segar
70 gram butter @ majerin
70 gram tepung gandum ( diayak dahulu )
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila
CARA PENYEDIAAN :-
- Potong atau siat2 slice cheese kecil2 dan campurkan dengan susu segar
- Kemudian masukkan dalam periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi air. Kacau sentiasa.
- Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
- Asingkan putih telur dan kuning telur. Pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
- Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan heese tadi. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi. Pastikan adunan tidak berketul.
- Akhir sekali campurkan meringue je ke dalam adunan tadi dan beberapa titil esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. Glis acuan kek dengan meringue dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek ke dalam acuan.
- Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie untuk dapatkan kek yang elok teksturnya.
- Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. Kek ini lembut dan ringan. Tak rugi mencubanya.
Selamat Mencuba :-)
sedapnyer yana...rajin yana dok baking2 lg...dah la ngan anak kecik lagi...baby x kacau sama ka...he he he...
ReplyDeletealamak dh terlambat ni.. ada lagi ke? nak sepotong blh? akk nie pantang nampk cheese mengecheese nnt mulalah kecur je hihihi....
ReplyDeleteserius nmpk sedap, gebu n cantik sgt kejadiannya... :)
Selamat pagi Yana... dah itu aje masa yang kita ada, tak apa entri tengah malam buta pun janji dapat paparkan hehe eheh...
ReplyDelete@Kak Fiza~ rindu kak fiza..dh lama xdgr citer..yg ni projek ms baby tido..tringin nk mkn..gagahkan jgk diri ni nk membuatnya :-)
ReplyDelete@Kak Mas~ blum terlmbt lg kak mas.. kek ada lg..kt sorang je mkn..2 3 ari lg kot br abis huhuu
ReplyDelete@Kak Amie~ hehee betul tu kak.. janji hidup jgk blog kesayangan ni..skg mmg bizi sgt..ada jer hal nk buat :-)
ReplyDelete