Thursday, May 5, 2011

MENU BERBUKA~SARDIN & AYAM GORENG KUNYIT

Alhamdulillah..selesai sudah berbuka puasa ari ni..menu simple tapi mkn tak hingat dunia..hehee.. tak mau ckp byk..nak tgk citer antu mlm jumaat nii :-)..jom kita layannn...

MASAK SARDIN BERKENTANG



BAHAN-BAHAN:-

1 tin sardin besar
3 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih
1/2 labu bawang besar
2 biji ubi kentang ( goreng dulu yee )
1 biji buah tomato ( potong 4 )
Air asam jawa secukupnya
Garam
Serbuk perasa

CARA NAK BUAT:-

Tumis bawang putih, bawang merah dan cili api. Kemudian masukkan sos sardin dan juga ubi kentang. Kacau kejap. Lepas tu masukkan air dan juga air asam jawa. Rasakan dengan garam dan bahan perasa. Last masukkan ikan sardin, bawang besar dan buah tomato. Tunggu hingga mendidih..siap hidangan sardin simple :-)



AYAM GORENG KUNYIT


Satu lagi menu simple untuk berbuka..tak larat nak masak byk2..nak mkn 2 org je..Jom skali lagi kita ke dapur..layannn :-)






BAHAN-BAHAN:-

Isi ayam ( potong kecil dan gaul dengan serbuk kunyit & serbuk lada hitam )
2 ulas bawang putih
1/2 labu bawang besar
2 biji cili api ( potong )
Carrot
Kubis bunga
Kacang panjang
Garam
Bahan perasa

CARA NAK BUAT:-

Goreng dada ayam yang di potong tadi hingga sedikit garing. Kemudian masukkan bawang putih dan juga halia. Goreng hingga naik bau. Lepas tu masukkan semua jenis sayur dan juga cili api. Tambah sedikit air dan rasakan dengan bahan perasa. Kacau kejap dan bleh tutup api..siap untuk dihidang..Slamat mencuba :-) 


No comments:

Post a Comment