Assalamualaikum dan salam ceria.. ari ni yana betul2 ceria+gembira..waahhh..padahal ari2 mmg cani pun hehee..pagi ni juz nak tayang menu kami semalam..Krg tak sempat lak nak bern3..byk keje nak setle.. Tak mau bebel panjang2..jom kita ke dapur..layannnn..:)
KARI IKAN BAWAL ALA MAMAK
BAHAN-BAHAN:-
2 ekor ikan bawal
5 ulas bawang putih ( mayang )
3 ulas bawang merah ( mayang )
1/2 biji bawang besar ( hiris halus )
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar jintan manis
1/2 sudu besar halba campur
2 tangkai daun kari
5 sudu besar serbuk kari ikan
1/2 cawan air asam jawa
Air secukupnya
1 biji buah tomato ( potong 4 )
5 biji bendi
Garam
Serbuk perasa
Garam
Serbuk perasa
CARA NAK BUAT:-
- Tumis jintan manis, jintan putih dan halba campur hingga naik bau.
- Kemudian masukkan semua jenis bawang, daun kari dan juga tomato. Kacau 5 minit dan masukkan serbuk kari ikan. Kacau lagi.
- Masukkan air biasa dan juga air asam jawa. Kacau dan rasakan dengan garam dan juga serbuk perasa.
- Selepas itu masukkan bendi dan juga ikan. Kacau lagi dan tunggu hingga ikan masak. Boleh tutup api dan siap untuk dihidang.. Slamat Mencuba..:)
Assalamualaikum Yana,
ReplyDeletesedapnya kari ikan bawal, pekena ngan nasi panas panas
k.wattie: wksalam.. haah..xckp 1 pinggan..tambah lagii hehee
ReplyDelete