Sunday, June 24, 2012

MAGGI GORENG MAMAK

Assalamualaikum dan selamat berhujung semua ^^..tak mau cakap banyak kita terus jer ke agenda utama iaitu menu bekfes hari ini..Maggi Goreng Mamak yang meletopsss pedasnyaa hahaaa..Yana suka sangat kalau goreng mee ala2 mamak mcm nii..kering dan melekat2 gitew tapi kalau mkn kat kedai mamak lagi best kot sebab ada mcm2 aksesori lagiii..paling suka kalau ada cucur udang..hmm..klu kat umah males pulak nak buat cucur semata2 nak goreng bersama mee..makan je apa yang ada ^^

Resepi asal Mee Goreng Mamak oleh Chef Hanieliza and yana sesuka hati tukar dgn maggi sbb stok mee kuning jarang tersimpan kat umah..yana lagi suka simpan bahan kering mcm dried noodle or pasta..tahan lama sikit..esbox pun xde lah penuh sangat ^^..Tq pada chef serta kengkawan yang telah mencuba dan mewar2kan resepi ni..Sory bebanyak kalau ada link yang tertinggal..rasanya dah ramai yang selalu guna resepi Chef Hanieliza kalau nak goreng mee ala2 mamak mcm nii.. Jom layannnn ^^


MAGGI GORENG MAMAK
Resepi : Chef Hanieliza

BAHAN-BAHAN:-

500 gm mee kuning ( yana ganti maggi kosong brand cintan )
100 gm daging ~ hiris nipis
100 gm fish cake ~ hiris nipis
1 cawan taugeh
1 mangkuk sawi ~ potong kecil
3 sudu cili mesin ~ klu nak pedas bleh letak lebih
1 sudu besar rempah kari
3 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar minyak masak
1 labu bawang besar ~ cincang halus
1 cawan putih telur @ 3 biji telur
3 biji cili hijau @ merah ~ hiris nipis

CARA NAK BUAT :-
  1. Panaskan minyak. Masukkan bawang, cili mesin & rempah kari. Biarkan garing dan wangi.
  2. Masukkan daging dan kacau rata.
  3. Masukkan fish cake. Biarkan sebentar.
  4. <asukkan kicap pekat dan mee. Kacau rata.
  5. Masukkan taugeh dan sawi.
  6. Ketepikan mee dan masukkan telur ditengah-tengah kuali.
  7. Biarkan telur tu masak sikit barulah dikacau dan gaul rata.
  8. Masakkan mee agak kering.
  9. Hidangkan dalam pinggan dan hiaskan.
Selamat Mencuba ;-)

4 comments:

  1. cheq sue pulak kalau mee goreng mamak (atau yang lain2 berkaitan mamak) kecuali milo aisnya... kureng sikit la yana...

    ReplyDelete
  2. huhuh...tak pernah buat sendiri..tapi kite suke mee yang basah2 gitu, banyak aksesori, pedas2, perah limau bagi masam sikit, aduhhhh!

    ReplyDelete
  3. yana..kita kan kalau tengah sesak memang maggie goreng la jadik pilihan..hahahah

    ReplyDelete
  4. Our extraordinarily picked gathering of world-class Lahore Escorts works with us to give a first class, bespoke administration all through the Lahore.

    ReplyDelete