Assalamualaikum dan selamat sejahtera..bersua lagi kita untuk kali kedua hari ini sesi tayangan petang hihii.. Semalam semua kengkawan blog bising pasal Kuih Kukus Kak Izah..hati yana turut meronta2 nak mengetest juga kuih kukus ni..mmg yana suka dgn kuih kukus dan terlebih suka kalau kuih tersebut xpayah letak telur coz santan ori dah sedia ada dgn kolesnyaa heheee..
Bila dah tgk akak kita Kak Sheila tayang semalam..aduss..hati ini makin meronta nak membuatnya..Dah tercium bau wangi daun pandan dan bawang goreng..lepas bekpes terus yana memulakan operasi..nak buat kuih ni pun senang..xpayah nak kacau bagai..msk dlm blender jee..suka kita hehee..Panjang pula berkata-kata hari ni..tadi mcm xde benda yg nak diperkatakan..jom je lah semak resepi..Yana mintak izin ye Kak Izah comel nak share kat sini pula..InsyaAllah lepas ni nak buat lagi..yana bt dlm bekas kecik2 je coz xde loyang saiz kecik tp comel dan sedap jgk :=)
KUIH KUKUS BAWANG GORENG
Resepi: Kak Izah Muffin Lover
BAHAN-BAHAN:-
3/4 cawan + 2 sb tepung gandum
1/4 cawan tepung ubi kayu
1/2 cawan gula halus
1 cwan air pandan *5-7 helai daun pandan
1 cawan santan pekat
sedikit pewarna hijau apple * jika suka
1/2 genggam bawang goreng
CARA NAK BUAT:-
- Panaskan kukusan.
- Campurkan semua bahan di atas kecuali bawang goreng.
- Kemudian blend/ kisar sehingga sebati.
- Masukkan ke dalam mangkuk, masukkan bawang goreng. Kacau-kacaukan.
- Kemudian tuang ke dalam loyang yang telah disapu minyak.
- Kukus sehingga masak (30-40 minit).
- Tunggu sejuk kemudian hidang.
*kuih ni dapat kecik comel je. Kena gunakan loyang palingg kecil.
*disyorkan menggunakan bahan2 semula jadi. Contoh: bawang goreng buat sendiri, santan perah dan daun pandan.
*bawang goreng kena letak sikit aje, nak kasi rasa lite lite gitu. Dalam gambar tu, saya letak terbanyak bawang goreng nyer. sedikit menjejaskan rasa.
Selamat Mencuba:=)
salam yana..sedapnya k.atie tagk..nanti nk try larrrr
ReplyDeleteAssalamualaikum yeeee tabik Yana dah buat..amacam sdp x yana..same lah kuih kita..rasanya kalau buat dlm acuan kecik bwg grg tu merata tempat kan dpt merasa keseluruhan kuih..ank bujang akk siap mkn same sambal hitam pahang..katanya lg sdp ada pedas2...nak rasa yg Yana punya lah..akk punya dah habis hehhehehe
ReplyDeletewah yana pun dah buat ya..akak baru nak masuk gear satu..dapat jet turbo dari mas duniaku lah ni ya..hehe
ReplyDeleteadus yana pun dah buat....laju je semua...huhuhu
ReplyDeletealaaa... ni yg dengki nihh... tun nk buat jugakk.. tp xde tepung ubi tu.. kene tunggu wiken dulu baru blh ke bandar beli tepung ubi..
ReplyDeleteamboi! cepat! baru je ternampak resepi ni..kak yana dah buat rupanya...
ReplyDeletebuat dlm bekas kecik2 jugak ye cam kak shiela... elok je timbul bwg tu ha.. ok tak? boleh diterima tekak ke? sedap kan kalau guna bebahan smulajadi ni. akak suke rasa dia simple je tak de la telur bagai tu. dia di up dengan rasa bwg goreng tukan..
ReplyDeletetq yana sudi cube resepi try n eror akak ni. muah muah... comel pulak nengok buat dlm bekas kecik2..warne pun cantik
@Kak Atie> kna kak Atie..mmg sedap..berbaloi2 hehee
ReplyDelete@Kak Sheila> Yana xde loyang kecik kak..terpaksa bt mcm akak jgk hehee.. Sedap betul kuih nii..ms snap pic xtaau bape biji asyik duk ngap.. sedap mkn ms suam2 gitew..Akak sebut psl sambal pahang mmg yana tringin nk rs..xjmpa belimbing buluh lg nk bt :=)
ReplyDelete@Kak Anim> Semua pkai blender je kak sbb tu cepat hihii..lepas ni tgu Kak Anim pula :=)
ReplyDelete@Kak Q> hahahaa..laju je klu yg senang bt nii..semua main taruk dlm blender jee..xyah kacau bilau dh hihii
ReplyDelete@Tun> Ari ni dh Jumaat Tun..xlama dh wiken..k.yana ni kebetulan ada je tpg ubi tu belu ms Ramadhan ari tu..terus je lah bt..xpe..lepas ni tgu Tun punya pula :=)
ReplyDelete@Nani> K.yana dr semalam lg duk mimpi nk bt kuih ni lepas tgk tayangan umah Kak Izah dan Kak Sheila..pagi td terus je on hehee
ReplyDelete@Kak Izah> Alhamdulillah kak..msk je dlm tekak org kat umah nii..hubby dgn damia pun suka..mmg best..nk bt pun kejap jee..Yana xde loyang kecik sbb tu bt dlm bekas nii..bawang yana ltk xbyk..nsb baik sdg elok je rsnya.. Tq Kak resepi best nii.muah! :=)
ReplyDeleteSalam...Sekejapnya, dah sampai sini dah kuih kukus bawang goreng ni
ReplyDelete@Sue> kebetulan semua bahan ada..k.yana on je laa hihii
ReplyDelete