Saturday, June 9, 2012

YEE MEE KUNG FU

Assalamualaikum dan salam petang sabtu semua..sunyi sepi jer alam maya hari nii..biasalah kan klu wiken..banyak dapur yang x berasap..semua menjamu selera kat luar ^^..Yana mcm biasa jer..bila hari sabtu en.hubby kena keje, kita duk umah je lah layan kartun dgn Damia ^^

Tengah hari tadi males nak makan nasi so, layan jer menu simple..Yee Mee Kung Fu..slalu jgk yana buat sbb senang hihii..Resepi asal dari idavda @ MyR..yana ada tambah kurang sikit untuk kesesuaian tekak serta bahan2 yang ada kat umah..Tak mau cakap banyak lah..cik tenet pun dah makin slow..nak upload satu pic pun susah..hmm..tensen betoi ^^


YEE MEE KUNG FU
Resepi : idavda @ MyR

BAHAN-BAHAN:-
1 gulung yee mee
1 ulas bawang putih ( mayang )
2 biji cili api ( mayang )
1/2 biji cili merah ( mayang )
5 biji bebola ayam ( di potong 4 ) ~ yana x letak xde stok
15 gm isi ayam
4 ekor udang
4 helai daun sawi ( potong 1 inci )
Bunga kobis ~ yana tambah
1 biji telur
2 sudu besar sos tiram
1/2 sk serbuk lada sulah
1/2 sk serbuk lada hitam
1/2 sk serbuk pati ayam maggi ~ yana letak kiub ayam knorr
1 sk garam ( secukup rasa ) - yana xletak
2 sb tepung jagung ( dibancuh dgn 150 ml air )
2 sb minyak masak
2 batang daun bawang ( utk hiasan )

CARA NAK BUAT :-

  1. Panaskan minyak, tumis bahan yang dimayang sehingga naik baunya.
  2. Masukkan isi ayam dan bebola ayam. Kacau hingga sebati dgn bahan tumisan tadi.
  3. Masukkan pula bancuhan tepung jagung dgn air rebusan tadi. Biarkan sedikit mendidih.
  4. Semasa air sudah mendidih dan kuah menjadi sedikit pekat masukkan serbuk lada sulah, serbuk lada hitam, serbuk pati ayam dan sedikit garam.
  5. Pecahkan pula telur dan kacau hingga telur masak berketul-ketul.
  6. Masukkan yee mee. Tambahkan sedikit air jika mahukan yee mee betul2 lembut dan perasakan lagi. 
  7. Masukkan daun sawi.
  8. Last sekali, taburkan dgn daun bawang dan siap utk dihidang panas2
* Yana buat jer kuah and siram atas yee mee..sedap makan panas2 masa yee mee rangup ^^

Selamat Mencuba :-)

6 comments:

  1. yeemee kungfu adalah menu yg paling akk suka oder bila ke kedai mkn, tapi sesetengah kedai tak ada yee mee ni. emm best tgk yee mee yana ni

    ReplyDelete
  2. aduii sedapnya....dah lama takmakan...huhuhu

    ReplyDelete
  3. Nak temankan Yana makan yee mee kungfu... kak Amie nak makan udangnya dulu ahhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Telur guna keseluruhan telur atau putih sahaja

      Delete
  4. kak yana cayang... tun xpenah makan yee mee.. hihi.. sedih x?

    ReplyDelete