Saturday, July 23, 2011

NASI LEMAK HUJAN PANAS

Assalamualaikum..salam tengah hari Sabtu semua..windunyaa..sorry semua..yana bz sesangat smlm..xsmpt nk post n3..nk post pe ek..msk pun tak hehee..smlm mkn kat luar jee..byk keje luar nk setle.. ari ni kita duk termenung je kat umah..siap keje umah plak..xmau ckp byk..jom kita pekena nasi lemak dulu ari nii..semalam g duk teringin nk mkn..ari ni dpt jgk mkn dgn byknya hehee..yana try bt resepi Nasi Lemak Hujan Panas rinsca Myresepi..jom layann :-)


NASI LEMAK HUJAN PANAS
Resepi asal : rinsca@myresepi.com
Bahan ( 4 orang ) :
  • * 2 mug beras - dicuci bersih
  • * 1/2 mug santan pekat
  • * 2 mug air - ikut jenis beras
  • * 1 biji bawang putih - di mayang halus
  • * 1/2 inci halia - di ketuk / dihiris halus
  • * 1/2 sudu kecil halba
  • * 1 sudu kecil garam
  • * Sehelai daun pandan
  • * Sedikit pewarna merah, kuning dan hijau



CARA NAK BUAT:-

  1. Masukkan semua bahan ke dalam rice cooker kecuali pewarna
  2. Masak nasi seperti biasa. Sekali sekala kacau supaya santan bergaul rata
  3. Bila nasi telah kering, baki 2 minit sebelum nasi masak buatkan 3 lubang. Titiskan setitik warna..satu warna untuk satu lubang
  4. Kacau nasi disetiap bahagian warna, jgn kacau secara keseluruhan lagi
  5. Selepas 2 minit nasi masak barulah di kacau secara keseluruhan supaya berwarna warnis seperti pelangi selepas hujan panas..tu lee sebabnya di panggil NASI LEMAK HUJAN PANAS
  6. Sesuai dimakan bersama sambal tumis, telur rebus/goreng, sambal sardin atau apa saja lauk kegemaran..Slamat Mencuba :-)

12 comments:

  1. Sedap n wangi dan cantikkan nasi lemak hujan panas nikan yana

    ReplyDelete
  2. bestkan yana nasi lemak ni...
    cantikk berseri2 pulak tu....

    ReplyDelete
  3. mesti cantik dan sedap kan yana?

    ReplyDelete
  4. warna-warninya sungguh menggoda, itu belum lagi dicuba...mesti sedap!

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Yana,

    cantik dan sedap nampak nasi tu...knur suker mkn nasi lemak...ish boleh bertambah2 nasi...hehe

    ReplyDelete
  6. siap letak halba lagi...ala2 nasi dagang pulak..mesti best aje nk makan. kalerpul gitu...

    ReplyDelete
  7. Kak Rosaliza: haah kak..mkin berselera je mkn tgk kalerful cani.. lepas ni kita bt yg kaler2 je laa.. anak yana suka je mkn..:=)

    ReplyDelete
  8. K.Mas: mmg berseri2 kan K.Mas hehe.. sedap..bau daun pandan dgn halba bt mkn byk jee hehee

    ReplyDelete
  9. K.Anim : sedap kak..tgk nasi cantik cani lg selera nk mkn :=)

    ReplyDelete
  10. K.Amie: kna cuba kak..anak2 mst suka tgk kalerful jee nasi tuu :=)

    ReplyDelete
  11. K.Nur: yana dgn hubby suka jgk nasi lemak tp xleh mkn slalu..krg mkin berlemak plak badan nii hehee

    ReplyDelete
  12. Nani: bau halba tu sedap.. mkin bertambah mkn nasi hikhikk

    ReplyDelete