Assalamualaikum semua..Alhamdulillah bersua lagi kita di alam maya yang penuh keceriaan dan kegembiraan..kesunyian pagi ini sedikit terubat bila dapat jalan2 sambil cuci2 mata kat umah kawan2..Pagi ni tengok semua umah aktif jer..semalam agak redup sikit..maklum je lah hari minggu..semua tutup pintu umah ^_^..
Pagi ni moh kita layan dulu Baked Macaroni..yana buat untuk makan petang semalam..Alhamdulillah kenyang sangat..xpayah cari makan untuk dinner dah..Resepi Baked Macaroni ni yana amek kat umah cikgu muda kita iaitu Cikgu Nani yang jauh nun di sana Bukit Garam, Sandakan Sabah Bahhh ^^..Nani pulak skodeng resepi ni kat umah adik manis kita Nonie Rahman..tq both of uols yer :p..Kami sekeluarga kekenyangan semalam ^_^
BAKED MACARONI
Resepi : Nonie Rahman
Sumber cuci mata : Nani@ Life Is Beautiful
BAHAN-BAHAN:-
300g makaroni ( di rebus )
500g daging cincang
1 biji bawang besar
1 cawan susu segar ( yana guna susu cair )
1 sudu teh lada sulah
1 audu besar mix herbs - ( yana guna oregano jer )
1 kiub pati ayam
4 biji telur
mix vege
2 sudu besar serbuk kari
1 batang sosej
1 sudu besar cili kisar ( Nani & yana tambah )
Mozarella cheese secukupnya ( yana tambah )
CARA NAK BUAT:-
- Panaskan minyak ( yana ganti butter+olive oil ). Tumis bawang besar hingga naik bau.
- Masukkan daging cincang dan goreng sehingga masak.
- Kemudian masukkan lada sulah, serbuk kari, mix herbs dan susu.
- Masukkan mix vege, kiub ayam dan macaroni. Gaul rata.
- Tambah garam jika kurang masin
- Tutup api. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil mengacau.
- Masukkan macaroni ke dalam loyang dan taburkan keju.
- Bakar selama 30 minit dengan suhu 170..
Selamat Mencuba :-)
Kalau kat umah ni akak sorang je layan macaroni2 nih yana..jadinya dgn muka x berapa nak malu nak tumpang la mkn kat sini...nampak sedap je tu ha.
ReplyDeleteSalam Yana...
ReplyDeletehissshhhh lama betul tak mkn baked macaroni nie.. sedap nmpk nie :P
salam kak yana. sedapnyer baked macaroni. tun xpernah buat lagi. nk tumpang makan jugak lah ^^
ReplyDeletesalam yana terguda tengok bake macaroni yana ni
ReplyDeletesalam yana..
ReplyDeleteada ronga2 lg..sedappnyaa..:)
macam kek sarang semut pulak tengok rongga2 tu. heheh...dah lama nani tak buat ni. stok macaroni pun dah habes..
ReplyDeleteMemang sedap kalau macaroni dibakar..kalau byk keju lagi umpp...hehe.
ReplyDeleteSay,nanti singgah dapur Rahel ambik kalender bulan May yer..tq.
sedapnya..lama tak makan..suka...:)
ReplyDeleteSalam Yana,
ReplyDeleteSedapnya makaroni bakar, lagi banyak taburan lagi bestkan, akak suker, akak suker......