Assalamualaikum..salam 10 Ramadhan ^_^
Wednesday, August 10, 2011
Tuesday, August 9, 2011
NASI LEMAK HIJAU PANDAN~ 9 RAMADHAN
Assalamualaikum..bersua kembali kita..Alhamdulillah..esok dah 10 Ramadhan..Moga kita semua sentiasa dilindungi oleh Allah SWT dan diberi kesihatan yang baik agar dapat menjalani ibadat puasa dgn sempurna..
Tengah hari tadi tibe je tekak ni terasa nak makan nasi lemak..hmm..maknanya kena masak nasi lemak lah utk bebuka..ngeee..bkn susah pun nak masak nasi lemak kan..ceeewaahhh perasan bagus plak :=)..Dah biasa mkn nasi lemak yang biasa so, utk bebuka kita masak yg spesel sikit..nak test Nasi Lemak Hijau Pandan..rasanya dah lama blogger lain bt..yana ni je baru nk try..mkn simple je dgn sambal bilis dan ayam goreng berempah kari..kenyang sgt..sahur krg hrp2 bleh mkn g skit..rasa mcm perut dh penuh diisi..
ok lah..kita layan jee resepi dari sifu CMG.. dah bertaun simpan resepi ni baru skg bt..Menurut CMG, resepi asal dari Amy Bah tapi telah di modifey oleh beliau..mmg sedap nasi lemak hijau ni..bau pandan dari nasi mmg wangi..jom layannn pic yg tak begitu mengancam nii.. snap cepat2 coz dh nak berbuka tadi..layannnn :=)
NASI LEMAK HIJAU PANDANBAHAN-BAHAN:- ( yana bt 1/2 je dari bahan ni )
4 cawan beras Basmathi ( cuci dan rendam 20 minit & toskan )
1 biji kelapa parut
10 helai daun pandan ( kerat kecil2*)
1 cawan air* (*dikisar halus )
2 batang serai ( dititik )
1 helai daun pandan ( disimpul )
1 inci halia ( diketuk)
3 ulas bawang putih ( diketuk )
5 biji bawang merah ( hiris halus )
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
5 kuntum bunga cengkih*
3 biji buah pelaga* (*rempah tumis)
1 camca serbuk lada hitam
Sedikit garam
BAHAN SAMPINGAN :-
Sambal tumis udang ( yana bt sambal tumis bilis je )
Hirisan timun
Tomato ceri/plum
ikan/ayam goreng
Telur dadar
CARA NAK BUAT:-
- Tuang kisaran daun pandan tadi dalam kelapa parut, tambah air secukupnya, ramas dan perah hingga mendapat 6 cawan santan (gunakan cawan yang sama untuk menyukat beras). Masukkan beras yang ditoskan tadi dalam rice cooker. Ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis rempah tumis, bawang kecil hiris, bawang putih ketuk, halia titik dan serai titik tadi hingga harum. Tuang santan dan masukkan daun pandan yg disimpul.
- Masukkan garam dan serbuk lada hitam, biar mendidih. Matikan api dan tuang santan tadi dalam beras yang telah diisi ke dalam rice cooker tadi. Tekan "ON" dan masak seperti biasa, bila nasi masak, balik2kan nasi menggunakan chopstick. Jangan terlebih dibalikkan, nanti nasi patah2.
- Boleh dihidangkan bersama bahan2 sampingan sebelum dihidang..
Selamat Mencuba :=)
AYAM SERAI PEDAS~ menu sahur
Assalamualaikum..Alhamdulillah kenyang dgn rezeki sahur pagi ni..Nak bern3 kejap je nii sambil menunggu azan subuh..Bangun pkl 4.15 pagi tadi and sempat msk lauk yg mmg simple sgt tapi mmg sedap..cukup menyelerakan..Resepi ni dh lama terskodeng kat umah Kak Mas Duniaku tapi xde kesempatan nak msk..semalam baru terfikir nak try msk..semua bahan ada and cepat je nak masak lauk ni..
Jom je lah kita layan resepi ni..klu sape2 yg suka dgn kepedasan mmg sesuai sgt lauk ni..bagi yana bleh tambah selera mkn masa sahur kerana kepedasannya..xpedas maka xselera la nk mkn hehe..xmau bebel panjang2..ada masa kejap je nii nak BW umah kengkawan..kita layannn..:=)
AYAM SERAI PEDAS
Resepi asal : irose@myresepi.com
Sumber: Kak Mas Duniaku
BAHAN-BAHAN:-
- 3 keping dada ayam - ambil isi sahaja ( yana ambil semua bahagian :=) )
- 1 batang serai - dititik
- 5 helai daun limau purut
- 2 biji cili besar - ditumbuk@dikisar
- 6 biji cili padi - ditumbuk@dikisar
- 1 camca sos ikan @sos nampla
- 1 camca sos tiram
- Secubit gula
- Sedikit ajinomoto Mas letak kiub ayam ( yana ltk kiub ayam jgk )
- sedikit minyak untuk menumis
- 1 ulas bawang putih - ditumbuk@dikisar
- 1 ulas bawang merah - ditumbuk@dikisar
Cara membuatnya :
- Masukkan minyak untuk menumis serta serai, daun limau purut, cili besar, cili padi, bawang putih dan bawang merah. Tumis sehingga naik bau.
- Masukkan potongan ayam dan sedikit air bagi memastikan ayam masak secukupnya.
- Masukkan sos ikan, sos tiram, gula dan ajinomoto. Kacau sebati. Tutup api dan hidangkan.
Slamat Mencuba :=)
Monday, August 8, 2011
KARI IKAN BAWAL ALA MAMAK ~ 8 RAMADHAN
Assalamualaikum semua..Alhamdulillah sempurna sudah puasa hari ni..kejap je rasa esok dh hari ke 9.. Hmm..Baca Al-Quran baru je masuk juzuk ke 6..bz sangat rasanya Ramadhan tahun nii..nk layan kerenah anak yg makin lasak tapi insyaAllah akan cuba habiskan juga 30 juzuk..InsyaAllah..
Menu bebuka hari ni seperti juga hari2 biasa..masak yg simple simple jee utk isi perut 2 org kat umah nii..xleh masak byk2..ckp je lah 2 jenis lauk..kami xmkn byk pun hehee..xelok membazir kan di bulan yg mulia nii..hati ni mmg teringin nak bt mcm2 kuih..jeles tgk blog teman2 semua meriah dgn kuih muih utk bebuka..umah yana nii bebuka terus en.hubby terkam nasi hehee..klu rasa nk mkn kuih tuu beli je kat bazar hehee..jom je lah kita intai resepi simple nii..resepi biasa jee tapi feberet kat umah nii..layannn :=)
KARI IKAN BAWAL ALA MAMAK
BAHAN-BAHAN:-
2 ekor ikan bawal
2 ulas bawang putih ( mayang )
1/2 biji bawang besar ( hiris halus )
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk jintan manis
1/2 sudu besar halba campur
2 tangkai daun kari
5 sudu besar serbuk kari ikan
1/2 cawan air asam jawa
2 cawan air biasa
1 biji buah tomato ( potong 4 )
5 biji bendi
Garam
Serbuk perasa
Garam
Serbuk perasa
CARA NAK BUAT:-
- Tumis jintan manis, jintan putih dan halba campur hingga naik bau.
- Kemudian masukkan semua jenis bawang, daun kari dan juga tomato. Kacau 5 minit dan masukkan serbuk kari ikan. Kacau lagi.
- Masukkan air biasa dan juga air asam jawa. Kacau dan rasakan dengan garam dan juga serbuk perasa.
- Selepas itu masukkan bendi dan juga ikan. Kacau lagi dan tunggu hingga ikan masak. Boleh tutup api dan siap untuk dihidang.. Slamat Mencuba..:)
AYAM KANDAR lagi~ Mood Kepenatan ^_^
Assalamualaikum semua..sory yee menanti tuan umah yg lama bercuti tanpa sempat bg pesanan..Windunya kat blog yg tak seberapa menawan nii hehee..Tima kasih pada yg sudi singgah kat dapur kecik yana nii..Ekceli yana blk umah mertua kat Pendang minggu lepas..4 hari xmasak apa2..tgu mkn jee..xelok perangai menantu ni kan hehee..bkn kita xnak masak tapi ipar duai kat sana semua dah pandai masak..kita jeling2 je laa kat dapur hehee..Lewat malam semalam baru sampai umah..aduss penatnya..nak masak utk sahur lagi..baju x iron lagi..byknyaa keje..maknanya hari ni xde masa nak berfoya2 kat alam maya hikhikk...
Jom je lah kita intai resepi simple utk sahur tadi..Menu ni mmg popular suatu masa dulu..semua blog ada bt tayangan and kat umah nii pun dah byk kali bt siaran ulangan kat SINI..mmg sedap bagi penggemar nasi kandar mcm penghuni umah nii..nggeee..resepi asal Daging Kandar oleh kak Asma MyResepi..secara sengaja yana tukar jadi Ayam Kandar coz xgemar sgt mkn daging..Jom je lah kita layannn..kejap lagi nak tunaikan kewajipan plak..layann :=)
AYAM KANDAR
AYAM KANDAR
Bahan-bahan
- 1/2kg ayam
- 6 ulas bawang putih/1 inci halia(tumbuk/blend)
- 2 sudu besar kicap pekat maggi
- 2 sudu besar sos tomato
- 2 sudu besar sos cili
- 2 pkt serbuk kari daging babas(1 1/2 pun boleh)
- 1 labu bawang besar(dimayang)
- 1 ulas bawang putih (dimayang)
- Kulit kayu manis dan bunga lawang
- sedikit daun kari
- garam dan perasa
- air
CARA NAK BUAT:-
- Ayam dpotong dan dbersihkan. ketepikan.
- Tumiskan bawang besar,bawang putih,kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
- Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus dan juga daun kari.
- Kemudian masukkan campuran rempah tadi(kicap pekat,sos dan serbuk kari).kacau sebati.
- Masukkan ayam dan air. masak hingga ayam empuk.
- Masukkan garam dan perasa.kacau lagi dan masak lah sehingga kuah menjadi pekat.
Slamat Mencuba :=)
Subscribe to:
Posts (Atom)
