Thursday, January 29, 2015

IKAN MASAK PESMOL

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Dah lama rasanya tak update blog time malam2 gini..Malam ni anak2 tido awal..incik lalink pulak ot sampai ke esok..boring la pulak..Nak baca novel pun takde mood..Sambil tunggu kek yang sedang bersauna kat dapur tu boleh lah siapkan satu n3..pastu jalan2 umah kengkawan pulak cari idea resepi untuk esok~~~

Ikan Masak Pesmol juadah lunch dan dinner kami sefamily hari ni..Dah banyak kali yana buat..Anak2 suka sangat..Pernah buat guna ikan kembung pastu siakap..kali ni yana buat dengan ikan selar pulak..sedap jugak..Ikan Pesmol ni rasa macam percik pun ada..rendang pun ada..hurmm..tak tau lah nak cakap macam mana..kalau nak tahu kena cuba buat sendiri lah yer heheee..Jom semak resepinya ^_^


IKAN MASAK PESMOL
Resepi asal : Chef Wan
Sumber : Kak Nur

BAHAN-BAHAN:-

1 ekor ikan siakap dibersihkan
garam, lada hitam yg baru dikisar
1 batang serai ~ dititik
2 cm lengkuas ~ dititik
10 tangkai cili padi
2 helai daun limau purut
2 helai daun salam ( MaDiHaA & yana x letak )
2 cawan santan pekat ~ yana guna susu cair
Air perahan daripada 1 biji limau nipis
gula
buah tomato ~ belah 4 ( yana tambah )

BAHAN KISAR

5 tangkai cili merah
10 tangkai cili padi
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
10 biji buah keras
1/2 sudu teh serbuk kunyit
2.5 cm halia

CARA PENYEDIAAN :-
  1. Lumurkan ikan dengan garam dan lada hitam. Goreng ikan dengan minyak yang penuh sehingga garing.
  2. Panaskan 3 sudu minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
  3. Masukkan serai dan lengkuas. Tambah cili padi, daun limau purut dan daun salam. Kacau rata-rata.
  4. Masukkan santan dan renihkan sehingga kuah memekat. Perasakan dengan air limau nipis, garam dan gula.
  5. Tuang kuah ke atas ikan goreng dan hidang segera.
Selamat Mencuba :-)

Tuesday, January 27, 2015

ROTI LEMBUT GEBU ( Basic Dough )

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Roti pertama 2015..alahaii males bebenor nak meroti tapi bila dah mula..hari2 pulak asyik nak meroti jer..hilang stress kalau buat roti tau ^__^


Roti kaler pink request dari kakak damia..sekarang ni semua benda nak kaler pink.. ingatkan kek je.. roti pun nak kaler pink jugak..gegirl kan~~


Seperti biasa yana guna resepi dari rakan FB..suka sangat dengan resepi nii..roti lembut gebus gebas sangat..tq tuan punya resepi..sekali lagi yana share kat sini yer~~~~

BASIC DOUGH

BAHAN-BAHAN:-

500gm tpung roti atau gandingan 400gm tpung roti dan 100gm tpung gandum
100gm gula kastor
40gm susu tepung
1st bread improver 
11gm yis atau sepeket yis
sebiji telur cmpurkan dgn air sejuk 265gm
80gm butter
1st bread softner

CARA PENYEDIAAN:-

Campur bahan kering dan masuk bahan cecair
uli sebatikan dan masukkan butter dan uli hingga doh licin dan elastik
perap 30 minit buang angin..
bentukkan dan perap hingga naik 2x ganda
bakar suhu 180c

Selamat Mencuba :-)

Thursday, January 22, 2015

KEK MARBLE LEMBUT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Layan Kek Marble lembut dulu hari ni..Dah lama simpan resepi..Asyik terlupa nak menerai ^__^ Alhamdulillah..meme lembut moist sangat kek marble ni..suka suka~~


KEK MARBLE LEMBUT
Sumber cuci mata : Kak Azie & Kak Liza

BAHAN-BAHAN:-
227 gm mentega ~ yana guna butter scs
170 gm tepung gandum
170 gm gula kaster ~ yana letak 150gm
5 biji telur ~ dari fridge
3 sudu besar susu pekat
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar ovalette
3 - 4 sudu makan serbuk koko ~ diayak

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Ayak tepung bersama baking powder. Pukul mentega, susu dan esen vanilla hingga kembang
  2. Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga ringan lalu masukkan gula sedikit demi sedikit hingga adunan rata
  3. Masukkan telur kuning sebiji sebiji ke dalam adunan putih telur dan pukul rata. Masukkan ovalette dan adunan mentega dan pukul lagi hingga rata
  4. Akhir sekali masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul satu arah. Apabila sudah rata bahagikan adunan kepada beberapa bahangian dan masukkan warna atau emulco pilihan anda
  5. Tuang adunan ke dalam loyang 8 in persegi secara selang seli dimulai dengan adunan asal. Lorek dengan menggunakan chopstick
  6. bakar pada suhu 180c selama 45 minit. Yana ikut kak Azie guna 170c selama 50 minit
NOTA : kalau menggunakan mesin, jgn diberjentikan semasa mengadun. Jika menggunakan tangan, harus pukul lebih lama sedikit kerana adunan mesti kembang rata

Jika menggunakan cara biasa, telur tidak perlu dimasukkan ke dalam peti sejuk kerana ia susah sebati dengan adunan mentega

Selamat Mencuba :-)

Monday, January 19, 2015

KUIH KASWI DURIAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^_^

Alhamdulillah masih bernafas hari ini..cepat betul masa berlalu..sudah seminggu puan tanah tak hupdate blog..huhuu..jadual kehidupan yang sudah berubah..makin bizi sejak anak dah mula sekolah..dulu boleh relax je pepagi..sempatlah nak berblogging..sekarang ni bangun pepagi kena siap bekpes and bekal anak ke sekolah..alahaii dah pandai mintak nak bawa kuih tu kuih ni g sekolah..takpe2 janji kakak suka g sekolah ibu dah syukur sangat..memang minggu lepas ibu asyik berdebor jer takut kakak nanges kat sekolah ^__^


Okess..untuk panaskan kembali aura berblog kita cuci mata dulu dengan kuih Kaswi Durian..Dah lama nak menerai kuih kaswi durian ni tapi asyik lupa jee..beberapa minggu lepas incik lalink bawak balik sebiji durian besar punyer..4 ulas yana frozenkan spare untuk bikin kuih kalau ada kerajinan ^_^ ..Alhamdulillah..jadi jua buat kuih kaswi nii..memang sedap..peminat kuih kaswi macam yana harus cuba tau..Tq kak yatie share resepinya~~~~


KUIH KASWI DURIAN

Bahan A
  • 1/2 cawan gula pasir*
  • 1 cawan gula merah*
  • 1 1/2 cwn air*
  • 3 helai daun pandan*(*di masak, sejukkan dan tapiskan)
Bahan B
  • 1 1/2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn tepung ubi
  • 1/2 cwn tepung beras
  • 1/2 cwn isi durian
  • sedikit garam
  • 3 sudu besar air kapur
  • 3 cwn air
  • Loyang atau acuan kuih lompang yang disapukan dengan sedikit minyak masak
  • Kelapa parut + garam

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Gunakan 1 1/2 cawan air untuk memasak gula pasir, gula merah dan daun pandan.
  2. Masak hingga gula larut. Ketepikan dan sejukkan dulu. Tapiskan..
  3. Ayak ke semua tepung dan masukkan 3 cawan air ke dalam bancuhan air gula.
  4. Masukkan air kapur dan kacau sebati.
  5. Tapis air gula ke dalam tepung - Gaul rata.Tapis bancuhan tepung untuk mengelakkan dari berketul-ketul.(Blend semuanya pun senang..) Masukkan sekali isi durian.
  6. Kacau seketika di atas api yg kecil supaya kelihatan agak pekat.
  7. Sapu loyang/acuan dengan minyak masak supaya kuih mudah dikeluarkan.
  8. Tuang bancuhan tepung ke dalam loyang dan kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
  9. Biarkan kuih betul2 sejuk, barulah dipotong guna pisau plastik.
  10. Hidangkan bersama kelapa parut+ sedikit garam yg dikukus sekejap supaya tahan lama.

=>Kalau guna acuan lompang/acuan kecil, masa kukus adalah 15 minit.

Bagi yang mengukus di dalam loyang, kuih akan kelihatan lembik dan berair sedikit. Setelah kuih masak, angkat loyang, sengetkan loyang...buangkan air yg terdapat di permukaan kuih guna tisu atau buang guna sudu je. Lepastu kukus lagi dngn penutup terbuka selama 3 minit. Cara ini membuatkan kuih tahan lama dan kelihatan kering di permukaannya. 



Selamat Mencuba :-)

Sunday, January 11, 2015

SOTO AYAM resepi Kak Amie ^_^

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Semalam kami sefamily berdinner dengan Soto Ayam..dah lama sangat tak buat soto..tibe2 teringin nak makan set lengkapnya..Maka bertapalah hampir setengah hari kat dapur siapkan soto..Alhamdulillah..tersangatlah puas hati bila dah dapat menikmatinya..hilang kempunan~~~


Kali ni yana cuba Soto Ayam resepi turun temurun keluarga Kak Amie..sedapp sangat..Tq yer kak share resepinya..suka sangat tengok anak2 dengan incik suami makan~~


SOTO AYAM

BAHAN-BAHAN:-
1 kg ayam ~ bahagian dada
3 kampit ketupat ~ rebus melebihi 90 minit ~ angkat dan toskan, sejukkan & potong kiub
1 cawan kacang tanah ~ goreng
1 mangkuk tauge ~ sebaik2nya tunas kacang hijau ~ buat sendiri lebih bak
150gm soon ~ goreng dan toskan
bawang goreng
hirisan daun sup

BAHAN TUMISAN UTK KUAH SOTO
1 sudu makan lada putih ~ tumbuk
3 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
garam/perasa pilihan
2 liter air
minyak utk menumis

BAHAN KISAR:-
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
10 biji bawang merah
5cm bonggol pokok sup
5cm halia
5 biji buah keras
1 sudu makan biji ketumbar
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan semua rempah seperti kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga kecuali lada putih tumbuk.
  3. Masukkan ayam dan balik2kan hingga layu.
  4. Masukkan air secukupnya dan biarkan mendidih.
  5. Masukkan lada putih tumbuk, garam dan perasa pilihan. Tutup periuk dan perlahankan api.
  6. Apabila ayam telah masak, angkat dan toskan.
  7. Biarkan sup terus direnih dengan api paling perlahan.
  8. Goreng ayam hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya.
  9. Carik2 isi ayam dan masukkan tulang ayam tadi ke dalam sup/kuah sedang direnih.

BEGEDIL KENTANG

6 biji kentang ~ kupas & potong bai menjadi 8
3 tangkai daun sup ~ hiris
1/3 cawan bawang goreng
1/3 sudu lada putih
1/3 cawan udang kering ~ tumbuk ( tak bubuh pun tak apa )
garam/perasa pilihan
1 biji telur
minyak

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Goreng kentang empuk hingga masak dan toskan minyaknya
  2. Lenyek kentang hingga hancur ~ yana & kak amie tumbuk dalam lesung
  3. Gaul kentang lenyek bersama daun sup, lada putih, udang kering dan garam/perasa pilihan
  4. Bulat2kan adunan kentang dan leperkan ditepinya sedikit
  5. Pukul telur dan celup begedil tadi ke dalam telur sebelum menggorengnya
  6. Gorenglah hingga masak atau berwarna keemasan.
SAMBAL KICAP

BAHAN-BAHAN:-
15 biji cili padi
3 biji bawang putih ~ pilihan
4 sudu kicap manis ~ habhals ( kicap cap kipas udang ) yana guna JALEN
3 sudu besar kuah soto
3 biji limau kasturi ~ ambil jusnya
garam/perasa pilihan ~ oleh kerana sudah gunakan kicap habhals yg sudah cukup rasa, tak perlulah bubuh apa2 perasa lagi

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Tumbuk cili padi bersama bawang putih ~ jgn terlalu lumat
  2. Gaul rata bersama kicap, kuah dan jus limau kasturi.
  3. Jika kurang rasa, masukkan garam dan perasa pilihan
Selamat Mencuba :-)

Saturday, January 10, 2015

KUIH SERIMUKA PANDAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^_^

Selamat berhari sabtu semua..hupdate blog cepat2..kejap lagi nak keluar ke pasar cari apa yang patut nak penuhkan esbox~~~


Sebelum keluar jom kita bersarapan dulu dengan Kuih Seri Muka kegemaran kami sekeluarga..tersenyum panjang damia tengok kuih kegemaran dia atas meja..semalam dia tidur awal, tak sempat tengok ibu duk memproses kuih nii..okess layan dulu ekk..Resepi yana kopipes je dari dapur Kak Yatie..Males pulak nak menaip pepagi nii ^_^


KUIH SERIMUKA PANDAN
Resepi : Chef Asma
Sumber cuci mata : Kak Yatie @ Sinar Kehidupanku

Bahan2 Lapisan Bawah:-
  • 500g beras pulut
  • 300ml santan pekat
  • 300ml air
  • 2 tsp garam halus
Cara2nya:-
  1. Rendam pulut sekurang2nya 4 jam
  2. Basuh bersih & toskan
  3. Kukus dengan semua bahan diatas selama 30 minit.(Kukus dengan loyang yang berlainan tidak berlubang)-(Ayu kukus terus dalam loyang yang nak digunakan- dialas plastik wrap dulu then bubuh pulut dengan yang lain)
  4. Apabila pulut masak, gaul hingga sebati. Tekan dalam loyang 10x10x2".
Bahan2 Lapisan Atas:-

Bahan A

  • 250 gm gula castor
  • 100 mg tepung kastard
  • 400 ml santan pekat
  • 400 ml air
  • 20 gm daun pandan- diblender dengan air diatas.-tapis ketepikan
Bahan B
  • 4 biji telur
  • 1/2 tsp garam halus
  • 1/4 tsp pandan essence-(Ayu tak letak sebab gunakan fresh pandan, saya pun sama)
  • pewarna hijau- secukupnya
Cara2nya:-
  1. Satukan bahan2 A kacau rata & masukkan bahan2 B kacau hingga sebati.(Ayu blender aje semua) Tapis kedalam periuk & masak. Kacau hingga naik wap. sekejap aje (Ayu masak dalam 2-3 minit saja).
  2. Tuang keatas lapisan bawah & kukus selama 30-40 minit.
Selamat Mencuba :-)

Friday, January 9, 2015

MASAK LEMAK KUNING TAUHU & UDANG KECIK

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^_^

Alhamdulillah masih bernafas pada hari ini..syukur padaMu Ya Allah..Jumaat tiba lagi..sekejap je masa berlalu kan..esok dah 10hb..huhuu..sedang menghitung hari nak balik kampung..Tak sabar rasanya~~~


Terus pada resepi kita hari ni..simple2 je lauk lunch semalam..Masak Lemak Tauhu & Udang kecik..Dah tak tau nak masak apa..buka esbox ada ikan kembung 2 ekor, udang kecik and tauhu yang beli 2 ari lepas..nasib baik ok lagi tauhunya..lepas tu goreng ikan kembung..tumbuk sambal belacan sikit makan berulam timun jee..Alhamdulillah..kenyang~~~ ^__^


MASAK LEMAK KUNING TAUHU & UDANG KECIK

BAHAN-BAHAN:-
3 keping tauhu ~ potong 4
100 gm udang kecik
1/2 labu bawang besar ~ hiris nipis
1 ulas bawang putih ~ hiris nipis
1 cawan santan
1 cawan air
1/2 kiub ikan bilis
2 biji cili merah ~ dihiris
carrot ~ potong mancis @ suka hati
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN;-
  1. Masukkan air, tauhu, carrot, bawang besar, bawang putih dan kiub ikan bilis. Biar mendidih
  2. Kemudian masukkan santan dan serbuk kunyit. Bila hampir mendidih masukkan udang & cili merah. 
  3. Perasakan dengan garam. Kacau perlahan hingga mendidih.
  4. Siap untuk dihidangkan
Selamat Mencuba :-)

Thursday, January 8, 2015

KARI IKAN SARDIN GAYA GOA

Asslamualaikum dan selamat sejahtera ^_^

Menu lunch kami semalam..Kari Ikan Sardin Gaya Goa..alahai nikmatnya dapat cicah dengan roti prata semalam..Alhamdulillah..semua nikmat dari Allah..anak2 makan berselera sangat..berebut2 cicah dengan ibu..Dah beberapa hari budak2 ni tak nak makan nasi rupanya nak makan roti cicah kari..Hari ni kakak damia request nak makan roti lubang2 pulak..maknanya roti jala la tu..dah banyak kali cakap roti jala tapi duk panggil jugak roti lubang2 hehee..


Okess jom layan dulu resepi dari chef Wan nii..sekali lagi yana share kat sini..sedap tau..kengkawan harus cuba~~~

KARI IKAN SARDIN GAYA GOA
Resepi : Chef Wan
Sumber cuci mata : CMG & Kak Yatie
  • 600 gram ikan tenggiri- Yana guna 1 tin besar ikan sardin
  • 3 biji tomato*
  • 3 biji cili hijau*
  • 3 camca besar serbuk ketumbar*
  • 3 camca besar serbuk jintan putih*
  • 2 camca teh serbuk kunyit*(*dikisar halus)
  • 2 biji bawang besar, dicincang
  • 3 ulas bawang putih, dicincang
  • 1 inci halia, dicincang
  • 1/2 camca besar biji sawi
  • 4 camca besar cili kisar
  • 500 ml santan (mat guna 200 ml santan + 300 ml air)
  • 1/2 cawan jus asam jawa
  • 2 biji tomato, belah 3 setiap satu
  • 1 tangkai daun kari
  • 5 - 6 sudu besar sos sardin
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA PENYEDIAANYA :-
  1. Panaskan minyak dalam periuk, Tumis bawang besar, bawang putih, halia, daun kari dan biji sawi hingga harum.
  2. Masukkan bahan kisar halus, cili kisar, sos sardin dan tumis hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
  3. Tuang sedikit air, kemudian tambah santan, kacau rata. Bila mendidih, masukkan ikan dan jus asam jawa. Kacau perlahan. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula.
  4. Masukkan tomato, dan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, roti, lempeng atau roti prata...

Selamat Mencuba :-)

KEK COKLAT KUKUS ( Chef Hanieliza )

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Sambil2 layan citer hantu kat tv ni kita hupdate blog kejap..Boring la pulak..Anak2 dah tido..Incik suami berOT malam nii..hisshh kacau betul lah..baru nak bermesra sambil layan citer hantu ni dah orang call suruh masuk keje..seram la pulak bile tengok keseorangan ^_^


Moh kita layan dulu kek pertama 2015..Kek Coklat Kukus..Dah lama tak makan kek coklat kukus ni..Asyik duk membako jee..Alhamdulillah..kek ni sedap jugak tau walaupun bukan jenis kek yang naik menggebu..kek ni agak padat rasanya tapi sedapp..Bukan yana cakap tau tapi anak2 dan incik suami yang cakap..nak buat pun taklah susah sangat..Tak payah guna mixer bagai..kacau gaul dengan whisk dan spatula je..


Kek ni memang sedap makan macam tu je sebab dah terasa kecoklatannya tapi atas permintaan anakanda kena jugak buat krim coklat sikit..nak kek yang ada coklat leleh katanya..alahaii..cooking coklat pun xde..nasib baik ada secoit je lagi serbuk koko..bolehlah dibuat krim coklat..Janji nampak leleh kira oklah kan ^__^  Jom semak resepi~~~~~


KEK COKLAT KUKUS
Resepi : Chef Hanieliza
Sumber cuci mata : Kak MaDiHaA

BAHAN A ( kacau rata )

1 cawan susu cair
1 cawan air
1 cawan butter cair
2 cawan gula perang

BAHAN B ( ayakkan )

2 cawan tepung superfine
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat

BAHAN C ( kacau rata )

1 biji telur ayam ( Yana & Kak MaDiHaA guna A )
1 sudu kecil esen vanila

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Panaskan kukusan
  2. Kacau semua bahan A supaya sama rata
  3. Masukkan bahan B dan kacau lagi
  4. Masukkan bahan C dan kacau lagi supaya tidak bergentil
  5. Lapikkan loyang dan masukkan adunan
  6. Kukuskan selama 1 jam dengan api sederhana. ( bungkus kain penutup kukus )
  7. Hiaskan dengan krim coklat
Selamat Mencuba :-)

Wednesday, January 7, 2015

KUIH BAKAR KENTANG

Assalamalaikum dan selamat sejahtera ^_^

Semenjak dua tiga menjak ni ramai pulak kengkawan buat tayangan amal kuih bakar kat FB..kita ni pantang betul kalau hari2 duk tengok orang tayang kuih kegemaran nii..mulalah gatal tangan nak buat..So semalam duk godek2 kat dapur..Yana buat half adunan je sebab anak2 tak makan kuih ni..Untuk anak2 yana buat butter cookies..yang tu belum buat entry lagi..tunggu esok ye..InsyaAllah..


Hari ni layan kuih bakar a.k.a bingka a.k.a bengkang ubi kentang dulu..Tersangatlah suka kuih bakar kentang nii..Sedap tau..dah banyak kali yana buat sejak virus 2 3 tahun lepas..kali ni yana buat 2 warna..kuning dan hijau..yang hijau tu yana tambah pandan paste..Kalau perasan kat tengah2 ada jaluran coklat..Sebenornya yana nak buat corak tapi xjadi coraknya..bila potong jadi alunan kasih pulak huhuu..xpe, lain kita try buat lagii sampai jadi seperti yang dikehendaki ~~~~


KUIH BAKAR KENTANG

BAHAN-BAHAN :-
2 biji ubi kentang ~ rebus & kisar/lecek
1 biji telur
2/3 cawan gula
1 cawan tepung gandum
1 cawan santan
pewarna kuning atau hijau
1/3 sudu besar minyak sapi ~ yana letak 1 sudu besar ~ cairkan
3 sudu besar susu cair

CARAPENYEDIAAN :-

  1. Kacau telur dan gula. masukkan tepung dan santan. kacau rata dan tapis.
  2. Tuang dalam ubi kentang tadi dan kacau rata. Masukkan minyak sapi cair tadi dan gaul sebati.
  3. Sapu loyang/acuan dengan minyak, panaskan sebentar dan tuang adunan. masak atas api kecil, tabur bijan jika suka.
  4. * jun masak dalam acuan kecil2 dan bakar dalam oven selama 15-20min ~ yana masak dalam acuan kemboja selama 30 minit suhu 170c
Cara Yana : blend ubi kentang bersama gula & santan hingga hancur, Kemudian masukkan semua bahan lain kecuali pewarna dan blend lagi hingga halus. Tuang dalam mangkuk bagi 2 bahagian..letak pewarna dan kacau bagi rata..Masukkan kesemua adunan kuning kemuadian adunan hijau. Boleh bakar.


Selamat Mencuba :)

Monday, January 5, 2015

MUFFIN COKLAT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Menu petang tadi untuk anak2 riang..Muffin Coklat..Hari ni anak2 tak nak makan nasi..dah buat lauk kegemaran pun tak nak makan jugak..hurmm..bila petang menjelma mulalah tanya..kuih ada tak..kek ada tak..dah lapar la tu tapi tak nak juga makan nasi..still duk tanya kuih kek..

Okess lah..layan dulu muffin coklat..puan tanah dah tak tau nak bebel apa..malam ni mahu berBW..anak2 sudah tido~~~~peace~~~


MUFFIN COKLAT
Sumber : Mak Lang & Kak Ummi

BAHAN A :-
2 cawan tepung ~ yana & izah guna tepung gandum
1 1/4 cawan serbuk koko ~ yana & Izah letak 1 cawan
2 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil soda bikarbonat
3 sudu kecil nescafe
sedikit garam

BAHAN B:-
2 cawan gula kastor ~ yana & Izah kurangkan sedikit
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair @ susu segar
3 biji telur
1 - 2 sudu besar oren sunquick ~ yana & Izah tambah

BAHAN C:-
3/4 cawan air panas

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Campur semua bahan B dan letak tepi.
  2. Ayak tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat. Campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar.
  3. Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata. Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata. Ceduk ke dalam muffin cup dan bakar ada suhu 175c selama 20 minit
Selamat Mencuba :-)

IKAN KERISI MASAK KICAP PEDAS

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Cepatnya masa berlalu..hari ni dah 5hb..next week my little chubby kakak damia dah mula sekolah.. agak berdebaran ibu nii..al-maklumlah baru 1st time nak menghantar anak g sekolah..tadika je pun tapi debaran rasa macam anak dah masuk darjah satu hihii~~

Okess..pagi ni yana nak share resepi yang simple tapi InsyaAllah sedap..Ikan Kerisi Masak Kicap Pedas..Kat rumah yana kalau masak kicap harus laku keras..incik suami dan anak2 memang suka sangat lauk berkicap..tak macam yana a.k.a tukang masak nii..yana lebih suka masakan yang bersup..suka yang hirup2 gitu..

Tq kak Ita share resepi dari Pak Engku nii..memang sedap..InsyaAllah lepas ni boleh buat lagii..Untuk resepi ni yana kurangkan sedikit tahap kepedasannya sebab budak2 bawah umur nak makan..bagi ada rasa pedas2 manja jee ^__^.. Kepada kengkawan yang takde idea nak masak apa hari ni, bolehlah cuba masak kicap pedas nii..insyaAllah pasti sedapp..


IKAN KERISI MASAK KICAP PEDAS
Resepi : Pak Engku ( Buku Santapan Lauk Pauk Tradisi )
Sumber cuci mata : Kak Ita Masam Manis

5 ekor ikan kerisi ~ siang dan cuci bersih
sedikit garam dan kunyit

BAHAN KISAR
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia

10 tangkai cili padi

15 tangkai cili kering ~ rendam lembut
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih

Rempah tumis
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum cengkih
5 biji pelaga
1 helai daun pandan ~ simpul

2 biji tomato ~ belah 2
2 biji lada hijau ~ dihiris kasar
1 labu bawang besar ~ dihiris
2 tangkai daun sup ~ dimayang halus
200 ml air asam jawa
100 ml minyak
1 ketul gula melaka
5 camca besar kicap manis
Garam & gula secukup rasa

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Gaulkan ikan bersama kunyit dan garam kemudian goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan rempah tumis dan daun pandan hingga harum
  3. Masukkan bahan kisar dan masak hingga pecah minyak dan wangi. Masukkan air asam jawa, kicap manis dan gula melaka.
  4. Kacau rata dan biarkan merenih, jika kuah pekat tambah air. Masak hingga didih
  5. Masukkan ikan kerisi. Akhir sekali masukkan tomato, bawang besar dan daun sup.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
  7. Angkat dan boleh dihidangkan
Selamat Mencuba :-)

Saturday, January 3, 2015

KARI DEVIL PORTUGIS

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Kari Devil Portugis..menu beberapa hari yang lalu..Dah lama sangat simpan resepinya..masa duk selongkar fail baru teringat kembali..Sedap kari orang portugis ni walaupun takde rasa kari..ala2 ayam masak merah gitu..InsyaAllah lepas ni boleh buat lagi..Pada yang sudi bolehlah cuba..lain dari yang lain..Jom semak resepinya~~~~

KARI DEVIL PORTUGIS
Resepi : Majalah Saji
Sumber cuci mata : Kak Ummi @ Home Sweet Home

BAHAN-BAHAN:-
1 ekor ayam ~ potong 12
3 labu bawang besar ~ kisar
6 ulas bawang putih ~ kisar
3 cm halia ~ tumbuk
5 tangkai cili merah ~ hiris
5 sudu besar cili giling
3 biji buah keras ~ tumbuk
3 cm kunyit hidup ~ tumbuk
1 sudu kecil biji sawi
sedikit gula
1 sudu besar cuka
1 biji kentang ~ yana tambah

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Bersihkan ayam, toskan. Tumis semua bahan kisar dan biji sawi sampai pecah minyak
  2. Masukkan ayam dan masak sampai kecut. Boleh juga tuangkan secawan air. Tutup periuk agar ayam cepat masak.
  3. Masukkan semua bahan tumbuk dan gaul rata. Masukkan garam, gula dan cuka secukup rasa.
  4. Kacau hingga sebati dan sesuaikan rasa. Biarkan mereneh dan agak pekat. Siap untuk dihidangkan bersama nasi atau roti
Selamat Mencuba :-)

Friday, January 2, 2015

APAM SUSU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^_^

Masih belum terlambat rasanya untuk yana ucapkan selamat tahun baru 2015 kepada semua pengunjung DCK..Banyak suka duka yang berlaku sepanjang 2014..Biarlah semua berlalu..sudah menjadi sejarah..Semoga tahun ini kita semua akan menjadi lebih baik..sentiasa dirahmati dan berada dalam lindungan Allah SWT..

Untuk entry pertama 2015 kita layan dulu Apam Susu yang super duper meletopss kat FB nii.. Orang lain dah berzaman buat yana je baru sampai seru nak mencubanya..memang sedap seperti yang diwar-warkan..gebus lembut..rasa macam kek pun ada..Terima kasih buat empunya resepi ~~~



Resepi : Sabrina Khan
Sumber : Nana Aboy

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
4 biji telur
1 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar ovellete
4 sudu besar susu pekat manis
4 sudu besar minyak jagung
pewarna yang disukai
perasa ~ yana letak perasa strawberi

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Panaskan kukusan dahulu sebelum kita mulakan proses membuat apam
  2. Mula2 satukan tepung bersama baking powder kemudian diayak. Ketepikan.
  3. Dalam bekas pemutar, satukan telur, gula halus, ovallete dan esen vanila. Kemudian putar sampai gebus dan adunan bertukar ke warna putih
  4. Masukkan susu pekat manis. Putar lagi hingga sekata
  5. Tambahkan pula minyak hagung dan putar lagi
  6. Masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak tadi. Kaup balik adunan rata
  7. Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 warna. Setiap warna pilihan boleh letakkan perasa yang disukai jika suka. Gaul rata.
  8. Sediakan loyang 8 inci dan sapukan mentega pada loyang. Tuang adunan berselang seli warna hingga habis.
  9. Kukus dalam kukusan yang telah mendidih airnya selama 40 minit
  10. *tutup kukusan hendaklah dibalut dengan kain supaya wap air tidak jatuh atas apam. 
  11. Angkat apam setelah masak. Keluarkan dari loyang. Potong bila ianya telah sejuk
Selamat Mencuba :-)