Friday, February 28, 2014

MEE RACUN untuk tetamu ^___^

Assalamualaikum dan selamat hari Jumaat ^_^

Alhamdulillah dapat bersua lagi..Mee Racun?!! sape pernah makan sila angkat sudu :-P..Dah banyak kali yana bt mee racun resepi Che Iza ni..suka sangat..hope suatu hari nanti dapat makan yg ori punyer kat Batu Pahat..InsyaAllah..

Mee Racun ni yana buat spesel utk tetamu spesel..BFF request nak makan..dia xpernah rasa mee racun so, sebagai sahabat sejati haruslah ditunaikan permintaannya itu..nak buat pun xsusah..okess..kita layan pic je laa ekk..semua dah abis..nak rasa sila buat sendiri ^_^


MEE RACUN
Resepi : Che Iza

BAHAN-BAHAN:-
600 gm mee kuning~ yana guna mee kering cintan
1/2 kg tulang kambing ~ yana guna ayam je
1/2 inci halia ditumbuk
beberapa ekor udang, boleh tambah ayam ker sotong ker
3 - 4 biji bawang merah ~ dikisar
2 - 3 ulas bawang putih ~ dikisar
4 sb cili boh
5 sb sos tomato
4 sb sos cili
1 sb gula
1 kiub ayam
2 kelopak kobis ~ nak letak sawi pun boleh
sebiji tomato ~ potong 6
sedikit garam
sedikit serbuk lada sulah

CARA NAK BUAT:-
  1.  Rebus tulang kambing dengan halia hingga empuk.
  2. Dalam kuali, tumis bahan kisar hingga kekuningan dan naik bau.
  3. Masukkan cili boh, tumis hingga garing.
  4. Masukkan air rebusan tulang kambing, masukkan sos tomato dan sos cili, biar mendidih.
  5.  Masukkan udang, tulang kambing, gula, garam secukup rasa, kiub ayam dan serbuk lada sulah. Masak hingga kuah agak pekat masukkan kobis dan tomato.
  6. Masukkan mee..tapi den celur jer mee..kuah tuang kemudian..
  7. Sedia di hidang..tabur daun bawang dan bawang goreng.

Selamat Mencuba :-)

CREAM PUFF & CUSTARD FILLING

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^__^

Jumaat terakhir di bulan februari 2014..Sekejap je masa berlalu kan..rasa baru je kita sambut tahun baru..rupanya dah nak masuk bulan ke 3 tahun nii~~Semoga kita semua sentiasa diberkati Allah SWT..

Okess..kembali pada cerita cream puff..tahun lepas ramai kengkawan blogger yang bt cream puff termasuk gak yana..1st time bt xmenjadi..2nd plak x begitu lawa seprti yg dikehendaki..kali ke3 baru jadi ^__^..tgk tu..xputus asa kan :-P ..Resepi yana skodeng kat blog Tun Telani..Tq yer Tun share resepi nii..tq jua pada tuan empunya resepi..mintak izin yana letak sini pulak yer utk rujukan masa hadapan..harus bt lagi lagi dan lagi ^__^



CREAM PUFF
Resepi : Zaliana @ MyR
Sumber cuci mata : Tun Telani

BAHAN-BAHAN:-

125 gm self raising flour @ tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
100 gm butter
250 ml air
1/2 sudu teh gula
3 biji telur

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Panaskan air, gula dan butter dalam periuk sampai mendidih. Masukkan tepung, kacau hingga adunan tak melekat pada periuk. Sejukkan.~ lepas didih yana & Tun guna api paling perlahan dan masukkan tepung.
  2. Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dgn mixer.
  3. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang.
  4. Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik. Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan lebih kurang 30 minit. Oven hendaklah dipanaskan dulu. bakar dalam suhu 220c. Suhu yang panas membantu puff naik dgn sempurna. Pastikan puff telah benar2 masak sebelum dikeluarkab dari oven. Ia kelihatan ringan, bahagian bawahnya tidak melekat di dulang dan telah berwarna kuning kecoklatan sedikit. Jika dikeluarkan sebelum cukup masak, puff akan turun dan tidak berongga di dalamnya. ~ Yana & Tun guna suhu 200c je


CUSTARD FILLING
Sumber : Tun Telani

BAHAN-BAHAN:-

2 camca besar tepung kastard
2 camca besar gula kastor
1 1/3 cawan susu segar
30 gram mentega ( kurang lebih 2 camca teh )
2 camca teh esen vanila

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanila
  2. Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat
  3. Padam api tambah mentega dan esen vanila, kacau rata dan biar sejuk. ketepikan
Selamat Mencuba :-)

Thursday, February 27, 2014

KEK SANTAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^__^

Baru berkesempatan nak letak entry kek santan kat sini..dah berbulan2 buat tapi apa kan daya..virus M nak mengupdate blog banyak bebenor dalam jiwa :-P..Kek Santan ni memang sedap yer kawan2 sekelian..tak caya tanya kak MaDiHaA..betul kan kak sedap ;)..Yana pun dah 3 kali buat..sangat direkemen pada kawan2 untuk cuba kek santan nii..memang berbaloi :-)

Jutaan terima kasih pada Kak Chah Ramlan teman di FB yang sudi share resepi warisan keluarga beliau.. Yana mintak izin nak share kat sini pulak ye kak~~~


KEK SANTAN
Sunber : Kak MaDiHaA

BAHAN-BAHAN:-

4 biji telur
2 cawan gula kastor ~ yana guna 1 1/2 cwn 
1 sb ovellet
Daun pandan ( kisar dgn 3 cwn air )
2 cawan santan ( air pandan guna perah santan )
4 cawan tepung gandum*
2 sudu besar baking powder*
(*) ayak bersama

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Satukan telur, gula & ovellet. Pukul hingga gebu dan berkrim
  2. Masukkan selang seli tepung gandum dan santan. Pukul lagi.
  3. Lenser bekas/loyang dgn majerin & panas oven 160c.( Yana & MaDiHaA alas dgn baking paper)
  4. Bakar 1 jam @ hingga masak
Selamat Mencuba :-)

AYAM MASAK KAPITAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^_^

Menu beberapa hari yang lalu..Ayam Masak Kapitan ni dah jadi feberet kami sefamily..nak buat pun senang je..yang penting sedap ^_^ ~~~


Resepi : DJ
Sumber cuci mata : Linapg @ Teratak Mutiara Kasih

BAHAN KISAR:-

1 labu bawang besar
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
6 - 7 biji cili merah
sedikit lengkuas
sedikit kunyit hidup
1/2 cm halia
1 batang serai
1 sudu besar udang kering ( rendam sekejap supaya lembut - toskan )

BAHAN A

Ayam dipotong ikut suka
200 ml santan
50 ml susu cair
3 asam keping
cili merah & hijau ( dipotong )
1 biji buah tomato ( belah 4 )
garam dan gula secukupnya

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Tumis bahan kisar hingga naik bau
  2. Masukkan ayam dan gaul. Biar hingga ayam empuk
  3. Kemudian masukkan santan dan susu cair dan asam keping. Biarkan hingga mendidih.
  4. Masukkan garam, gula. Kacau sentiasa.
  5. Masukkan tomato dan hirisan cili. Tutup api. dah siap.

Selamat Mencuba :-)

Wednesday, February 26, 2014

MUFFIN YOGURT..TERBAEEKKK SEDAAPP!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^__^

Muffin yogurt ni yana buat utk minum petang beberapa hari yang lalu ^_^..ini antara muffin yg the best dlm senarai yana..dah banyak kali buat anak2 tetap tak puas makan..ibu dan ayah pun sama..lepas satu2 masuk mulut..sedapp sangat..memang terasa kegebuannyaa :-)

Kita semak resepi je la ekk..skg ni takleh nak bebel panjang lebar..mahu sepantas kilat nak update post nii~ bizi memanjang ^__^ ~ takpe laa janji blogku terus hidup.. jom cuci mata :-P







MUFFIN YOGURT
Sumber cuci mata : Izah Muffin Lover

BAHAN-BAHAN

(menghasilkan 10 biji muffin )

120 gm tepung
70 gm gula kastor
1 tsp baking soda
1/4 tsp garam
150 gm plain yogurt @ yogurt berperisa
1 biji telur
50 gm minyak sayuran
1 tsp esen vanila

Filling pilihan masing2:
coklat chip, kismis, oreo, filling coklat, blueberry, strawberry

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Panaskan oven ke 180c
  2. Campurkan sebati semua bahan kering dalam mangkuk besar. Ketepikan.
  3. Sebatikan pula semua bahan basah kecuali filling
  4. Tuangkan bahan basah ke dalam bahan kering. Kacau perlahan-lahan. Masukkan coklat chip atau pilihan masing2. Kacau perlahan sekadar bersatu. Jgn overbeat nanti muffin keras.
  5. Ceduk ke dalam muffin cup 1/2 ke 3/4 penuh. Bakar selama 20-25 minit bergantung pada oven masing2
NOTA: Jika mahu intikan muffindgn filling kesukaan, cedukkan 1/2 adunan, masukkan filling dan tutup semula dgn adunan muffin 3/4 penuh cup. Muffin jenis ni, masa menggaulkan bahan2 tu pun adunan dah menggebu sebab yogurt ngan soda tu bersatu. Jadi jangan terlebih gaul untuk mengekalkan kelembutan dan kegebuan muffin.


Selamat Mencuba ;-)