Tuesday, April 26, 2011

NASI BERIANI AYAM

Salam petang Selasa..malas tul nak buka blog skg..broaband asyik bt hal..slow sgt2..nak buka blog pun kena tunggu bertaun..melampau la tu bertaun..hikhikk..pe2pu jom layan resepi nasi beriani..juz c&p dari blog nii..mintak izin yee tuan punya resepi.. Malas nak masak lauk banyak2..bukan ada orang nak makan pun..kami berdua jee..hubby pun bkn makan banyak time malam.. yana buat half dari bahan2 nii..ckp lah untuk kami berdua.. Jom layannn...



NASI BERIANI AYAM

Bahan-bahan:

500gm basmathi - dicuci bersih dan direndam selama 2 jam
6 keping kepak ayam
1 camb rempah beriani
1/4 camt serbuk kunyit
250gm karot - dihiris halus
200-250ml air
800ml air - untuk nasi
100ml susu cair/segar - untuk nasi
30ml minyak
40gm minyak sapi
3 helai daun pandan - dipotong 3cm
garam secukup rasa

Bahan2 A:


1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga

Bahan2 kisar/tumbuk:



1 labu bawang besar
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1cm halia


Bahan2 hiasan:
1-2 biji buah tomato 
buah gajus
daun parsli

cara:

  • panaskan minyak dan minyak sapi
  • tumiskan bahan2 A, bahan2 kisar, rempah beriani dan serbuk kunyit sehingga wangi
  • masukkan kepak ayam dan kacau sehingga kering airnya
  • tuangkan air dan tutupkan periuk
  • bila ayam masak, keluarkan
  • kacau rempah tadi sehingga hampir kering
  • masukkan air, susu cair/segar, daun pandan dan garam secukup rasa
  • bila mendidih, masukkan beras dan karot (selepas ini bolehlah dimasukkan ke dalam rice cooker dan masak seperti biasa)
  • masak hingga kering air dan kemudian tutup periuk
  • hidangkan nasi dengan ayam dan taburkan dengan bahan2 hiasan
SLAMAT MENCUBA :-)

6 comments:

  1. Salam Yana...

    Ptg hari jenjalan kat sini...nampak lak Nasi Beryani Ayam...Wow! sedap ni...lapo lagi perut kak cek ni...

    ReplyDelete
  2. wksalam..jom kak cek mkn sama.. nasi panas lg nii..:-)

    ReplyDelete
  3. sedapnyer yana...hari ni kak fiza buat nasi mandy lagi...he he he atas permintaan mak mentua...nanti bila2 boleh la cuba nasi beriani yana pulak...=)

    ReplyDelete
  4. waahh..best gak tu nasi mandy.. next week yana bt nasi mandy plak.. :-)

    ReplyDelete
  5. Assalam yana,wawaa,memalam buta nih nmpk nasi beriani sedapnyer..Sama lah sy pong kalo masak utk 2orang,anak 1st mkan lah cikit2,yerla dak baru nak masuk umuq 18bulan,byk mana lah sgt nak mkn kan..

    ReplyDelete
  6. wksalam..biasa jee hehee.. tak sabar nk tgu baby besar..nnt bleh mkn byk2 kan..x larat plak ibu nk masak hikhikkk

    ReplyDelete