Assalamualaikum dan salam 1 Rejab semua..Alhamdulillah dipertemukan lagi kita di alam maya ini..ekceli, mood nak masak dan update blog agak merudum 2 3 hari nii..dah terasa penat kot.. baru sedar perut dah makin membesar hihii..Alhamdulillah syukur hari ni genap 6 bulan..makin aktif pergerakannya ^_^
Untuk cuci mata hari ni yana juz nak tayang menu sahur pagi tadi..buat Kerabu Mangga lagi haa konon nak bagi selera makan tapi mmg cukup berselera dapat makan sesuatu yang pedas dan masam2..Resepi Kerabu Mangga ni yana skodeng kat umah Kak Amie..Sedappp..kalau dah peminat kerabu mmg semua kerabu sedap hhehee..Menurut Kak Amie kerabu mangga ni hasil air tangan kakaknya iaitu Kak Rosilah..tq pada Kak Amie dan jugak Kak Rosilah kerana sudi share resepi kerabu nii..yana mintak izin nak panjangkan kat sini pula yerr ^_^
KERABU MANGGA
Resepi : Rosilah Simon
Sumber Resepi : Kak Amie @ Amie's Little Kitchen
BAHAN-BAHAN:-
1 biji mangga udang ~ yana guna mangga muda ~ kupas dan cincang/sagat
3 biji bawang besar ~ mayang halus
1 mangkuk ikan bilis ~ goreng dan tumbuk ( yana xgoreng-tumbuk kasar jer )
1 mangkuk kerisik
20 biji cili padi ~ hiris
Garam dan gula secukup rasa
2 biji limau nipis ~ perah jusnya
CARA NAK BUAT:-
- Gaul semua bahan di atas hingga sebati.
- Tuangkan jus limau nipis. Gaul rata.
- Siap utk dihidangkan.
Selamat Mencuba :-)
Waduhhh..tayang kerabu lak.. Ni kes mendera perasaan ni..huhuu..
ReplyDeleteDah masuk 6 bulan ye yana?baby aidilfitri laa jangkaannya ekk?wuhh teruja ahkakk..org pegnen akak yg teruja lebih.hiii.. semoga selamat semuanya..best tu baby kicking..iskh,rindunya saat tu :)
kak yana cayang.. kecur air liur nengok kerabu mangga nih. masam2 mmg sedap makan.. kejap je dh 6 bulan ye. xlama dh damia nk dpt adik.
ReplyDeleteWallaaa..sedap la kalau ada ikan bakar ni..emmm kecur liur...
ReplyDeletenani pun peminat kerabu. bagilah kerabu apa pon, kite suke ratah cenggitu je. tak sabarnya nak tunggu adik damia ni keluar..bestla dia nanti. ada kawan baru. takdelah nak kacau ibu dia berblogging dah. heheh
ReplyDeleteSalam Yana.
ReplyDeleteSedapnya kerabu mangga ni makan dengan nasi panas2.Baru tahu Yana pegnen...Tahniah ye.