Thursday, December 29, 2011

AYAM MASAK KICAP BEREMPAH MAMAK PENANG

Assalamualaikum semua..sory yer malam ni yana xleh nak bebel panjang..kejap je curi masa nak update resepi kami hari nii..Ayam Masak Kicap Berempah Mamak Penang..Resepi ni Yana tergoda kat umah Kak MaDiHaA semalam..Kat umah ni mmg feveret sgt klu masak ala2 mamak gitew ^_^

Tq pada tuan empunya resepi Mamak Haji dan juga Kak Wattie yg sudi share resepi nii..mungkin yana terlepas pandang kot entry resepi ni kat umah Kak Wattie sebelum nii..Tq jugak pada Kak MaDiHaA coz berjaya goda yana untuk mencubanyaa..sebelum tu Kak Ayu S'pore pun dh mencubanya..mmg maveles resepi nii..rasa mcm mkn kat kedai mamak jer ^_^.. jom je lah kita semak resepinya sambil intai pic yg x begitu menggoda tuu ^__^


AYAM MASAK KICAP BEREMPAH MAMAK PENANG
Resepi : Mamak Haji


1 ekor ayam (1.7kg – 1.6kg) dipotong 16 . Masukan serbuk kunyit 1 tsp dan garam 1 tsp. Gaulkan rata dan goreng sehingga separuh masak. Kalau gunakan ayam kampung tidak perlu digoreng kerana isi ayam kampung berkeadaan kental.
3 Biji bawang besar (dikisar halus). Kisaran 1:1 dengan air. Jangan terlalu cair. Tujuan bawang merah ialah untuk mendapatkan kuah. Sekiranya anda tidak mahu kuah anda boleh kurang jumlah bawang merah. Kegunaan bawang merah dalam masakan  resipi nasi kandar adalah unik.  Air bawang digunakan sebagai kuah. Dengan sebab inilah kuah lauk nasi kandar pekat likat.
Pes Bawang Putih dan Halia. Harap anda telah mahir dalam penyediaan pes bawang putih dan Halia ini. Untuk masakan ini,  satu biji bawang putih dan 3 inci halia sudah memadai. Sekiranya anda telah sedia ada pes ini gunakan 2 tsp.
1 tsp serbuk lada hitam.
3 sudu besar kicap pekat. (kicap ini ada beberapa jenis seperti kicap cair, kicap manis lemak, kicap pekat mee dan juga kicap pekat karamel. Anda gunakan kicap Mee Yakin. Ia punyai rasa dan kemasinan yang moderate). Kehitaman masakan terpulang pada cita rasa anda. Kalu boleh kurang garam dalam masakan kerana ia akan memekatkan perederan darah dalam tubuh badan dan membantu kolestrol terbentuk.
1 sudu besar sos tiram.
1 sudu besar sos cili.
1 tsp air limau nipis.
1 tsp Jintan manis.
1 tsp Jintan Putih.
1/2 serbuk kas-kas ( dikecualikan).
1 sudu besar serbuk cili ( boleh kurangkan mengikut kepedasan anda ingin).
2 sudu besar rempah kari Daging.
3 kuntum bunga lawang, 1 inci kulit kayu manis, buah pelaga 3.
2 batang serai yang telah di ketuk.
Garam , Gula secukup rasa.
Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak, masukkan kedalam minyak 2 batang serai, tumiskan bunga lawang, kayu manis danbuah pelaga. Apabila naik bau rempah masukkan pes bawang putih halia sehingga baunya naik. Segera masukan kisaran bawang merah sehingga baunya naik.
2. Masukan semua bahan-bahan  seperti di atas  dan biarkan kuahnya didih. Masukan ayam yang telah goreng separuh masak. Kecilkan api dan biarkan selama 10 minit – 15 minit di masak. Biasanya daging ayam yang telah masak boleh tentukan dengan bahagian peha ayam daging urat mula gelembong dan cuba putus dari tulangnya.
3. Rasa kemasinan. Kerana kicap dan sos tiram yang digunakan biasanya memepunyai kemasinan yang berlainan. Maka sukatan garam tidak dapat diberi dengan tepat. Sikiranya kurang masin tambahkan garam. Kalau anda terasa masin anda boleh gunakan gula atau serbuk perasa untuk mengurangkan kemasinan.
4. Tutup api dan masukan perahan air limau 1 tsp . Taburkan bawang goreng. Hidangan telah sedia. Kanak-kanak dalam bulan puasa ini amat gemarkan resepi ini. Untuk kanak-kanak pastikan minyak dan kepedasan perlu dikurangkan.
5. Apabila hidangkan gunakan tiga warna seperti warna oren – karot. Warna hijau – celery atau pun daun sup dan daun bawang/ daun pudina. merah – Cili Merah. Unggu – Hirisan bawang bulat. Selamat mencuba. * tsp – sudu teh dan sudu besar – table spoon.



Dibawah ini resepi yang Kak MaDiHaA ringkaskan utk memudahkan puan2 semasa memasak ( Yana ikut cara Kak MaDiHaA ^_^ )

BAHAN-BAHAN:-

1 ekor ayam ( 1.7 kg-1.6 kg) dipotong 16
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
1 tsp serbuk lada hitam ( yg ditumbuk sendiri )
3 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 tsp air limau nipis
1 tsp jintan manis
1 tsp jintan putih
1/2 sudu besar serbuk kas-kas ( optional )~ Ayu xletak ( MaDiHaA ltk sbb ada stok - yana xltk )
1 sudu besar serbuk cili ( boleh kurangkan mengikut kepedasan anda ingin ) MaDiHaA jdkan pes
2 sudu besar serbuk kari daging ( MaDiHaA jdkan pes )
3 kuntum bunga lawang ( Ayu gunakan 1 jer - MaDiHaA guna 2 )
1 inci kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 batang serai yg telah diketuk
Garam, Gula secukup rasa
1 cawan air ( yg ni MaDiHaA tambah - yana tambah juga )

BAHAN KISAR:-

3 biji bawang besar
3 inci halia
1 ulas bawang putih

CARA MENYEDIAKANNYA :-

  1. Gaul rata ayam bersama serbuk kunyit & garam. Goreng ayam 3 suku masak & ketepikan dahulu. Panaskan minyak dlm kuali yg lain, tumiskan serai, bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga. apabila sudah bau, masukkan bahan kisar & tumis hingga harum dan naik minyak. Masukkan pes cili dan serbuk kari daging & masak lagi hingga wangi.
  2. Masukkan semua bahan-bahan yg lain di atas dan biarkan kuahnya mendidih. Masukkan ayam yg telah digoreng. Kecilkan api dan biarkan selama 10-15 minit dimasak. MADiHaA tambah 1 cawan air. Masak hingga agak kering & rasa kemasinannya & bolehlah tambah garam JIKA PERLU.
  3. Tutup api dan masukkan perahan limau 1 tsp. Tabur bawang goreng. Hidangan telah sedia.
Selamat Mencuba :=)

Wednesday, December 28, 2011

KUIH SERABAI & KUAH SERAWA DURIAN

Assalamualaikum semua..Alhamdulillah dipanjangkan lagi umur kita untuk bersua..Hampir seminggu Yana xupdate blog..ada yg merindu x ^_^..Terima Kasih yg tidak terhingga buat pengunjung yg sudi singgah ke umah kecik yana nii walaupun dah lama tuan umah menghilangkan diri ^_^..

Yana sebenarnya baru blk dari cuti2 Malaysia bersama family..seronok sangat dapat berkumpul adik beradik..Seminggu rasa kejap jer..xpuas lagi kami nk berseronok..jalan2, ronda2, shoping2 and paling best mstlah makan hihii..

Tak mau cakap byk lagi..lain kali pulak kita citer..Maaf yer yana xsempat lagi nak BW umah kengkawan semua..InsyaAllah..nnt keje umah dh setle baru yana ketuk2 yer nak intai resepi best2 yg dh ketinggalan agak lama nii hihii..Jom kita layan kuih tradisional dulu..Kuih Serabai dengan Kuah Serawa Durian..Yana buat untuk makan petang semalam.. jemput jamu mata je lah ekk ^_^

SERABAI
Resepi : MamaFahmi

BAHAN-BAHAN:-

500 gm tepung beras
300 gm nasi - kisar halus dgn sedikit air
1 liter santan - masak hingga suam
11/2 camca teh instant dried yeast
Garam secukup rasa

CARA NAK BUAT:-

Bancuh semua bahan2 untuk serabai kecuali santan. Kacau rata dan tuang santan suam sedikit demi sedikit sehingga mendapat bancuhan sempurna, tak pekat sangat atau cair sangat, seperti bancuhan membuat kuih cara. Perap adunan tadi selama 2 jam ( Mat perap lama sikit ). Panaskan non-stik pan. Lenser sedikit minyak dan tuang adunan tadi kurang lebih 1 senduk lauk, biar masak dengan api perlahan sehingga permukaan berbuih dan menghasilkan lubang2. Tutup sekejap dengan tudung periuk, bila serabai kelihatan kering, bolehlah diangkat..hidang bersama kuah gula..( yana mkn bersama Kuah Serawa Durian )


KUAH SERAWA DURIAN

BAHAN-BAHAN:-

1 biji durian, keluarkan isinya
700 ml santan
500 ml air
1 ketul gula melaka, hiris halus*
1/2 cawan gula pasir*
1 helai daun pandan, disimpul*
2 cawan air* (*disatukan, masak dgn api kecil hingga gula larut, tapis dan ketepikan )
1 helai daun pandan, disimpul
1 camca besar tepung gandum*
3 camca besar air*( *dikacau rata2 )
Secubit garam
Gula, jika perlu

CARA NAK BUAT:-

Dalam periuk, satukan santan, gula merah, durian dan jerang atas api hingga mendidih, guna api perlahan. Masukkan secubit garam bagi rasa lemak. Biar mendidih perlahan, rasa dna jika kurang manis tambah sedikit lagi gula. Tuang bancuhan tepung gandum dan masak 2-3 minit lagi hingga kuah pekat. Matikan api. Hidangkan bersama kuih serabai @ pulut tanak..

Selamat Mencuba :)

Wednesday, December 21, 2011

POPIA GORENG BERSIRA PEDAS

Assalamualaikum semua..dah minum petang ke? Petang ni yana jamu mata dgn Popia Bersira Pedas resepi dari Kak Hana..Tibe pulak rindu Kak Hana..dh lama menyepikan diri..moga akak sntiasa dalam keadaan yg sihat jer bersama family tercinta ^_^..

Hari ni Yana juz masak simple mimple jer..pagi tadi blk jer dari pasar..uwwwaaaa rasa nk nangis..air xde..rasanya tak terima notis apa pun minggu nii..Memamg rasa seksa sgt klu air xde..nasib baik lah pukul 3 tadi air dah kembali..bleh lah siapkan hidangan ringkas utk En.H..Dah byk kali yana bt Popia Bersira Pedas nii..mmg sedap..nak buat pun kejap jerr..jom semua jemput makan..Dah nak magrib nii..jumpa lagi ^_^ 

POPIA BERSIRA PEDAS
Sumber : Kak Mas@Duniaku



BAHAN-BAHAN:-
Kulit popia secukupnya
BAHAN UTK INTI:-
1 batang carrot - dihiris halus
1 mangkuk kubis yg dihiris halus
segenggam atau lebih taugeh
1 biji bawang besar - mayang
1-2 sudu makan udang kering - rendam, toskan dan blend
1 sudu mkn sos tiram
Garam
Perisa   @   gula sedikit
BAHAN SAMBAL:-
2 sudu besar cili kisar
1 sudu mkn bawang merah dan putih kisar
2 sudu  besar sos cili @ sos cili  thai
Secubit belacan- jika suka
1 sk air asam jawa
1cm gula melaka @ gula putih
Garam 
Bijan




CARA NAK BUAT:-

  1. CARA PENYEDIAAN INTI POPIA- Tumis bawang besar hingga naik bau. Masukkan udang kering kisar. Kacau rata. Masukkan pula carrot. Biarkan sebentar kemudian masukkan kubis dan taugeh. Perasakan dgn garam dan juga perisa @ gula ( jika suka ). tutup api dan sejukkan. Isi ke dalam kulit popia tadi. Kemudian gulung kemas dan goreng hingga kekuningan.
  2. CARA PENYEDIAAN SAMBAL:- Panaskan minyak, tumis bawang merah dan putih, kemudian masukkan cili kisar dan belacan. Masukkan sedikit air asam jawa dan juga sos. Kacau. Masukkan gula dan sedikit garam. Suaikan rasa pedas dan manis. Masak hingga sambal agak pekat dan kering. Masukkan popia yg sudah digoreng tadi. Kacau rata. matikan api dan tabur bijan. Gaul. Bleh hidangkan ^_^
NOTA : Untuk menghasilkan popia yg sentiasa rangup selepas dira, pastikan sambal ditumis agak kering dan tidak terlampau basah, baru masukkan popia. Begitu juga inti..toskan air sayur jika ada yg boleh membuatkan popia jd lembik selepas disira.

Selamat Mencuba :=)

Tuesday, December 20, 2011

LALA SOS PEDAS

Assalamualaikum semua..sory yer tuan umah xsempat nk update blog awal hari ni..malam baru bleh ngadap cik lappy..bz memanjang ^_^..Hari ni juz masak simple2 jer..Semalam p pasar and beli lala yg nmpk fresh jer..tgk ikan xselera pulak..semua dh mata merah..hmm..beli lala je lah..ikan tgu esok lusa baru beli ^^..Menu hari Tomyam ayam & Lala Sos Pedas..Dah lama nk mencuba resepi Lala Sos Pedas dari Kak Nor Secubit Garam..Dah ramai yg mencuba..yana asyik tangguh jer..pe2pun dh jadi pun tadi..1kg kejap jer abis hihii...

Tak leh nk membebel byk dah..budak tecik ni dah mula kacau..Mintak izin yer Kak Nor cayang..yana share kat sini pulak..lain kali bleh buat lagi..^_^

LALA SOS PEDAS
Resepi: Kak Nor@Secubit Garam




BAHAN-BAHAN:-


1kg lala ( dibersihkan dan toskan )
3 ulas bawang putih ( diketuk )
1 inci halia ( dihiris spt batang mancis )
2 batang serai ( dihiris serong )
1 sudu besar cili mesin
1 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili thai
2 sudu sos ikan
2 helai daun limau purut ( dicarikkan )
Sepokok daun ketumbar ( dihiris )
1 biji cili merah ( dihiris )
1 biji limau kasturi/nipis
1/4 cawan air
Garam
Gula
Minyak




CARA NAK BUAT:-

Panaskan minyak dan tumis bawang putih, halia dan serai hingga wangi.

Masukkan cili mesin dan tumis lagi hingga cili garing.

Masukkan kicap manis, sos tiram, sos cili thai dan sos ikan .

Kacau seketika dan masukkan air.

Biarkan hingga mendidih dan masukkan lala, daun limau purut, garam dan gula secukup rasa.

Tutupkan kuali dan biarkan lala masak (sehingga kulit lala berubah warna kemerahan)

Masukkan daun ketumbar, jus limau dan cili merah.
Padamkan api dan kacau.
Angkat dan hidangkan bersama nasi putih.


Selamat Mencuba :=)

Monday, December 19, 2011

TRADITIONAL SWEET SCONES

Assalamualaikum semua..Dah tengah hari baru Yana nak tayang menu bekpes hihii..Pagi tadi yana bekpes ala2 omputih gitew..Traditional Sweet Scones..Dah lama ngidam nak buat scones ni lepas tgk Tun tayang sedikit masa lalu..Jumaat lepas tgk pulak Chef Wan buat dlm rancangan Yuk Buat Roti and terus teringat Tun punya scones yg simple and senang jer nk buat..Tq Tun share resepi nii..1st time k.yana buat tau..rangup di luar..lembut jer di dalam..hubby suka sgt mkn..sapu jer butter terus cair pastu sapu jem..sedapp hihii..kita layan pic je lah ekk..main snap jer coz xsabar nk mkn...xtahan bau yg wangii sweet 2 gitew ^_^

TRADITIONAL SWEET SCONES
Resepi : Buku 500 Cookies, Biscuits and bakes
Shared By: Tun_Telani



Bahan2 ( 8 biji)
  • 1 1/2 c self-rising flour 
  • 2 sb gula
  • 1 sb baking powder- tun letak 1/2 sb je
  • secubit garam
  • 4 sb/50g mentega- chilled n dice
  • 1/2 c susu



Cara2:
  • ayak tepung, baking powder dan garam ke dalam mangkuk.
  • masukkan mentega ramas2 dgn hujung jari sampai nmpk mcm breadcrumbs. kemudian masukkan gula dan ramas lagi.
  • masukkan susu dan gaul dengan garfu sampai jadi doh yg lembut.
  • canai setebal 3 cm dan terap dgn cookie cutter.
  • bakar pd suhu 200 C selama 12 minit. Hidang panas2 bersama butter dan jem pilihan.

Selamat Mencuba :)

Sunday, December 18, 2011

KUIH LOMPANG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..sekali lagi bersiaran tgh2 mlm buta nii..mata x ngantuk lagi..susah nak tido klu En.H xde di sisi..ceeewaaahh..ayat xhengat nii hikhikk..pe2pun kita cuci mata kejap dgn menu kami petang tadi..sebelum En.H pergi keje petang tadi sempatlah menikmati hidangan Kuih Lompang yang berkalerful nii..seperti yg dijangka..kaler biru yg abis dulu..our fav kaler nii ^_^..Damia pulak asyik berkenan yg merah jerr..abis dia ngap 3 biji td..


Resepi Kuih Lompang ni Yana ceduk dari umah Kak Naz caayang..tadi ketuk umah Kak Naz tp sunyi sepi jerr..igtkan nk mintak ler sepotong dua Kek Coklat Mocha yang best jer dgn ceklet yg melimpah ruah..aduusss..xtahan nengoknyaa ^_^..Yana mintak izin yer Kak Naz nk share kat sini pulak..tq jgk pada Bro Rozzan atas resepi asalnya ini..Moga Allah limpahkan lagi rezeki pada Kak Naz and Bro Rozzan..Amiinnn :=)

Resepi Asal : Bro Rozzan


BAHAN-BAHAN:-

50 gm tepung beras  }
50 gm tepung ubi      } Bancuh bahan-bahan ini hingga sebati - ADUNAN A

100 ml santan           }

125 gm gula pasir     }
100 ml air                 } Masak hingga gula larut dan sejukkan - ADUNAN B
1 helai daun pandan  }

1/4 cawan kelapa parut muda  }
Secubit garam                         } Gaul sebati dan kukus sebentar

Beberapa pewarna pilihan


CARA NAK BUAT:-

1.  Masukkan ADUNAN B ke dalam ADUNAN A.  Kacau sebati dan tapis sekiranya perlu.
2.  Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut warna pilihan anda.
3.  Panaskan kukusan.  Sapu sedikit minyak masak di bahagian dalam acuan lompang.
4.  Susun acuan lompang di dalam pengukus. Tuang adunan lompang dan kukus 8 hingga 10 minit atau sehingga masak.
5.  Biarkan sejuk sebelum dikeluarkan dari acuan.  Hidangkan bersama kelapa parut apabila ingin dinikmati.

NOTA :
Dengan adunan di atas, Naz dapat 16 biji kuih lompang ni.

Saturday, December 17, 2011

KARI IKAN BAWAL lagi dan lagii ^_^

Assalamualaikum dan salam ceria..Semua dah makan ke? Alhamdulillah..Yana baru jer selesai menjamu selera dgn rezeki Allah tengah hari nii..Permintaan En.H nak mkn Kari Ikan Bawal pulak..kita layan je lah permintaan dia..krg buat lain dia xselera nak mkn pulak..yana pun dh lama x kari mengari nii ^^..resepi kari ikan ni mmg slalu yana buat..SINI dan SINI pun ada..simple jer..xguna santan tau..ala2 mamak gitew..jom kita jamu mata je lah ekk..jumpa lagii ^_^

KARI IKAN BAWAL


BAHAN-BAHAN:-

2 ekor ikan bawal
5 ulas bawang putih ( mayang )
3 ulas bawang merah ( mayang )
1/2 biji bawang besar ( hiris halus )
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk jintan manis
1/2 sudu besar halba campur
2 tangkai daun kari
5 sudu besar serbuk kari ikan
1/2 cawan air asam jawa
Air secukupnya
1 biji buah tomato ( potong 4 )
5 biji bendi
Garam
Serbuk perasa

CARA NAK BUAT:-
  1. Tumis jintan manis, jintan putih dan halba campur hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan semua jenis bawang, daun kari dan juga tomato. Kacau 5 minit dan masukkan serbuk kari ikan. Kacau lagi.
  3. Masukkan air biasa dan juga air asam jawa. Kacau dan rasakan dengan garam dan juga serbuk perasa.
  4. Selepas itu masukkan bendi dan juga ikan. Kacau lagi dan tunggu hingga ikan masak. Boleh tutup api dan siap untuk dihidang.. 
Selamat Mencuba :)

DAGING GORENG ALA KAPRAU

Assalamualaikum semua..sebelum nak menidurkan diri jom kita cuci mata kejap dgn dinner kami tadi..Daging Goreng Ala Kaprau resepi Kak Jee yg femes tuu ^_^..dah rmai yang mencuba..semua menyatakan kesedapannyaa..Yana pulak klu daging agak lambat sikit nak cuba..Kat umah jarang beli daging..Yang ni stok terakhir daging korban ari tuu..punya lah lama duk membeku kesejukkan dlm esbox heheee..

Malam ni yana juz goreng nasi utk En.H..mkn bersama Daging Goreng Ala Kaprau yang ummphh!! ^_^..sedap sgt dgn rasa pedas and bau daun limau purut..menurut Kak Jee klu ada daun selasih lagi best resepi nii tapi yana ada stok daun limau purut jer..pe2pun dah selamat semuanyaa..jom layann..Yana nak p ketuk umah kengkawan kejap sambil jenguk resepi utk esok ^_^..oppss lupa pulak..mintak izin yer Kak Jee, yana share resepi kat sini pulak yer utk rujukan pada masa hadapan..lepas ni bleh bt dgn ayam pulak ^_*

DAGING GORENG ALA KAPRAU


BAHAN-BAHAN:-

250 gm daging batang pinang dihiris nipis (atau ayam)
2 sudu besar paste tomyam ( Kjee guna paste Adabi )
Cili api diketuk2 ( ikut kepedasan. Resepi asal mesti pedas )
2 labu bawang besar ( dibelah 8 dan dicerai2kan )
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos cili ( Kjee guna sos cili Thai )
Daun selasih ( Kjee x bubuh sbb xde. Ada daun selasih sedap sgt )


CARA NAK BUAT:-

Perap daging yang telah dihiris bersama 2 sudu paste tomyam selama 1/2 jam. Kemudian tumis 1 labu dulu bawang besar yang telah dikerat 8. Kemudian masukkan cili api yang telah ditumbuk kasar. Setelah agak garing, masukkan hirisan daging yang telah diperap dan goreng hingga daging kecut.

Kemudian masukkan kicap manis dan sos cili dan terus goreng. Masukkan daun selasih yang telah dipetik2, dicuci dan ditoskan. Kemudian masukkan juga baki 1 labu bawang besar. Setelah bawang layu, padamkan api dan sedia untuk dihidang..

Selamat Mencuba :=)

Friday, December 16, 2011

PAU 3S

Assalamualaikum..bersiaran pada petang Jumaat yang penuh berkat..Pagi tadi agak males nak bersiaran..cuaca sejuk membuatkan diri ini nak baring jer dlm selimut hihii..Jom kita layan Pau 3S petang nii..Dah lama nak mencuba lepas tgk Kak Q tayang dgn banyaknya kat umah dia..lepas tu Tun pulak bt tayangan perdana sambil mewar2kan kesedapan Pau 3S nii tapi pembikinan terpaksa ditunda coz tibe jer En.H yana xsihat..And hari ni Alhamdulillah..Dia dh sihat..semalam dah start keje selepas seminggu berhoneymoon kat umah..hahaa

Citer pasal Pau 3S nii kejadiannya tersangatlah lembut..makan sebijik rasa x kenyang ^^..Tq pada Kak Maz coz  pau bidang terjun nii dah berjaya menambat hati yana utk buat lg lepas nii..Tq jugak yer Kak Q coz goda yana dgn Pau 3S yg banyak tuu..next time nk guna sukatan kak Q bagi pulak..Yana bt ikut sukatan ni dpt 5 biji saiz sedang..x puas pulak mkn hihii..sudi2lah yer cuba pau SENANG..SEDAP..SIMPLE..i likee..^_^

PAU 3S


BAHAN-BAHAN:-

  • 1 1/4 tepung serbaguna (allpurpose flour) - tepung gandum pun ok (yana guna tepung pau)
  • 120ml air sedikit suam
  • 1/2 sudu besar yis kering
  • 1/2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 3 sudu besar minyak masak - maz guna sunflower oil, sini xde minyak sawit
  • 1/2 sudu kecil garam
  • inti secukupnya - maz guna inti kacang merah, biar keras dalam peti ais sekejap senang nak bulatkan ( yana guna inti ayam )
  • kertas minyak secukupnya - potong 4 segi kecil untuk lapik bawah pau


inti ayam+kentang ~)
Cara

1. Dalam bekas yang sesuai masukkan air, yis dan gula. Biarkan seketika dalam 1-2 minit.

2. Kemudian masukkan minyak masak dan kacau sikit guna garfu.

3. Satukan baking powder, tepung dan garam, kemudian tuang dalam bancuhan yis tadi sampai dikacau guna garfu dan tepung melekat pada garfu.

4. Kemudian boleh la diuli guna tangan. Kalau lembik celup je tangan dalam tepung (atau tabur je tepung sikit) dan uli sehingga doh tidak melekat pada tangan dalam 8-10 minit. Ramas-ramas manja pun ok semasa proses menguli tu.

5. Tutup bekas dengan plastik/tuala yang sesuai dan rehatkan doh selama 30-35 minit atau dah naik sekali ganda.

6. Sediakan pengukus. Amik doh yang telah naik tadi dan tumbuk sikit buang angin. Kemudian amik doh sebesar bola ping pong dan leperkan sedikit, masukkan inti dan tutup kemas. Kemudian letakkan sekeping kertas minyak dan susun dalam pengukus. Buat sampai habis dan rehakan pau selama 10-15 minit.


7. Kukus dalam air yang telah mendidih selama 8-10 minit dengan api sederhana. Pastikan penutup pengukus dibalut dengan kain/tuala agar air tidak menitis atas pau.



(nota: saya buat dua adunan dapat dlm 12 biji saiz sedang...tepung saya guna  500gm...lepas tu air dlm 270ml kot rasanya....doh saya..dia lembut....bila kita tumbuk2 lepas dia naik tu..doh cam melekat2 skit..jadiknya..saya lumur tgn dgn minyak skit bila nak bentuk kan pau tu...supaya senang nak bentuk kan dia....) 
  

Selamat Mencuba :=)

Thursday, December 15, 2011

TOMYAM PUTIH

Assalamualaikum semua..kering idea lah pulak nak membebel..kita cuci mata je lah ek..Menu simple kami malam nii..Tomyam Ayam Putih..En.H mkn dgn nasi..yana mkn dgn bihun..Alhamdulillah..kenyang..asyik hirup kuah jerr..cuaca sejuk malam ni mmg best dapat hirup tomyam masam dan pedas berapi nii haa..jemput makan semua yerr ^_^

TOMYAM PUTIH


BAHAN-BAHAN:-

300 gm ayam ( potong suka hati )
3 cawan air ( bleh tambah )
2 ulas bawang putih ( ketuk )
1/2 labu bawang besar ( potong baji )
2 batang serai ( ketuk )
4 biji api-nak pedas bleh tambah lagi ( ketuk )
4 helai daun limau purut
1 biji limau nipis ( amek jus )
1 biji tomato ( belah 4 )
2 sudu besar air asam jawa
Cendawan tiram
Carrot
Bunga Kobis

nmpk tak masih berasap tuu :=)
CARA NAK BUAT:-

  1. Masukkan air, ayam, bawang putih, serai dan cili api ke dalam periuk. Rebus semuanya hingga mendidih. 
  2. Kemudian masukkan air asam jawa. Kacau kejap dan masukkan daun limau purut, buah tomato, bawang besar dan sayuran lain. Biarkan 2-3 minit.
  3. Perasakan dgn garam, serbuk perasa dan gula jika perlu ^_^.
  4. Last, masukkan cendawan. Tutup api dan perah limau nipis..siap!!
Selamat Mencuba :-)

CREAMY CHICKEN SOUP

Assalamualaikum dan salam sejahtera..pagi ni juz nk tayang gandingan mantopp Garlic Rolls semalam..Creamy Chicken Soup..tq Tun coz dgn hebatnya menggugel and jumpa resepi soup yg tersangatlah mabeles nii..xmau cakap byk lagi..kita cuci mata je lah ekss..semua dh abis ^_^


CREAMY CHICKEN SOUP
adapted from: mohd roslan
sumber: tun telani


Bahan2:

  • 50 g butter/margerine
  • 1 bj bawang besar- dadu
  • 2 ulas bawang putih- tumbuk
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 keping dada ayam- hiris nipis
  • 2 kiub ayam
  • 1 liter air
  • 1/2 tin susu sejat
  • 1 sk dried oregano
  • garam



Cara2:
  • Cairkan butter/margerin dan tumis bawang besar sampai layu.
  • masukkan bawang putih dan tumis lagi.
  • masukkan ayam dan masak sampai ayam betul2 masak. masukkan sedikit air dan kuib ayam. masak sampai kuib ayam larut.
  • kecilkan api dan masukkan tepung gandum. kacau sampai rata.
  • masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau sehingga tiada ketul2. gunakan whisker jika perlu.
  • masukkan susu dan masak dgn api sederhana sampai sup mendidih. 
  • perasakan garam dan masukkan oregano.
  • siap! sgt sedap dimakan bersama garlic bread..
Selamat Mencuba :=)