Saturday, July 16, 2011

IKAN TEMPRA NYONYA~ cheedapp..:=)

Assalamualaikum semua..dah mkn tengah ari ke semua..Yana baru je nak msk dapur kejap lagi..bekpes dh lewat ari nii..kejap lagi msk dapur baru pikir nak msk apa..jom je lah kita layan menu semalam..resepi dari Kak Diana Sky Blue's Kitchen..betul kata Kak Ummi..mmg best resepi nii..yana mmg suka klu ada rasa masam asam jawa..xpuas mkn..

Jom kita layan je laa..sorry..pic kat sini xcantik pun..klu nk lebih cantik sila laa ke sini dan sini.. sure terliur tgk ikan yg tergolek jee tuu hikhikk..jom layannn..

IKAN TEMPRA NYONYA


BAHAN-BAHAN:-
  • 4 ekor ikan selar atau ikan kembung - dibersihkan (*akak guna 2 ekor selar besar)
  • Daun bawang (akak lupa nak letak...hehee)
  • Garam
  • Gula
  • Asam jawa (*akak letak 3 sudu besar)
  • 2 sudu besar kicap pekat ABC (*akak tambah ni) ( yana tambah jgk )
  • Air secukup kegunaan
  • Minyak
  • Perencah pati ayam / Kiub pati ayam (Nie Diana tambah, tak bubuh pun tak apa) (yana bubuh jee)
Bahan A ( Digoreng garing )
  • 12 ulas bawang merah - di hiris (*akak guna 8 ulas utk 2 ikan di atas)
  • 12 ulas bawang merah - di hiris (*akak guna 8 ulas)
Bahan B

  • 5 - 8 biji cili padi
  • 3 batang serai di titik
  • 2 biji cili merah - di potong menyerong (akak letak 3 biji dan tumbuk kasar...nak pedas sikit..hehe)




CARA NAK BUAT:-
  1. Lumurkan ikan bersama garam dan asam jawa. Goreng di dalam minyak yang banyak dan panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Tumiskan bahan B sehingga wangi.
  3. Kemudian masukkan air asam jawa, sedikit air, perencah pati ayam / kiub pati ayam, gula dan garam secukup rasa.
  4. Setelah mendidih bolehlah dimasukkan ikan goreng dan renih selama 5 minit di atas api kecil.
  5. Masukkan 1/2 bawang merah goreng dan 1/2 bawang putih goreng. Gaul rata dan tutupkan api.
  6. Semasa menghidang taburkan 1/2 lagi bawang merah goreng dan 1/2 bawang putih goreng d atas ikan. Taburkan daun bawang juga.
Slamat Mencuba :=)

6 comments:

  1. salam Yana...selamat berhari mggu.Wah..sekali sekala tukar menu masakan ikan cam nie..sedap gak.!

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum yana..
    dah sampai cnie dah yer ikan tempra nyonya nie... Hehhee.. terima kasih sudi mencuba yer yana... n gembira dgr bila yana suka.. :)

    ReplyDelete
  3. wah yana sedapnya nampak ikan tu buleh try nnti

    ReplyDelete
  4. K.Atie: Slamat berhari minggu jgk K.Atie..best ikan ni kak..nnt akak try la bt..nak ubah selera kan hehee

    ReplyDelete
  5. K.Diana: Lepas ni bleh bt lg..mmg sedap kak hehee

    ReplyDelete
  6. Chik Mimi: sedap kak..rasa masam2.. nnt try bt ek..:=)

    ReplyDelete