Friday, September 30, 2011

APAM MENTEGA

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..seawal pagi lagi yana dah mengadap cik lappy..petang semalam xde kesempatan nak berduaan dgn cik lappy..ada saja gangguan dari bdk tecik yg mmg selalu jeles tgk kemesraan antara ibu dgn cik lappy..hihii..

Petang semalam sempat jugak yana mengapam skali lagi..tanpa ada sifat malas dalam diri ini yana mulakan projek mengapam..ceewwaahh..bt kuih rajin..nak lipat kain baju males..dah mcm gunung timbunannya tp mata jeling jee nengok bakul tersebut..huhuu..

Resepi apam ni dah lama yana amek kat umah Kak Izah..Buat 1/2 adunan jee..cukuplah utk perut kat umah nii..Yana mintak izin nak share kat sini pula yee Kak Fiza dan Kak Izah..nak simpan elok2..senang utk rujukan kot2 nak bt lagi..hihii..

APAM MENTEGA


BAHAN-BAHAN:- ( +-50 biji )

  • (A) Bahan2 utk gula hangus:-
  • 11/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 250 gm mentega
  • (B)
  • 3/4  cawan gula castor 
  • 4 biji telur
  • 3 cawan tepung gandum ayak besama
  • 2 sudu teh soda bikarbonate
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu teh esen vanila

CARA NAK BUAT:-

  1. cara buat gula hangus: masukkan gula dlm periuk,masak dgn api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang.
  2. padamkan api dan masukkan air.nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut dan masukkan mentega,kacau rata dan ketepikan.
  3. Putar gula, telur dan esen vanila hingga kembang dan masukkan gula hangus yg masih panas tadi.
  4. kemudian masukkan susu selang selikan dgn tepung.gaul semua hingga sebati.
  5. perap selama 1/2 jam.
  6. Panaskan pengukus dan acuan lompang. Tuang adunan ke dlm acuan. Adunan ni jika dituang penuh ke dlm acuan pun xapa sbb semasa masak dia x akan melimpah.
  7. Jika guna acuan lompang kukus selama 15 minit-20 minit. Tutup pengukus dengan kain supaya wap tidak jatuh ke bawah.
Selamat Mencuba :=)

12 comments:

  1. Assalamualaikum yana... selamat pagi cayang..
    wah tgk apam yg yana buat tu mmg nampak gebu ler yana.. akak suka makan apam yg gini.. mmg sedap

    ReplyDelete
  2. cantiknya kuih dia...mintak utk sarapan ni..

    ReplyDelete
  3. yana..suke nengok bentuk mould ni. lawoo jee.. napa warne pucat je tu? ke warne dlm gambo lain ye? kdg2 slalu gitu, dlm gambo lain kan?tapi sweett je nmpk apam tu

    ReplyDelete
  4. As salam yana....
    Tgk apam tu cam memanggil2 k nurul tuk buatnya... hehe... cam sedappp jer... :)

    ReplyDelete
  5. rajin kak yana mengapam sekarang! kain tu bila nak lipat...? heheh.... dah lama nani tak mengapam ni. mengenangkan xde orang nak makan, jadi ta masak sgt. yela, tuan badan pon tengah nak diet ni...

    ReplyDelete
  6. @Kak Diana>sedap kak apam mentega ni..rs lemak mentega gituu..damia paling suka :=)

    ReplyDelete
  7. @Kak Anna> jom kak Anna sarapan sama..byk lagi nii hehee

    ReplyDelete
  8. @Kak Izah>pucat sbb kamera ni..tiba je bt hal pic semua jd terang benderang..nak godek lebih2 krg takut rosak..ada yg bising plak hehee
    sweet ke kak..tq hehee

    ReplyDelete
  9. @Nani> semalam termakan vitamin R kot sbb tu terajin skit hikhik..Tgh berusaha nk lipat kain nii..aduss byknyaa..jom tolong hihii

    ReplyDelete
  10. @Kak Nurul> buat kak nurul..buat..mmg sedap apam nii hehee

    ReplyDelete
  11. sedapnya! ada lagi tak... nak tiga ketul...minum dengan teh lemon panas!

    ReplyDelete
  12. @kak Amie> bestnya teh lemon..jom kak mkn sama :=)

    ReplyDelete