Thursday, July 7, 2011

PUDING COKLAT SOS KASTARD

Assalamualaikum dan slamat petang..lambat nak bersiaran ari nii..byk keje nk setle..igt semalam smpt lah nak bern3 and jln2 bt lawatan smbil belajar..hmm..tibe2 je byk keje..

Jom kita layan puding coklat yg best ni..bt utk bebuka semalam..sejuk je tekak nii..resepi puding nii dari Kak Dayang Jack MyResepi..xpasti plak kat blog K.Dayang ada ke x..maless plak nk skodeng hikhikk..pe2 pun jom kita layann puding yg dah licin nii..layannn :-)

PUDING COKLAT SOS KASTARD


BAHAN-BAHAN:- ( utk 5-7 org )

UNTUK PUDING COKLAT:

10 g serbuk agar-agar
500 ml susu segar + 250 ml susu cair
100 ml air
3/4 cawan gula pasir
2 sudu besar susu pekat
2 sudu besar serbuk koko ( bancuh dgn sedikit air panas/suam )
1 sudu besar tepung kastard ( bancuh dgn 2 sudu besar air )
1 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanilla

UNTUK SOS KASTARD:

2 cawan susu segar/susu cair ( bokeh campur kedua2nya sekali )
2 sudu besar tepung kastard
4 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil esen vanilla


CARA NAK BUAT:-

  1. Larutkan agar-agar dan gula bersama 100 air. Kemudian masukkan susu segar, susu cair dan susu pekat. Kacau sebati dengan api perlahan.
  2. Setelah itu masukkan koko, esen vanilla, tepung kastard dan mentega. Sebatikan.
  3. Tutupkan api. Tuangkan dalam bekas bersesuaian. Sejukkan.
  4. Untuk Sos Kastard: Satukan kesemua bahan dalam periuk. Kacau hingga tepung larut. Kemudian dipanaskan dengan api kecil sehingga sos kelihatan pekat. Tutupkan api dan tuang ke dalam bekas puding tadi. Sejukkan terlebih dahulu. Kemudian hias dgn coklat urai jika suka..Slamat Mencuba :-)

8 comments:

  1. wah kak yana! kemain lagi puding tu...berkuah siap! sedapnya! serbuk koko kt rumah tak berapa nk cukup...takleh nk buat lagi...

    ReplyDelete
  2. nyummy! makan masa tgh panas2 ni mmg habis 2-3 ketul tuu..

    ReplyDelete
  3. sejuk...nyaman je masuk kat tekak...sedo2 dah habis berapa ketul...

    ReplyDelete
  4. Nani: cepat nani beli serbuk koko..best nii :-)

    ReplyDelete
  5. Tun telani :mmg best..sejuk jee tekak nii :=)

    ReplyDelete
  6. K.Cek: xsedo kak abih bape ketui hehee..sejuk jee tekak nii..

    ReplyDelete
  7. yana...
    rajinnya yana buat puding.. makan sejuk2 nie sedap nie kan yana...

    ReplyDelete
  8. Rajin je klu ada org nak mkn hehee..en.hubby suka coklat..try bt puding cani..suka dia mkn :-)

    ReplyDelete