Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..apa khabar semua teman2 di alam maya..doa yana di pagi Jumaat ini moga teman2 sentiasa dalam keadaan yang sihat sejahtera selalu hendaknya..terima kasih pada yang sudi singgah di dapur kecik yana yang biasa2 ajer.xde keistimewaan pun..hanya tempat untuk yana belajar dan mencari pengalaman tentang dunia masakan yang luas tanpa sempadan..ceewaaahh..panjang pulak mukadimah pagi nii ^^..
Okess back to the menu..Dah x ingat bila yana buat..rasanya 2 minggu lepas kot..Bihun Sup Utara ala ibu mertuaku ^_^..Mungkin lain tempat lain caranya..cara ibu mertua yana buat lain tapi memang sedap sangat kat tekak yana..Bihun dan moi sup adalah makanan feveret yana sejak menjejakkan kaki ke bumi kedah bermula zaman study dulu and xsangka pulak dapat jodoh dgn org Kedah..sokmo lah bleh makan makanan feveret nii hihiii..Bahan2 kat bawah tu anggaran yana je yer..so, sape2 nak try pandai2 lah adjust yang mana patut ^_^
BIHUN SUP UTARA
Resepi : Ibu MertuaKu ^_^
BAHAN UNTUK KUAH:-
1/2 ekor ayam
1 1/2 inci halia ( diketuk )
1/2 kiub stok ayam
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
Air secukupnya
Garam dan serbuk perasa
BAHAN TUMIS :-
2 biji bawang merah ~ tumbuk halus
3 biji bawang putih ~ tumbuk halus
1/2 sudu besar halba campur ~ tumbuk kasar
1/2 sudu besar rempah sup adabi
1 batang daun sup ~ potong kasar
AKSESORI
Bihun ~ rebus kejap dgn sedikit serbuk kunyit
Daun bawang/daun sup
bawang goreng
Tauhu ~ digoreng dulu lepas tu potong
Lobak asin
CARA NAK BUAT:-
- Mula2 buat kuah dulu yer..Masak semua bahan untuk kuah dalam periuk hingga didih kemudian masukkan ayam.
- Bila ayam dah masak, keluarkan dan goreng kejap.
- Dalam kuali, tumis semua bahan tumis kecuali daun sup dengan sedikit minyak hingga garing dan naik bau. Kemudian masukkan 3-4 senduk kuah tadi ke dalam kuali bahan tumis. Kacau dan masukkan daun sup. Kacau dalam 5 saat dan tuangkan bahan tumis tadi ke dalam periuk kuah yang sedang dimasak. Kemudian bolehlah tambah garam dan sedikit serbuk perasa. Rasa dah ok maknanya dah siap lah kuahnyaa...
- Masa menghidangkan, masukkan bihun ke dalam mangkuk. Letak sedikit isi ayam. Tabur daun sup, bawang goreng dan lobak asin. Jangan lupa sambal cilinya..
* Yana buat sambal cili biasa2 ajer..masak sebungkus serbuk cili bersama sedikit air, gula merah dan asam keping. Masak hingga pekat...
Selamat Mencuba :-)
salam kenal.....
ReplyDeletemmmm...!!!!sedapnya mihun sup tu...!!
selera kita sama mungkin sebab dua dua orang utara kot....!!!!!!!!!
mama nak sikit boley ? mama lapar . anak mama pun lapar. mama rasa lapar tgk mi sup tu ... tolong...tolong ..
ReplyDeletekalau tak silap bihun utara ni kaler kuning...
ReplyDeletebubuh ayam lebih sedapnya...
Sis mmg suka makan bihun sup utara ni,mmg bihun tu color kuning...sedapnya Yana.
ReplyDeleteSalam Yana..
ReplyDeletetime hujan2 ni sedap sangat ngadap bihun sup..
Bangganya jadi bonda mentua kalau menantu cuba masak resepinya... betul tak Yana.
ReplyDeleteaduii sedapnya yana...kita salin resepi dulu...nanti2 leh cuba..:)
ReplyDeletenani pernah makan bihun sup kedah. apa yang paling special tentang bihun sup ni adalah sambalnya. memang meletop!
ReplyDeletebihun sup kedah memang sedap gilerr..kmpunan nih..nnti blik kedah leh la mkan..d kelantan x der la bhun sup cam g tu..
ReplyDelete