Tuesday, February 25, 2014

SERI MUKA TIGA RASA

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^_^

Kuih Serimuka Tiga Rasa yang sangat sedap hokeyy  ^__^ dah lama buat baru dapat tayang kat sini.. pe2pun layan pic je laa ekk..tq pada Kak Yatie share resepi kuih serimuka nii..anak2 yana memang suka sangat..ibunya lagi suka :-)


SERI MUKA TIGA RASA

BAHAN-BAHAN:-
LAPISAN BAWAH :- loyang 10x10x3@2 inci

500 gm beras pulut
200 ml santan pekat
300 ml air
1 sudu kecil garam halus
pewarna hijau & perisa pandan

CARA PENYEDIAAN:-


  1. Basuh beras pulut dan rendamkan pulut sekurang2nya 4 jam bersama pewarna hijau.
  2. Buangkan air rendaman, basuh bersih pulut dan toskan. Ketepikan dulu.
  3. Sapukan sedikit minyak masak di sekeliling loyang dan alaskan plastik dan sapukan sedikit minyak lagi
  4. Masukkan beras pulut yang di toskan tadi ke dlm loyang dan ratakan.
  5. Dalam bekas lain, satukan santan pekat, air, garam, perisa pandan dan pewarna hijau. Gaul sebati.
  6. Tuangkan adunan santan tadi ke dlm loyang berisi pulut dan gaul rata.
  7. Kukus semua bahan diatas selama 30 minit. Bila pulut dah masak, gaul sebati dan tekan2kan rata.
**Sementara kukus pulut masak, bolehlah sediakan bahan2 utk lapisan tengah

LAPISAN TENGAH

1 cawan labu manis ~ yg sudah diparut/disagat halus
1 1/2 cawan tepung beras*
2 sudu besar rata tepung jagung*
1 cawan santan pekat*
2 cawan air*
3/4 cawan gula kastor*
1/2 sudu kecil garam*

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Bancuh semua bahan yg bertanda (*) tapis dan masak hingga naik wap. Sentiasalah dikacauguna whisk dan guna api sederhana jer dlm 5 minut - tutup api.
  2. Masukkan labu yg diparut tadi dan kacau rata.
  3. Tuangkan adunan ke atas permukaan lapisan bawah/pulut dan kukus selama 20 minit.
**Sementara tunggu adunan lapisan tengah masak, bolehlah sediakan adunan utk lapisan atas

LAPISAN ATAS

1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula kastor
1/2 sudu kecil garam
2 biji telor
300 ml air
100 ml santan pekat ~ santan kara
2 sudu kecil coklat emulco

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Satukan semua bahan dan tapis ke dalam periuk.
  2. Masak hingga naik wap dlm 3 minit dan sentiasalah di kacau guna whisk
  3. Tuang atas lapisan tengah dan kukus selama 25 minit. Kelar2kan sikit permukaan lapisan tengah sblm tuang adunan atas. Pastikan tiada air di permukaannya. Sekiranya ada, lapkan guna kitchen towel
  4. Biarkan kuih betul2 sejuk barulah dipotong guna pisau plastik.

Selamat Mencuba :-)

Tuesday, February 11, 2014

BAKED DORY WITH FRIES TOPPING

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^__^

Menu ikan dori yg sangat simple tapi sedap hokey ^__^ dah banyak kali yana buat lepas Tun tayang kat blog dia ari tu..biasa kalau beli ikan dori kat tesco harus jadi sweet sour tak pun fish and chips..yang tu je la duk ulang :-P 

Jom cuci mata je la ekk..semua dah habis ~~~




BAKED DORY WITH FRIES TOPPING
Adaptasi dari : TryMasak
Resepi : Tun Telani

BAHAN-BAHAN:-
1 keping fillet ikan dory
1 cawan fries
Sedikit minyak zaitun
Sedikit garam dan lada hitam
1/2 biji limau nipis ~ ambil jus
Sedikit paprika ~ yana add
Sedikit cajun ~ yana add

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Basuh ikan dori dan lap hingga kering
  2. Gaulkan ikan dengan sedikit minyak zaitun, jus limau nipis, garam, lada hitam, paprika dan cajun. Letakkan atas dulang pembakar.
  3. Cincang fries ke saiz yg agak kecil dan letakkan atas ikan dori tadi dan tuang sedikit minyak zaitun di atasnya.
  4. Bakar pada suhu 250cselama 20minit atau hingga ikan masak. Kemudian tukar pada api atas/grill hingga kentang tadi kuning keemasan.
  5. Hidangkan bersama coleslow.

Selamat Mencuba :-)

Monday, February 10, 2014

NASI PILAU PAKISTAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^____^

Nasi Pilau Pakistan yg enak banget..tak tipu punyer ^_^.. Baru sempat nak update resepi..dh lama pic terperap dlm folder..Jutaan terima kasih pada Ummi Maria Hakem nun jauh di obesi yg sudi share resepi nasi pilau nii..bertambah koleksi resepi nasi ^_^..Terima kasih jua pada Puan Ct Penang yg jauh dimata dekat di hati coz promote baekk punyer nasi nii..tgk kat blog dia ari tu terus tergoda nak mencubanya..

Alhamdulillah..anak2 & hb suka..yana makan bersama dalca & acar mentah je..pada kawan2 yg lain bolehlah cuba yer..mmg sedapp ^_^



NASI PILAU PAKISTAN
Resepi : Ummi Maria Hakem @ FB
Sumber cuci mata : Ct @ Diari Zaliedana



#Sukatan ni utk beras yg sy guna 2cwn. klu nk tmbh or kurang, pndai2 lah agak yer.. :)

Air Rebusan utk masak nasi:
1/2 ekor ayam ~ potong 6
2 sudu besar ketumbar biji
1/2 sudu besar lada hitam biji
1/2 sudu besar jintan manis biji
1/2 sudu besar jintan putih biji
Selabu bawang putih dibasuh & diketuk sedikit ~ xyah buang kulit
2 inci halia ~ diketuk
2 biji bawang besar ~ potong 4
2 helai daun bay
rempah 4 sekawan serba sedikit
4 cawan air

CARA PENYEDIAAN :-

  1. Rebus semua bahan hingga ayam masak & air berkurangan
  2. Angkat ayam & ketepikan. Tapis air rebusan & buangkan semua rempah2 tadi.
  3. Simpan air rebusan tadi untuk masak nasi nanti. Kita ke step seterusnya :)

BAHAN-BAHAN UTK NASI:-

2 Cawan beras basmathi ~ direndam 1 jam & toskan
2 1/2 cawan air rebusan tadi
ayam yg direbus tadi
1 biji bawang besar ~ dihiris
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil garam masala
1/2 sudu kecil  serbuk jintan putih
Pes bawang putih & halia ) yg ni pndai agak2 sndiri la yer )
Rempah 4 sekawan
Daun bay
Daun pandan
kiub pati lembu
Garam/Gula secukupnya
Minyak utk menumis ( ummi kta xyah guna minyak sapi, mmg guna minyak biasa je ~ yana guna EVOO
1 sudu kecil jintan putih biji ( yg nih utk tabur last ms nasi kering )

CARA PENYEDIAAN :-

  1. tumis bawang besar yg dihiris sampai hitam ( tp bukan hangus ya, ala2 bawang goreng gitu ) *part nih mmg penting, sila jgn malas nk tgu bawang tu jd hitam gitu ^_^ 
  2. Masukkan rempah 4 sekawan. daun bay, daun pandan, pes bawang, halia 7 rempah2..tumis lagi hingga garing & naik bau
  3. Masukkan air rebusan, garam & gula, ayam. Dah mendidih terus tuang ke dalam beras atau boleh juga lpas masuk rempah goreng sebentar beras baru masukkan air, ikut keselesaan masing2 la yer. ( yana goreng beras dulu )
  4. Apabila nasi telah kering, gemburkan & taburkan jintan putih ( yana & ct letak sikit je sbb xnak anak2 pilih masa mkn nnt ^_^
  5. Siap sudah..boleh dihidangkan...

Selamat Mencuba :-)

Sunday, February 9, 2014

WANTAN GORENG INTI PISANG & COKLAT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^___^

Resepi yang sangatlah simple tapi sungguh yummy kat tekak kami sekeluarga..Tq pada Giada bg idea nk abiskan kulit wantan yg dh lama bertapa dlm peti ais..Biasa wantan yana bt inti ayam tp bila tgk giada buat ari tu terus nak cuba..sebelum ni tak terfikir pun nak buatt inti macam ni hehee..Yana minat sgt Giada..alaa chef yang cun melecun kat Food Network Channel tuh..ari2 tgk dia msk ^_^ 

Okess, back 2 menu..inti boleh je nak tukar..yana pnh buat inti epal hijau + nutella..sedapp jgkk..lepas satu2 krukk krakk krukk krakk masuk mulut ^_^


BAHAN -BAHAN:-

16 keping kulit wantan
1 biji pisang ~ didadu kecil
1/4 cawan gula perang
1/3 cawan walnut ~ dicincang halus
1 biji telur ~ dipukul sikit
1/3 cawan nutella @ mentega kacang berkrim
Minyak untuk menggoreng

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Dalam mangkuk masukkan pisang yang didadu, gula perang dan walnut. Gaul biar semua mesra.
  2. Ambil sekeping kulit wantan. Letakkan 1 sudu kecil nutella ditengah kulit wantan kemudian letakkan 1 - 2 sudu kecil campuran pisang tadi. Kemudian sapu telur disekeliling tepi kulit wantan.
  3. Lipat biar kemas. Tekan tepi kuat2 untuk elakkan dari terbuka. buat sampai habis. kemudian sejukkan dalam peti selama 15 minit.
  4. Keluarkan dari peti dan goreng wantan tersebut hingga nampak keemasan. Dalam 1 minit je..angkat dan boleh hidang..tunggu suam2 dulu baru bleh makan tau ^__^

Selamat Mencuba :-)

Friday, February 7, 2014

KEK MINYAK ~ I'M BACK ^________^

Assalamualaikum dan salam Jumaat penghulu segala hari ^_^

Alhamdulillah dipertemukan lagi kt di dunia maya..mula2 nak sapu habuk2..sawang2 yg dh memenuhi segenap ruang blog kesayanganku ini al-maklum je laa kan..dh lebih 6 bulan blog ni kesunyian kesepian tidak dipedulikan..puan tanah begitu sibuk menguruskan hal2 duniawi yg tak pernah kehabisan maka blog pun terabai ;)

Tak nak bebel panjang lebar ~ sbb takde idea ~ moh kt layan dulu resepi Kek Minyak yg tgh hot skg nih..rata2 kengkawan blogger dh cuba..mmg sedap dan mudah je nk menyediakannya..dh 2 kali yana buat..terima kasih pada tuan resepi ~


KEK MINYAK
Sumber cuci mata : Lina Pg

BAHAN-BAHAN:- 
5 biji telur
3/4 cawan gula halus ( Lina Pg & yana gna 1/2 cawan gula kastor )
2 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1 cawan susu pekat (Lina Pg & Yana guna 3/4 cawan )
1 sudu besar ovallate
1 cawan minyak masak
perasa nenas/pisang/ape2 ikut suka/pewarna
1 sudu kecil esen vanila

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Panaskan oven suhu 170c
  2. ayak tepung gandum bersama baking powder. Ketepikan.
  3. Lenser loyang kek dgn mentega. Alaskan dengan baking paper.
  4. Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang.
  5. Masukkan susu pekat dan esen vanila. pukul lagi sekejap.
  6. Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
  7. Akhir sekali masukkan gandum. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan adunan kepada 3 warna.
  8. Tuangkan ke dalam loyang, marble ikut kreativiti.
  9. Bakar hingga masak. Suhu bergantung kpd oven masing2. ( Lina Pg & yana bakar suhu 165c selama 50 minit api atas bawah )
  10. Biar kek sejuk baru dipotong dan dihidangkan
Selamat Mencuba