Monday, April 30, 2012

BAKED MACARONI

Assalamualaikum semua..Alhamdulillah bersua lagi kita di alam maya yang penuh keceriaan dan kegembiraan..kesunyian pagi ini sedikit terubat bila dapat jalan2 sambil cuci2 mata kat umah kawan2..Pagi ni tengok semua umah aktif jer..semalam agak redup sikit..maklum je lah hari minggu..semua tutup pintu umah ^_^..

Pagi ni moh kita layan dulu Baked Macaroni..yana buat untuk makan petang semalam..Alhamdulillah kenyang sangat..xpayah cari makan untuk dinner dah..Resepi Baked Macaroni ni yana amek kat umah cikgu muda kita iaitu Cikgu Nani yang jauh nun di sana Bukit Garam, Sandakan Sabah Bahhh ^^..Nani pulak skodeng resepi ni kat umah adik manis kita Nonie Rahman..tq both of uols yer :p..Kami sekeluarga kekenyangan semalam ^_^


BAKED MACARONI
Resepi : Nonie Rahman
Sumber cuci mata : Nani@ Life Is Beautiful

BAHAN-BAHAN:-

300g makaroni ( di rebus )
500g daging cincang
1 biji bawang besar
1 cawan susu segar ( yana guna susu cair )
1 sudu teh lada sulah
1 audu besar mix herbs - ( yana guna oregano jer )
1 kiub pati ayam
4 biji telur
mix vege
2 sudu besar serbuk kari
1 batang sosej
1 sudu besar cili kisar ( Nani & yana tambah )
Mozarella cheese secukupnya ( yana tambah )

CARA NAK BUAT:-

  1. Panaskan minyak ( yana ganti butter+olive oil ). Tumis bawang besar hingga naik bau.
  2. Masukkan daging cincang dan goreng sehingga masak.
  3. Kemudian masukkan lada sulah, serbuk kari, mix herbs dan susu.
  4. Masukkan mix vege, kiub ayam dan macaroni. Gaul rata.
  5. Tambah garam jika kurang masin
  6. Tutup api. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil mengacau.
  7. Masukkan macaroni ke dalam loyang dan taburkan keju.
  8. Bakar selama 30 minit dengan suhu 170..

Selamat Mencuba :-)

Sunday, April 29, 2012

PARATHA SEGERA & KARI SARDIN TANPA SANTAN

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu..Cuaca indah jer hari ni..Bestnya kalau dapat keluar jalan2 tapi hari ni aktiviti yana macam biasa ajer..layan kartun dgn Damia kat umah ^_^..Pagi tadi kami bekpes dengan Paratha Segera bersama Kari Sardin Tanpa Santan..Bila en.hubby keje, males rasanya nak main masak2..masak yang segera ajer..kalau lapar tengah hari krg boleh makan roti cicah sardin pulak..hmm..hari ni jadi muka sardin laaa ^_^


KARI SARDIN TANPA SANTAN

BAHAN-BAHAN:-
1 tin besar ikan sardin 
Sedikit halba campuran
5 ulas bawang putih ( ditumbuk )
2 inci halia ( tumbuk )
1 labu bawang besar - dihiris
Setangkai daun kari
2 biji kentang ( buang kulit dan potong 4 ) yana potong wedges & goreng dulu )
1 biji buah tomato ( potong 4 )
2 sudu makan serbuk kari ikan
1 sudu makan serbuk cili 
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/4 sudu teh serbuk jintan putih ( dikisar kasar )
1/4 sudu teh serbuk lada hitam ( dikisar kasar ) 
Sedikit jus asam jawa ( ikut citarasa sendiri..boleh tambah/kurang )
2 cawan air ( 500ml ) - boleh tambah
Garam dan serbuk perasa
minyak masak


CARA NAK BUAT:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis halba campuran, serbuk jintan putih, serbuk lada hitam, bawang merah dan daun kari.
  2. Dah tumis masukkan bawang putih dan halia yg telah ditumbuk tadi. Kacau lagi, biarkan sebentar dan masukkan kentang.
  3. Masukkan air dan jus asam jawa tadi. Biar mendidih sebentar.
  4. Masukkan serbuk kari ikan, serbuk cili, serbuk kunyit, garam dan serbuk perasa. Biar mendidih lagi.
  5. Masukkan ikan mackerel bersama kuahnya. Tutup kuali dan biar mendidih.
  6. Akhir sekali masukkan tomato. Biarkan sebentar dan padamkan api. Siap untuk dihidangkan..
Selamat Mencuba :=)

Saturday, April 28, 2012

BIHUN SINGAPORE

Assalamualaikum dan selamat bercuti-cutian semua..bestnya hari ni kalau dapat keluar jalan2 bersama family tercinta tapi apa kan daya..diri ini terpaksa jer duk kat umah..En.Hubby kena keje pulok..esok keje lagi..uwaaaa abis plan nak p cuti2 malaysia..Sabo je lah^^

Apa2 pun jom je lah kita layan bekpes simple mimple jer pagi nii..Bihun Singapore versi campak2 apa yg ada dlm esbox ekekeee..Yana suka sangat bihun singapore ni sbb ada bau dan rasa lada hitam tapi pagi ni yana kurengkan sikit penggunaan lada hitam..krg menjerit kepedasan pulak budak tecik tu..Yana pun skg xleh makan pedas sangat..krg panas satu badan ^^..jemput makan semua yer..yana nak singgah menyinggah umah kengkawan pulak..:-)

lauk sampingan..ayam panggang si hitam manis..^_^
BIHUN SINGAPORE

BAHAN-BAHAN:-

1/2 bungkus bihun _ direndam dulu
3 ulas bawang putih ( tumbuk halus )
1/2 sudu besar sos tiram
3-4 keping fish cake
5-6 ekor udang
1/2 batang carrot - hiris memanjang
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
Isi ayam
Sawi
Gula+serbuk perasa

CARA NAK BUAT:-

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan lada hitam hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan sos tiram, isi ayam, fish cake dan juga carrot. Goreng lagi.
  3. Tambah sedikit air untuk melembutkan bihun. Perisakan dengan bahan bahan perasa.
  4. Masukkan bihun, udang dan juga sawi. Gaulkan hingga bihun masak.
  5. Siap..Sedia dihidang bersama sambal kicap jika sukeee ^_^ 

Selamat Mencuba :-)

Friday, April 27, 2012

KEK KUKUS LAPIS BISKUT MERRY

Assalamualaikum dan selamat petang semua..sekali lagi kita bersua pada hari Jumaat yang indah dan permai ini..guruh di langit sudah mula berbunyi..bila2 masa aje hujan akan turun membasahi bumi..Alhamdulillah..


Petang ni yana nak jamu kawan2 semua dengan Kek Kukus Lapis Biskut Merry..rasanya dah berbelas tahun yana  x buat kek lapis dan akhirnya ari ni dalam sejarah..terbuat jugak hihii..ini kes tergoda kat umah Kak Ct minggu lepas..cantik sangat hasil air tangan Kak Ct..bila tgk resepi and cara nak lapis mcm senang jer..try je lah buat..hasilnyaaa..boleh lah tahan bagi org yg dh lama pencen buat kek lapis nii tapi apa yang pentinggg rasanya sedappp..lembut jer..dah berapa keping kena telan pun xtau hihii..


Tq Kak Ct sudi share resepi kek lapis ni..Yana mintak izin yer nak share kat sini pulak.. insyaAllah..ada tayangan ulangan pulak lepas nii ^_^



KEK KUKUS LAPIS BISKUT MERRY

BAHAN-BAHAN:-

3 biji telur grade A
110 gm gula kastor ( yana guna 70 gm gula pasir )
110 tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu besar ovalette
75 ml susu cair
1 sk garam
50 ml minyak jagung/masak
1 sk esen vanilla
Pewarna kesukaan
Biskus Merry secukupnya- perasa kopi ( yana guna perasa coklat )



CARA NAK BUAT:-
  1. Didihkan air dalam periuk kukusan. Ayak tepung gandum dan baking powder dalam mangkuk adunan.
  2. Kemudian campur kesemua bahan-bahan lain ke dalam mangkuk adunan kecuali minyak, biskut merry dan pewarna.
  3. Pukul adunan dengan kelajuan tinggi selama 5 minit sehingga sebati dan gebu. Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dengan spatula hingga sebati.
  4. Alas loyang dengan kertas minyak dan glis dengan sedikit butter.
  5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak dan diletakkan pewarna yg digemari dan dikacau rata.
  6. Ratakan adunan pertama dan susun biskut merry diatasnya dan kukus selama 5 minit dengan api sederhana kecil dalam kukusan yang telah dipanaskan dahulu.
  7. Buat lagi dengan adunan kedua dan susun biskut merry di atasnya kukus lagi 5 minit. Dan buat lagi dengan adunan terakhir dan kukus lagi selama 10 minit.
  8. Setelah kek masak, biarkan di dalam loyang selama 10 minit kemudian baru diterbalikkan di atas rak dawai supaya sejuk.
Selamat Mencuba :-)

AYAM BISTIK

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..Alhamdulillah bersiaran lagi pada hari Jumaat yang indah..moga semua rakan2 di alam maya sihat dan ceria2 ajer..Pagi2 ni jom kita jamu mata kejap dengan resepi yang sungguh menyelerakan Ayam Bistik..resepi ayam ni yana gandingkan bersama dengan Nasi Hue semalam..memang gandingan yang mantop gitew..rasa Ayam Bistik ni ala2 makan ayam beriani jer..

Tq Kak Dayang share resepi Ayam Bistik..Yana mintak izin yer nak panjangkan kat sini pulak..


AYAM BISTIK

BAHAN-BAHAN:-

1 ekor ayam sederhana ( dipotong dan digoreng biasa hingga 3/4 masak )
2 batang serai ( dititik )
50 gm rempah beriani + 2 sudu makan serbuk cili ( dibancuh dgn air )
100 gm puri tomato
2 biji tomato ( dibelah 4 )
Sedikit hirisan daun pudina dan daun sup
Rempah 4 sekawan ( kayu manis, pelaga, cengkih, bunga lawang )
1 sudu makan kicap pekat
2-3 sudu makan kicap manis
3 sudu makan sos cili
Garam
Kacang peas - jika suka

BAHAN-BAHAN KISAR:-

7 biji bawang merah
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih 
1 inci lengkuas
1 inci halia

CARA NAK BUAT :-

  1. Tumis rempah sekawan, serai dan bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Kemudian masukkan bancuhan rempah beriani. Kacau dan biarkan hingga pecah minyak.
  2. Masukkan puri tomato, sos cili dan kicap. Kacau lagi.
  3. Setelah itu masukkan ayam yang sudah digoreng tadi bersama daun pudina dan daun sup. Gaulkan sebati sehingga masak. Masukkan tomato dan kacang peas.
  4. Siap dan hidangkan..

Selamat Mencuba :-)

Wednesday, April 25, 2012

NASI HUE

Assalamualaikum semua..Alhamdulillah kita dipanjangkan usia untuk bersua lagi di alam maya ini..Semalam yana xsempat nak post apa2..sempat jeling2 umah kengkawan pun dalam phone ajer..Pagi semalam yana ada appointment dgn doktor..Alhamdulillah..baby sihat jer..belum tau lagi boy or girl..still kecik lagi tapi aktif sgt dalam perut ibu nii..selalu jer ibu rasa kena tendangan..nikmatnyaa anugerah Allah SWT ^^

Tengah hari tadi yana mencuba salah satu resepi nasi dari Rahel@RAHEL masak apa?.Nasi Hue..sedapp..menepati citarasa anak tekak kat umah ni hehee..Nasi Hue ni yana gandingkan dengan Ayam Bistik Resepi Kak Dj..satu gandingan yang mantop bagi yana ^_^..Tq Rahel share resepi nasi nii ekk..lepas ni bleh buat lagi..suka bau udang kering berserta rempah2 lain tuu..kawan2 yang lain jangan lupa cuba tau resepi nasi nii..memang sedap :p..jom kita cuci2 mata dengan pic yang biasa2 je nii..nak pic yang mengancam bleh lah singgah kat dapur Rahel yer..pasti tertawan ^_^


NASI HUE

BAHAN-BAHAN:-

250 gm beras wangi ( Rahel & Yana guna beras basmathi )
400 ml air ( Rahel & guna air panas )
1 sudu makan udang kering - rendam dalam air panas
1 sudu makan bijan - digoreng dahulu
1 tangkai serai
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah
1 sudu makan gula pasir
2 sudu makan minyak sayur ( Rahel & Yana guna olive oil )
2 sudu makan pati ayam ( Rahel & Yana letak 1 sk ajer )
2 sudu makan sos ikan ( Rahel letak 1 sdm+1/4 sk  garam - yana letak garam jer )
1 sudu makan serbuk lada hitam ( Rahel & Yana letak 1 sk ajer )
Sedikit daun saderi ( yana xde stok )

CARA NAK BUAT:-

  1. Kisar udang kering, serai, bawang merah, bawang putih, cili merah dan gula pasir.
  2. Panaskan minyak sayur dalam kuali. Tumis bahan yang dikisar hingga berbau. Masukkan beras dan kacau rata.
  3. Kemudian masukkan air, pati ayam, sos ikan dan serbuk lada hitam. Gaul rata dan masak hingga nasi kering. Taburkan bijan dan hidang..sedapppp!!! ^_^

mkn bersama acar campak2 apa yg ada..lagi sedapp ^_^
Selamat Mencuba :-)

Monday, April 23, 2012

KUIH BAKAR PISANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..Yana agak kebizian semalam and hari nii..dah petang baru dapat pegang cik lappy..kejap lagi nak ronda2 kat umah kengkawan pula..semalam xsempat nak meronda..Pe2pun petang ni yana nak jamu dengan kuih yang senang jer proses pembikinannya..Kuih Bakar Pisang..eheh pisang lagi..byk benor pisang kat umah yana ni kann heheee..ekceli, yang ni pisang pemberian jiran sebelah umah..Dah xtau nak bt apa..tekak ni pulak xnak mkn kek..muffin pun xnak..hmm..akhirnya teringat pulak resepi yang dah lama tersimpan rapi nii..rasanya terskodeng kat umah Kak Ummi..resepi asal dari K.Dzana..dah rmai blogger lain buat..yana jer baru cuba..resepi yg senang keje..semua main campak dalam blender jer pastu bakar ^^

Rasa kuih nii? hmm..mestilah rasa pisang xkan rasa keledek pulak kan hahaaa..sedap sangat rasanya bagi penggemar pisang mcm yana nii..yana letak 10 biji pisang..sory yer yana buta huruf sikit klu jenis pisang nii..setakat pisang berangan tu tau lagi..selain tu mmg yana xtau jenis pisang..tau mkn jer ^^..jemput makan semua yer :-)

KUIH BAKAR PISANG


BAHAN-BAHAN:-

1 sisir pisang masak ( 10 - 13 biji ) di lenyek kasar
1 cawan tepung gandum* 
3/4 cawan gula*
1 cawan santan*
1 cawan susu sejat/cair*
1 biji telur*
2 sudu besar butter*
Sedikit garam


CARA NAK BUAT:-
  1. Blender semua bahan*
  2. Tuang adunan ke dalam mangkuk berisi pisang lenyek dan di gaul rata.
  3. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan butter.
  4. Bakar 180c selama 1 jam or lebih untuk dapatkan kerak yang hebat
  5. Sejukkan..baru potong..masuk peti ais lagi sedap.

Selamat Mencuba :-)

Saturday, April 21, 2012

PAU KASTARD

Assalamualaikum dan selamat pagi sabtu semua..hujan masih membasahi bumi Kepala Batas pada waktu ini..sejuk dan nyaman jerr ^_^..sebelum tuan tanah nk sambung tido bersama puteri kesayangan kita jeling2 dulu kuih pau kuning nii..xmau citer panjang pasal pau yang sedang ngetop skg nii..Pau Kastard hasil olahan Kak MaDiHaA cayang dari resepi asal Pau Pulut Hitam air tangan Rahel..InsyaAllah klu ada kesempatan nak jugak merasa kegebuan Pau Pulut Hitam tuu..dh tergoda kat dapur Rahel..klu skg ada tepung pulut hitam tu dah lama yana cuba ^_^..

Jom kita cuci mata je lah ekk..pau gebu dan tembam nii dah abis pun..yana buat inti kaya jer..klu buat inti kelapa kureng sikit lakunya ^^

~pau kastard ku yg tembam & gebu gitew ^^
PAU KASTARD
Sumber cuci mata: Tun Telani  & Kak Sheila

BAHAN-BAHAN:-

230 g tepung pau ( MaDiHaA & Tun guna tepung gandum-yana guna tepung pau )
50 g tepung kastard
2 sudu teh yis segera ( mauripan )
15 g susu tepung
50 g gula kastor
1 biji telur putih
115 ml air
20 g shortening


CARA NAK BUAT:-

  1. Campur tepung pau, tepung kastard, yis susu tepung dan gula kastor. Gaul rata. Tambahkan putih telur dan air sedikit demi sedikit sambil uli hingga sebati. Tambahkan shortening. Uli sehingga elastik. Perapkan selama 30 minit ( tutup doh )
  2. Kempiskan adunan. Timbang masing2 30g. Bulatkan. Diamkan selama 10 minit. Canai nipis. Isikan inti anggaran 2 sudu kecil. Bentukkan bulat & leperkan sedikit atas kertas atau daun pisang yg dipotong bulat.
  3. Perapkan lagi selama 30 minit sementara itu panaskan kukusan.
  4. kukus selama 8 minit.
Selamat Mencuba :-)

Friday, April 20, 2012

MEE BANDUNG SIMPLE

Assalamualaikum dan salam hari Jumaat penghulu segala hari..diharapkan semua berada dalam keadaan sihat2 dan ceria2 jer yer ^_^..xtau apa nak membebel hari nii..terasa badan lemah jer..may be sebab puasa semalam kot..tenaga still kurang lagi..rasa nak baring jer..Hmm..xtau lah macam mana puasa Ramadhan nnt..masa tu kandungan dah 7 bulan..moga Allah SWT memberi kekuatan pada diri insan yang lemah inii..

Mee Bandung Simple ni yana buat utk bebuka semalam..dah lama simpan resepi Kak Hana..baru semalam teringat nak mencubanya..En.hubby beli mee suruh buat mee goreng..balik keje dia tgk jadi mee bandung..hahaa..nasib baik dia belasah makan jgk..bini dia gtau xde mood nak goreng mee..tekak nak mkn mee bandung..so, dia terima je lah seadanyaa hihiiii..Tq Kak Hana utk resepi yg simple dan sedap ni..lepas ni xyah beli perencah adami dah..yg ni pun dah sodap ^_^


MEE BANDUNG SIMPLE

BAHAN-BAHAN:- 

1 paket mee kuning
4-6 ekor udang basah
1-2 ekor sotong ( yana xletak )
50 g udang kering ( blend )
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering - bleh tambah jika nak pedas
Suku cawan kacang tanah goreng ( tumbuk/blend ) - klu xnak ltk pun xpe tp lebihkan udang kering utk pekatkan kuah( yana lebihkan udang kering )
Telur ( ikut bilangan berapa org nak mkn )
Sawi ( yana celur kejap )
Tauhu goreng
Hirisan cili merah
Air rebusan daging ( yana guna air biasa jer )
Gula
Garam
Hirisan daging ( yana xletak, xde stok )
Limau kasturi/limau nipis

~lupa nak letak sawi..lepas snap baru prasan :-)
CARA NAK BUAT:-

  1. Celur mee kuning.
  2. Blend bawang besar, bawang putih, cili kering. Panaskan minyak dan tumis hingga  cili masak.
  3. Masukkan udang kering yg telah diblend hingga naik bau. Kemudian masukkan air rebusan daging, kacang dan udang basah, hirisan sotong. Didihkan. Masukkan pula gula dan garam secukup rasa * rasa mee bandung manis2 pedas.
  4. Kecilkan api. Pecahkan telur sebiji2. Jgn kacau supaya telur tidak pecah. Biarkan telur masak/separuh masak ( terpulang )..akhir sekali masukkan sawi.
  5. Tutup api. Curahkan di atas mee dan hiaskan dgn bawang goreng, tauhu goreng, hirisan cili dan limau kasturi.Siap utk dimakan..^^
Selamat Mencuba ;-)

Thursday, April 19, 2012

KUIH LAPIS PISANG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..Hari ni cuaca redup jer..males rasanya nak membangunkan diri dari tilam empuk ^_^..Pagi ni yana nak tayang kuih yang sudah hampir seminggu pembikinannya tapi xsempat nak post kat sini..Kuih Lapis Pisang yang tersangatlah sedapnya..Akhirnya abis jugak pisang pemberian mak mertua kat kampung ari tu..mcm2 jadi dgn pisang tersebut..Alhamdulillah..xde pembaziran berlaku :-)

Dah boring asyik mkn kek pisang jer, so kali ni try buat kuih lain pulak..singgah kat umah Kak Yatie..haaa mcm2 kuih dari pisang ada..pilih jer nak try yg mana dulu..Yana berkenan pulak nk try kuih lapis dan akhirnya mulalah projek melapis dgn rajinyaa ^_^..rasanya dh ramai kawan2 blogger yg buat kuih ni..resepi asal dari chef yang terkenal tuu Kak Liza..Tq pada akak sudi share resepi kuih lapis yg sedap nii..InsyaAllah lepas ni bleh buat lagi ^_^

KUIH LAPIS PISANG
Resepi asal: Kak Liza

BAHAN A:-
2 cawan santan
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir ( yana kurangkan 4 sudu besar-pisang dh manis ^_^ )
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung kastard/tepung jagung( akak & yana guna tpg jagung )
1 sudu teh garam

BAHAN B:-
1 cawan pisang emas/berangan-dilecek
1/4 cawan air
Sedikit pewarna kuning (* k.yatie & yana tambah, klu guna tepung kastard xyah letak rasanya )

BAHAN C:-
1/4 cawan air
Sedikit pewarna merah ( yana guna warna hijau )

CARA NAK BUAT:-

  1. Campurkan bahan A hingga sebati. Tapiskan dan bahagikan kepada dua bahagian.
  2. Campurkan bahan B dalam satu bahagian dan kacau rata.
  3. Satu bahagian lagi dicampurkan dgn bahan C dan kacau rata.
  4. Panaskan kukusan ( sediakan loyang yang digriskan sedikit dgn minyak. Panaskan sebentar ) -* cara ini akak buat sebelum mula melapis.
  5. Tuangkan hampir 3/4 cawan adunan pisang ( B ) dalam loyang dan kukus selama 8 minit.
  6. Kemudian lapiskan pula 1/3 adunan merah dan kukus juga 8 minit.
  7. Buat sehingga siap setiap lapisan dengan bahagian atasnya adalah adunan pisang ( B ).
  8. Semasa kukusan akhir, balut penutup kukusan dgn kitchen towel dan kukus lebih kurang 10-12 minit.
  9. Biar sejuk pada suhu bilik dan barulah dipotong .

Selamat Mencuba :-)

Wednesday, April 18, 2012

SIAKAP STIM SIMPLE

Assalamualaikum semua..Alhamdulillah dapat lagi kita bersua hari ni..diharapkan semuanya sihat2 jer..lunch yana hari ni simple jer..masak apa yg ada dlm esbox..Siakap Stim Simple..3S lg haaa ^_^..Makan sorang2 bleh lah layan menu macam nii..Husben yana xlayan sgt kalau msk stim..dia lagi suka yang garing2 gitew :-)..

Xleh nak membebel panjang2..nk berBW pulak..semalam xsempat singgah umah kengkawan..bizi jaga anak hahaa..alasan lapuk..mcm lah kita sorang ada anak hihii..sebenanrnya skg ni yana asyik berebut lappy dgn damia..Pantang ibu pegang lappy dia yg paling sibuk.." angry bird..upin ipin..cat.."hmm..xleh buat apa ibu..kdg2 pelik jugak tgk damia..umur belum 2 tahun tapi dh pandai main angry bird..ayah & ibu xpenah pulak ajar..sendiri jer dia belajar..Jom je lah kita layan menu sihat nii..sedap mkn ratah mcm tu jerr  ^_^

SIAKAP STIM SIMPLE


BAHAN-BAHAN:-

1 ekor ikan siakap 
3 ulas bawang putih ( mayang )
1 batang serai ( potong serong )
2 biji limau nipis ( ambil jusnya )
1 biji tomato ( potong bulat )
2 helai daun limau purut ( hiris nipis  )
4 biji cili api ( potong )
1/2 kiub stok ayam knorr
2 inci halia ( potong memanjang )
1 sudu kecil serbuk lada hitam

CARA NAK BUAT :-
  1. Gaulkan ikan siakap yg telah dibersihkan dgn sedikit garam, kiub stok ayam dan serbuk lada hitam. Perap 10-15 minit.
  2. Kemudian tabur semua bahan yg telah dihiris dan dipotong tadi keatas ikan yg sedia dikukus. Jangan lupa tabur gula sikit yee.
  3. Last, perah jus limau nipis dan boleh lah dikukus selama 30 minit.
Selamat Mencuba :=)

Tuesday, April 17, 2012

DONUT KELEDEK

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..kita terus jer ke tajuk utama bekpes tadi hehee..Donut Keledek a.k.a Donut "Paaaaliing sedapp" Kak Izah yg jadi bualan hangat pada minggu2 yg lepas ^_^..kebetulan dapat rezeki keledek dari jiran terus jer tringat nak mencuba coz kat umah ni ada antu donut en.hubby dan damia^^..mmg betul yer tuan puan sekelian..donut ini mmg sedapp;-)Yana buat petang semalam and biasalah buat byk2 bleh difrozenkan..utk pagi nii Donut Keledek versi ball..senang keje buat bulat2 jer :p..

Hari ni en.hubby cuti so, kena masak lah utk lunch..hmm..tgh fikir menu apa yer?!! jap g nk BW jap..may be dpt lah kot idea nak msk apa ^_^..kita layan je lah pic yg xseberapa berseni niii..maklum lah, bila je sesi fotoshot berlangsung ada lah tgn2 kecil yg menganggu..mood nak berfotoshot pun jd males..snap jer apa yg patut huhuu.. 

tgn bdk tecik dh xsabar nak mkn ;-)
DONUT KELEDEK
Resepi asal : Donut Kentang Kak Wan
Olahan : Kak Izahdaut
Sumber cuci mata : Kak MADihaA

BAHAN-BAHAN:-

200 gm tepung gandum
1 1/2 sk yis segera mauripan
100 gm ubi keledek
1 sudu besar susu pekat manis
50 gm gula halus ( MaDiHaA letak 125gm je sbb keledek dh manis-yana pun )
1 1/2 sb mentega
1 biji telur kuning
1/2 sudu teh garam
60 ml air
Gula aising utk salutan 
Minyak utk menggoreng
CARA NAK BUAT:-

  1. Kupas keledek, rebus hingga empuk dan lenyek hingga halus ketika masih panas. Sejukkan.
  2. Satukan tepung, gula dan yis, gaul rata. Masukkan keledek lenyek dan bahan2 lain kecuali air. Gaul hingga rata dan masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yg lembut dan elastik.
  3. Rehatkan adunan selama 15 minit dan tutup dgn kain/plastik sehingga mengembang.
  4. Canai dan terap dengan acuan donut dan letak di atas dulang yg ditabur sedikit tepung. Rehatkan selama 20 minit lagi hingga mengembang.
  5. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.
  6. Salut dgn gula halus atau coklat mengikut suka.
Selamat Mencuba :-)

Monday, April 16, 2012

ROTI JALA & KARI AYAM

Assalamualaikum dan selamat petang semua..Alhamdulillah..Allah SWT masih memberi peluang utk kita semua bernafas ari nii.. bersyukur sgt dgn nikmat yg dikurniakan ^_^..Semalam xsempat nak mengupdate blog..seharian keluar jln2 and petang baru terpacak kat umah..blk jer umah terus mulakan projek menjala & mengkari..dh beberapa kali tertangguh nk buat..semlm mmg xleh nk tangguh lg..air liur dah meleleh nak mkn roti jala & kari sgt2 hehee..Alhamdulillah..dapat lah mkn yg di idamkan..nasib baik xidam yg pelik2 lg ^^..

Jom kita layan pic je lah ekk..semua dah abis..yana buat utk dinner semalam and bekpes pagi tadi..lepas jer solat subuh yana sambung menjala..roti jala semalam dah abis..mmg betul2 yana mkn..xpandang kiri kanan dh..sedar xsedar abis lah 8 gulung ^_^..Roti Jala kali ni yana cuba resepi dari CMG..siap ada tutorial lg haa..klu nak tau cara buat roti jala ni sila ke dapur CMG yer..kuah kari ayam pula resepi campak2 yana jer tapi menjadi jugak hihiii..xsempat lagi nak bagi resepi kari ayam..nnt lah yana update yer..nak keluar pulak kejap lg...^_^

ROTI JALA


BAHAN-BAHAN:-

1 cawan tepung gandum
3/4 cawan air
1/2 susu segar
2-3 titik pewarna kuning
1 biji telur
3 camca besar mentega air ( atau minyak zaitun ) yana guna minyak zaitun
Secubit garam


CARA NAK BUAT:-

  1. Satukan semua bahan2 di atas. Kacau rata dengan whisk dan tapis bancuhan tadi. Ketepikan 10 minit. ( yana blend jer semua ^_^ )
  2. Panaskan non-stick pan, mat guna saiz 10 inci. Lenser dgn sedikit minyak zaitun ( lap dgn paper towel bersih yg dicelop sedikit minyak ). Bila panas, paipkan adunan yg telah diisi dalam acuan botol bermuncung tiga secara zig-zag. Kemudian buat kaedah sama tapi kali ni bertentangan jaluran tadi.
Selamat Mencuba :-)

Saturday, April 14, 2012

CHOCOLATE-BOTTOM BANANA SQUARES

Assalamualaikum..bersua kita kembali pada ari sabtu yg sunyi sepi jer kat alam maya nii ^_^..xnak cakap byk coz damia dh mengamuk nak tekan sama lappy nii..aduhai damia..xleh tgk ibu nak bersenang lenang sikit..ada jer yg dia jeles hihiii..pic pun dpt upload satu ni jer..tibe jer cik phone gaduh dgn cik lappy..xnak langsung berconnected..kena tgu en.H blk br dpt upload pic lain..hmm..Pe2pun kita jamu mata dulu dgn CBBS yang mmg sedap nii..


Dah lama tringin nak merasa kesedapan CBBS lepas tgk Tun buat sedikit masa dulu tp simpan je lah resepi..masa tu xde mood lagi nak masak..tau nak mkn jer..skg dh sihat mula lah jalan2 cari resepi blk..dan siap sudah..jemput makan sama yer ^_^


CHOCOLATE-BOTTOM BANANA SQUARES
Recipe: Tammy
sumber: Tun Telani

BAHAN-BAHAN:-

1/2 cwn butter-113g ( lembutkan )
1 cwn gula-like jessie, i used 3/4 c 
1 biji telur
1 sk esen vanilla
3 biji pisang- mashed- yana guna pisang bunga
1 1/2 tepung gandum
1 sk baking powder
1 sk baking soda
1/2 sk garam
1/4 cwn serbuk koko
1 cwn chocolate chips

CARA NAK BUAT:-
  1. Pukul butter dan gula sampai light n fluffy
  2. Masukkan telur, vanilla dan pisang yg dh lenyek dan pukul lagi
  3. Ayak tepung, baking powder dan baking soda, dan masukkan dlm adunan di atas, masukkan garam dan gaul rata
  4. Bahagikan adunan kepada dua. Masukkan cocoa powder dlm separuh adunan dan gaul rata
  5. Ratakan aduna coklat dlm loyang. Tun taburkan juga coklat chip, Yana pun tabur jgk :-).. lepas tu ratakan pula adunan yg lagi separuh atas adunan coklat tadi
  6. Springkle coklat chip kat atas. Bakar pada suhu 180 c, selama 30 minit atau hingga adunan x melekat bila di cucuk. HATI2 JGN OVERBAKE, nnt jd kering.
  7. Tunggu sejuk baru potong petak2.
  8. Sedap sgt ^_^
Selamat Mencuba :-)

Friday, April 13, 2012

KENG SONG @ ASAM PEDAS THAI

Assalamualaikum...salam ari Jumaat yang indah..selamat bertemu kembali teman2 di alam maya ^_^..fuhhhh..fuhhh..mula2 kita sapu habuk dulu yerr hihii..rindu yg teramat sgt nak mencoret sesuatu di sini..Alhamdulillah..Yana dan baby sihat..skg dh minggu 18..terasa kejap jer ms berlalu..yana pun dah start masuk dapur..tekak dh boring asyik mkn kat luar jer..semangat nak masak pun dh berkobar2..byknya resepi kengkawan semua yg dh terlepas pandang..semuanyaa best..InsyaAllah..nnt ada kelapangan dan kerajinan bleh lah yana cuba :)

Tak mau ckp byk lg, jom kita cuci mata dgn menu yana semalam..xberkesempatan nak bt tayangan semalam..bizi skit dgn keje umah..maklum je lah, baru blk cuti2 malaysia ^^..semalam yana buat Keng Som @ Asam Pedas Thai..nak mkn ala2 thai plak..Yana blaja masak Keng Som ni dari mama tercinta masa blk kg minggu lepas..kena sgt dgn selera tekak yana dgn en.hubby..sedappp..nk masak pun senang jer..sesekali tukar versi asam pedas ni pun best jgk kan..asyik mkn asam pedas yg sama jerr..jom je lah kita jamu  mata..Yana nk BW plak jap g..dh rindu nk singgah menyinggah umah kengkawan semua ^_^

KENG SOM @ ASAM PEDAS THAI



Bahan kisar:

1 labu bawang putih
3 ulas bawang putih
5 batang serai
5-6 biji cili api ( ikut tahap kepedasan masing2 )
1 tangkai cili kering
1 inci kunyit
sedikit belacan

Bahan lain:

1 ekor ikan patin ( ikan lain pun boleh )
2-3 keping asam keping ( jus asam jawa pun bleh )
Daun kesum
Kangkung
Garam
Gula
Serbuk perasa
Air secukupnya 

CARA NAK BUAT:-
  1. Masukkan air dalam periuk dan didihkan bersama bahan kisar selama 10 minit.
  2. Kemudian masukkan asam keping, daun kesum dan ikan. Perasakan dgn garam, gula dan serbuk perasa. Biarkan mendidihkan lagi.
  3. Last masukkan sayur kangkung dan boleh tutup api. Siap untuk dihidangkan..
Selamat Mencuba :-)