Thursday, April 7, 2011

CEK MEK MOLEK~resepi warisan

Salam tengah hari khamis..cepat masa berlalu..esok ari Jumaat plak dah..tak terkejar kita nii.. Tengah hari yang indah ni nak tayang menu kami petang semalam..menu yang tersangat simple tapi yana tak pernah buat..maklumlah, zaman anak dara dulu tau makan jee..nak makan tau beli jee..kalau tak sedap membebel..bkn fikir nak buat sendiri hehee..1st time buat semalam..kuih dari klate..tapi not feberet sangat..saje nak try buat..abih gak hubby makan..maknanya sedap lah tu..hehee..jom kita ke dapur..layann..



cair di dalam..
CEK MEK MOLEK

4 biji ubi keledek
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar mentega/planta
Gula secukupnya ( inti )

CARA NAK BUAT:-

Rebus ubi keledek sehingga lembut kemudian lenyek sampai lumat. Lepas tu masukkan mentega dan gaul. Masukkan gandum sedikit demi sedikit dan uli hingga jadi doh. Bulatkan doh jadi bebola kecil dan leperkan. Letakkan sedikit gula di tengah dan bentukkan menjadi bujur. Dah siap semua bolehlah digoreng dalam minyak yang panas. Slamat mencuba :-) 

No comments:

Post a Comment