Saturday, March 5, 2011

NASI CARROT & KERUTUK AYAM


Salam petang sabtu..dah lewat ari ni nak bern3..bz skit dari pagi sapa tengah hari..baru je siap menikmati juadah tengah hari sejam yg lepas..tengah hari ke petang ek..tak pe lah..janji dah bagi hubby makan hehee..Ari ni yana try masak nasi carrot..tak pernah buat pun..jadi la jugak buat tadi hehee..Nasi ni makan dengan gulai kerutuk dari kelate tapi buat kat kepala batas tambah sikit dengan acar mentah timun dan tomato..bagi ada rasa masam2 skit baru best nak makan..Jom kita ke dapur tengok resepi..

NASI CARROT

BAHAN-BAHAN:-

3 pot beras ( basuh dan toskan )
1/2 batang carrot ( sagak  atau hiris nipis )
2 sudu besar mentega
1/2 biji bawang besar ( mayang )
1 biji bawang putih ( mayang )
1/2 inci kayu manis
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
2 biji bunga cengkih
1 helai daun pandan ( simpul )
4 cawan air

CARA NAK BUAT :-

Tumis kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih dengan mentega. Dah naik bau masukkan bawang besar dan bawang putih. Kacau jap dan masukkan daun pandan.
Kemudian masukkan beras dan juga carrot. Gaul jap dan masukkan air. Kemudian masak macam nasi biasa.
Senang je kan..Slamat mencuba :-)







KERUTUK AYAM

BAHAN-BAHAN:-

6 ketul ayam ( goreng dulu tapi jangan garing )
2 ulas bawang merah ( tumbuk halus )
1 ulas bawang putih ( tumbuk halus )
1/2 inci halia (tumbuk halus )
1/2 inci kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 biji bunga cengkih
1 biji buah pelaga
2 sudu besar rempah kerutuk ( gaul dgn air serta 1 ulas bwg merah mayang & 1 ulas bwg putih mayang )
2 biji ubi kentang ( potong ikut suka )
1/2 cawan santan pekat
2 sudu besar kerisik
Air secukupnya
Garam
Gula
Serbuk perasa
Minyak untuk menumis

CARA NAK BUAT:-
Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah dan halia serta 4 sekawan. Dah naik bau boleh masukkan rempah kerutuk dan gaul. kemudain masukkan ubi kentang dan ayam. Gaul lagi biar rata.
Selepas itu bolehlah masukkan santan. Masukkan juga air tapi jangan banyak sangat. kerutuk biasanya pekat. Bila dah menggelegak masukkan kerisik. Kacau jap dan masukkan garam, gula serta serbuk perasa. Last sekali rasa kerutuk kalau dah cukup rasa maknanya siap lee hehee..Slamat mencuba.:-)

No comments:

Post a Comment