Wednesday, August 17, 2011

GERMAN COOKIES~17 RAMADHAN

Assalamualaikum..bersua lagi kita..malam ni nak tayang kukis yg buat petang tadi..German Cookies yg tgh hot skg nii hehee..Dah ramai blogger lain yg buat..Yana je baru ada kesempatan nak buat kukis nii..mmg sedap sgt..lemak2 berkrim gituu..lepas ni kna buat lagi kot utk raya..hari ni punya kita test dulu..


Resepi asal kukis ni oleh Rima..jom je lah kita semak resepi kukis nii..xleh nk bebel panjang2..Damia dh kacau ibu dh..mlm ni tinggal kami berdua jee..en.hubby kna cari rezeki lagi mlm nii hehee..layann :=)




BAHAN-BAHAN:-

  • 125 gram mentega
  • 125 gram tepung kentang/potato starch (boleh beli kat kedai baking)
  • 80 gram tepung halus (yana guna tepung gandum)
  • 40 gram gula aising, diayak
  • Secubit garam (resipi asal tak letak)

CARA NAK BUAT:-

  1. Satukan tepung kentang dan tepung gandun, ayak dan ketepikan. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati, masukkan garam. Perlahan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehat kan sekejap.
  2. Ambil sedikit adunan, kemudian bulat2kan dan susuh atas dulang pembakar. Celup garfu dalam air dan tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.
  3. Bakar dalam oven yang telah dipanaakan pada suhu 175C selama 15 minit. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara....

SELAMAT MENCUBA :-)

6 comments:

  1. kenapa kukis kak yana lagi comel drp kukis yg sy buat? huhuh....sy buat ada sikit2 hangit la...mcm2 lagi..

    ReplyDelete
  2. sekut ni pun ada dlm list nak buat. haiii kanmain yeee..memacam nak dibuatnya.. hehe..comel je sekut yana neh.suke menengokkan kejadiaanya

    ReplyDelete
  3. Assalam yana,ala cantiknya comeynya kukis yana..Sedap ek yana,mcm nak try juga lah..Yana dah byk ke wat sekut..

    ReplyDelete
  4. cantikk biskut tu...
    kak mas pun nak buat gak nnti..he3

    ReplyDelete
  5. wahh. kak yana pun dh wat ye..tun xpenah beli potato starch tu, kene tunggu groceries day baru blh kuar gi cari kt bakery.

    ReplyDelete
  6. kalau tengah hot kena buat untuk raya kali ini. tapi memang tak pernah belipun potato starchtu... kena cariler yerk...

    ReplyDelete