Wednesday, July 11, 2012

SIAKAP GORENG TOMYAM ALA AUFA

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..hujan masih membasahi bumi Kepala Batas sejak awal pagi lagi..Alhamdulillah..terasa nyaman dan sejuk sekali..Okess..tak mau citer panjang lebar..banyak keje umah sedang menanti..kalau mengadap cik lappy nii bukan terasa masa berlalu..nanti banyak ler keje tertangguh ^^

Kembali pada tujuan asal ^^..Menu yana pada ahad lepas..huhuuu..xsempat nak buat tayangan awal2..hari ni baru berkesempatan..Ikan Siakap Goreng Tomyam Ala Aufa..resepi ni hasil terskodeng kat dapur Kak Yatie beberapa minggu lepas..sedaapppp..hanya itu yang boleh diluahkan..penggemar tomyam mestilah cakap sedap kan kan kan hikhikkk..memang sedap..kalau xcaya sila ler cuba sendiri..pasti puas hati..boleh masuk list utk menu bulan puasa nanti..

Kita semak ajer resepinya..tq pada tuan empunya resepi faranie coz sudi share resepi dari Thailand nii..mmg feveret kita sefamily ^^ 


SIAKAP GORENG TOMYAM ALA AUFA
Sumber Cuci Mata : Kak Yatie @ Sinar Kehidupanku

BAHAN-BAHAN:-

1 ekor ikan siakap
1 labu bawang besar ~ hiris bulat
4 biji bawang merah ~ dicincang
3 ulas bawang putih ~ dicincang
1/2 inci halia ~ dicincang
15 biji cili padi ~ dititik
2 batang serai ~ dititik
1 biji tomato ~ dibelah 6
Daun ketumbar
Daun limau purut
1/2 biji carrot ~ hiris panjang
1 mangkuk brokoli
1 kiub pati tomyam
3 biji limau kasturi ~ ambil jusnya je ~ bleh guna juz limau nipisdlm 2 sudu besar
3 sudu besar sos nampla/sos ikan
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu kecil tepung jagung ( bancuh dgn 1/2 cawan air )
1 cawan air atau secukupnya
1/2 cawan minyak utk menumis


CARA NAK BUAT:-

  1. Bersihkan ikan, cuci dan toskan. Gaulkan bersama garam. Salut sedikit tepung jagung dan goreng hingga masak. Angkat dan toskan minyak. Ketepikan dulu.
  2. Tinggalkan dlm 4 sudu besar minyak dan tumiskan bahan2 yang dicincang hingga naik bau. Masukkan serai dan cili padi yang diketuk.
  3. Masukkan air dan pati tomyam. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan bawang besar yang dipotong bulat, carrot, daun limau purut, jus limau nipis dan bancuhan tepung jagung. Biar kuah pekat dan tuang ke atas ikan yang digoreng tadi.
  5. Taburkan daun ketumbar. Siap utk dihidang..makan dgn kailan dan telur dadar pun sedap..

Selamat Mencuba ;-)

11 comments:

  1. berselimut tebal siakap tu, mesti sedap ni Yana, kecurrrrrrrrrrr akak!

    ReplyDelete
  2. Salam Yana..
    dapat gue bayangkan..betapa sedapnya ikan siakap tu..nanti nak korek biji mata dia la...

    ReplyDelete
  3. hi yana....

    Samalah kt sini pun tengah hujan, perut ni lapar plak tp malas nak masak huhuhuu. Nie kalau dpt lauk yana ni bestnyalahhhhh... Masam2, pedas2....alahai leleh dh ni yana :-)

    ReplyDelete
  4. adeh! berbunyi2 perut tengok menu ni.

    ReplyDelete
  5. sedapnya..suka ikan ada kuah2 cam gini..berselera makan..hehehhe

    ReplyDelete
  6. menyelerakan yana..klu akk ratah jew nie..ha ha x jadi lauk dah:)

    ReplyDelete
  7. salam yana...cam dah terasa2 kemasaman tomyam & keenakkan ikan siakap tu kat lidah k.atie ni.
    lama xbeli ikan siakap..aritu tanya kat kedai,sekor yg kecik tu..12 henggit.Mahainya!!

    ReplyDelete
  8. Salam yana...singgah sini...nak macaron ngan candy kelapa tak..lehla order ngan akak skrg ni..hehe...
    Ape2 pun tq ya masih sudi singgah dapo akak..:)

    ReplyDelete
  9. Assalam yana,
    siakap goreng tomyam nampak sungguh sedap...kalau kasi hubby akak ni sekor dia boleh habiskan..

    ReplyDelete
  10. fuyooo dap2 nye

    singgah malam sini :)
    jom tgk jubah~~
    http://www.facebook.com/media/set/?set=a.171924036265988.16609.103619356429790&type=3

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Yana,
    Nasi panas dah siap terhidang ni, tinggal siakap goreng tomyam aja belum sampai.......dah menceceh air liur ku ini....

    ReplyDelete