Thursday, April 14, 2011

LONTONG~tercapai jua hajatku

Nasi impit dah jadi..maknanya kna teruskan hajat asal iaitu buat lontong..Jadi juga lontong aku niii..orang lain makan pagi tak pun petang tapi kami melantak lontong utk dinner hikhikk...Tapi disebabkan semalam dah ternak lemak coz santan berlebihan..ari ni kna puasa laa..elok gak puasa ari Khamis kan..Resepi lontong ni dari CMG..tapi sama je dgn resepi my mama tiap kali aidilfitri..saje nak tyr masak resepi CMG..jom layan lontong yang dah abis nii...:-)


KUAH LODEH

BAHAN-BAHAN:-

3/4 batang carrot ( potong jejari )
1/4 bahagian kubis ( hiris )
2 keping fucuk ( kerat kecil dan rendam hingga lembut )
2 keping tempe ( potong dadu )
2 keping tauhu ( potong dadu )
1 cekak soon ( potong pendek )
1 kiub ikan bilis maggi
2 batang serai ( dititik )
1/2 inci lengkuas ( dititik)
1 biji bawang besar ( hiris halus)
2 biji bawang putih ( hiris halus )
1/4 camca serbuk kunyit
Garam
Gula
2 cawan santan pekat
5 cawan santan cair

CARA NAK BUAT:-

Tuang santan cair kedalam periuk dan masak bersama carrot, serai, lengkuas, bawang besar, bawang putih dan tempe. Masukkan juga serbuk dan kacau rata hingga mendidih. Kemudian masukkan fucuk, kiub ikan bilis dan kobis. Biar mendidih dan tambah air jika kuah kurang. Masukkan suun dan santan pekat. Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Biarkan mendidih dan boleh tutup api.

* potong nasi impit dan cedok kuah lodeh dengan isi2nya skali. Tambah hidangan lontong bersama telur rebus dan juga sambal  tumis. 

No comments:

Post a Comment