Assalamualaikum dan selamat sejahtera..bersiaran lagi pada hari yg cukup indah selepas 4 hari tuan umah bercuti..ada yg mencari x hikhikk..Ekceli, yana balik kampung menjenguk mertua tercayang kat Kedah..petang semalam baru sampai umah ^^
Tak leh nak cakap banyak lagi..byk keje umah sedang menanti..kita layan dulu bekpes kami ari nii...simple mimple jer..Roti Canai Pedas..dah lama yana teringin nak menerai resepi nii tapi dah lupa..nak buat mcm mana..byk sangat list yang menunggu..semua nak cuba ^__^.. pada sape2 yg belum cuba lagi resepi ni, sila cuba yer..jgn malu2..memang sedap sgt roti canai ni bila dah bersalut dgn kepedasan..rasa xcukup pulak mkn 3 biji hikhikk..tq Mamafahmi bagi idea untuk menyedapkan lagi roti canai..asyik mkn cicah kuah dhal jer..boring jgk kan..tq jgk pada Kak Ummi yang dah slalu buat Roti Canai Pedas nii..confem sedap lah tu klu Kak Ummi slalu buat kan..jom kita cuci mata je lahh..semua dh setlle ^__^
ROTI CANAI PEDAS
Resepi : MamaFahmi
Sumber cuci mata : Kak Ummi @ Home Sweet Home
BAHAN-BAHAN:-
5 keping roti canai - goreng dan dikoyak/disiat-siat kecil sikit
5 biji bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
3 sudu besar cili kisar ( ikut tahap kepedasan yang disukai )
Sedikit air asam jawa
Sedikit gula
Garam secukup rasa
2 biji telur (* ummi letak 3 biji )
sedikit minyak untuk tumis
CARA NAK BUAT:-
- Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan cili kisar, tumis hingga wangi.
- Masukkan pula bawang merah dan bawang putih yg ditumbuk tadi. Kacau rata hingga cili masak.
- Masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Masukkan telur dan kacau seminit dua.
- Masukkan roti canai tadi dan kacau rata hingga bahan bersalut pada roti canai.
- Tutup api dan hidangkan..sedap sangat ^__^
Selamat Mencuba :-)
kak yana... resepi sesuai la guna utk menyelamatkan roti canai yg tun buat. haha.. sbb kalau tun buat roti cania, mesti keras ;p xpandai betul nk menebar roti canai tu. dh kerat2 n goreng camni blh la cover roti canai yg xde rupa tu. hihi...
ReplyDeleteWah..roti canai pedas..dah jadi macam mee goreng pedas la kan..suka yang pedas..
ReplyDelete