Friday, March 4, 2011

NASI GORENG PAPRIK AYAM

Dah lewat nak bern3 resepi malam ni..banyak keje lak nak buat..Tengah hari tadi makan maggi paprik. Malam ni resepi paprik gak utk hubby nak makan. So, jadilah nasi goreng paprik. Jangan banyak citer g jom kita ke dapur..



NASI GORENG

3 cawan nasi semalam
2 sudu besar cili kisar/cili boh
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1 batang sosej
Kubis
Carrot
serbuk perasa

CARA NAK BUAT:-

Panaskan minyak dan tumis cili kisar. Dah naik bau masukkan sos tomato dan sos tiram. Kacau dan masukkan sosej dan carrot serta bahan perasa. Lepas tu masukkan nasi dan gaul rata. Last sekali masukkan kubis dan gaul lagi gaul lagi. Dah cukup semua rasa siap la nasi goreng kita. Kemudian kita masak kuah paprik pula ek.. Slamat mencuba:-)


PAPRIK AYAM

BAHAN-BAHAN:-

Isi ayam secukupnya 
2 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
3 biji cili api ( nak pedas tambah lagi )
3 helai Daun Limau purut
2 batang serai ( hiris )
Kubis Bunga
Carrot
Kacang panjang
Serbuk perasa
Minyak untuk menumis
Air secukupnya

CARA NAK BUAT :-

Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili api. Lepas tu masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap manis. Kemudian kacau dan masukkan kubis bunga, carrot dan kacang panjang. Gaul rata. And then tambah air dan masukkan bahan perasa. Garam tak payah coz sos tiram dah masin. Dah cukup rasa semua maknanya dah siap dan boleh hidang..Slamat Mencuba :-)

No comments:

Post a Comment