Sunday, November 27, 2011

HAPPY 1ST ANNIVERSARY DUNIA CINTA KAMI ^_^


En.Google punyer :-)
Assalamualaikum dan selamat malam semua..Alhamdulillah hari ni 26 Nov 2011 genap setahun usia Dunia Cinta Kami..Di sinilah segalanya bermula..Tiada perkara yang paling indah kerana dapat berkongsi ilmu dunia masakan dengan blogger2 yang lain..Bermula dgn 0 tapi hari ini Alhamdulillah..Yana semakin lincah di dapur..Namun begitu still lagi nak belajar..baru jer dapat sijil..InsyaAllah..atas sokongan dan dorongan kawan2 semua taun depan dipanjangkan usia dapat pulak diploma hihiii..

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang sudi menjadi kawan Yana di alam maya ini..Tak lupa juga pada follower yang sudi memfolo yana serta silent reader..luv uols very much..Semoga kehadiran Yana diterima..Diri ini sekadar ingin mencari ilmu masakan..bukan untuk menyakiti sesiapa yg berkaitan :=)

Friday, November 25, 2011

STIR FRY KUEY TEOW~bekpes kami

Assalamualaikum..apa khabar semua? semoga semuanya dalam keadaan baik2 sajer..pagi Jumaat yang indah ni kita layan Stir fry Kuey Teow dulu..Bizi sikit nak kemas barang..petang ni nak blk umah MIL kat Pendang..ada kenduri..hmm..bercuti lagi sampai minggu depan..InsyaAllah kalau berkesempatan Yana akan update jugak blog tapi resepi tertunggak je lah..xbest rasanya klu biarkan blog bersawang hihii..Jom je lah kita semak resepi yana cedok dari umah Kak Q..mmg betul ckp Kak Q..kejap jer nak masak kuey teow ni dan mmg sedap cuma yana xletak telur..minggu ni dah terlebih mkn telur..xleh slalu sgt mkn telur kan..ngeee

Tq jugak pada Che I'za tuan empunya resepi..Yana mintak izin nak panjangkan kat sini pulak yer..Macam Kak Q jugak Yana guna bahan yang ada kat umah jer..serba kekurangan dah bahan dlm esbox..maklumlah nak bercuti lama hihii..Jom layann :=)

STIR FRY KUEY TEOW
Resepi: Che I'za



 BAHAN-BAHAN:-
  • 200 gm kuey teow
  • 3 ulas bawang putih diracik halus.. tumbuk ker janji haluslah.. tapi tak nak blend.
  • 1 sb lada boh ( yana letak cili giling adabi )
  • 1 keping fish cake di potong nipis ( xletak )
  • 5-6 ekor udang ( Den tak letak sebab si kecik ni tgh berpantang tak leh mkn udang )saya ganti dgn kerang sebab tak dek udang ( yana letak udang )
  • 1 sk kecil serbuk ikan bilis ( sebagai ganti perasa sbb tak letak udang) so kalau ada udang tak yah letak ( yana xletak )
  • 1 sb sos tiram - tak letak sebab guna kicap campur mas
  • 1 sk kicap manis ABC saya guna kicap campur mas ( yana guna kicap ABC )
  • sebiji telur ( yana xletak )
  •  garam secukup rasa
  • taugeh n kucai
  • saya tambah tauhu yg digoreng ( yana tambah tauhu goreng jugak )





Cara -cara.

  1. Tumis bawang putih hingga kekuningan dan terbit bau aroma bawang putih....
  2. Masukkan fish cake n udang (den tak letak) 
  3. Agak- agak udang tu suku masak masukkan lada boh... dikuti kuey teow..
  4. Masukkan sos tiram, kicap  n serbuk ikan bilis...
  5. letak garam secukup rasa 
  6. Pecahkan telur ke dlm kuali... 
  7. Last sekali masuk taugeh n kucai

Pastikan masak dgn  api besar... Dan proses memasak adalah sangat cepat.... Den tambahkan sedikit minyak bijan dlm minyak yg den guna untuk menumis....


Selamat Mencuba :=) 

Thursday, November 24, 2011

SUP TULANG ^__^

Assalamualaikum dan selamat petang semua..Jom je lah kita jamu mata..xde idea nak mengarang pulak..Sup tulang ala Kak Nor..Untuk resepi ni Yana rebus dulu tulang ni 3 kali sebab nak bagi hilang kelemakkan yang ada pada tulang tersebut..lepas tu baru Yana ikut cara kak Nor..Hasilnya tengok ler..kuah xberminyak pun hihiii..untuk menumis pun yana guna sikit jer minyak..pe2pun Tq Kak Nor share resepi ni..menjadi jugak sup tulang walaupun xde sangat rasa kelemakkan daging tulang tersebut tapi bagi tekak kat umah ni ok jer..hirup sampai abis jugak hihiii..=)


SUP TULANG

resipi asal : K.Nor@SecubitGaram



BAHAN-BAHAN;-

1 kg tulang lembu (lebih sedap jika digunakan tulang rusuk)
3 biji bawang merah - dimayang halus
1 ulas bawang putih - dimayang halus
2 in halia diketuk
1 rempah sup bunjut@3 sudu besar rempah sup serbuk
1 1/2 sudu besar lada hitam - ditumbuk

3 biji ubi kentang
garam dan gula secukup rasa

1 btg celery jika suka ( yana xletak )
1 kiub pati ayam
air secukupnya
bawang goreng dan daun sup

bahan penumis :
5 kuntum bunga cengkih 
3 biji buah pelaga
1 btg kulit kayu manis 
1 kuntum bunga lawang


CARA NAK BUAT:-

Bersihkan tulang dan masukkan kedalam periuk bersama air. Sukatan air mestilah sekali ganda lebih dari paras tulang. Masaklah sehingga daging 1/2 empuk. Jgn buka api terlalu kuat kerana ini akan menyebabkan daging di tulang akan menjadi keras dan liat. Sebaiknya gunakan api yg sederhana shj. Masukkan sedikit garam supaya isi daging menjadi lebih sedap.

Ceduk keluar bhg. berminyak yg terdapat dipermukaan air rebusan tulang tersebut. Biarkan sehingga ia sejuk dan masukkan kedalam peti ais. Akan terdapat satu lapisan membeku dibhg atasnya dan bolehlah dibuang, manakala air rebusan yg dibahagian bawah itu dimasukkan kembali kedalam air rebusan tulang. Kaedah ini dapat menghalang mulut/bibir kita menjadi berminyak setelah makan sup tersebut. Kaedah ini juga boleh digunakan jika hendak memasak gulai tulang..

Masukkan rempah sup bunjut/rempah sup serbuk, halia dan ubi kentang. Bolehlah ditambah air jika kuah kelihatan tidak mencukupi. Masukkan juga serbuk lada hitam dan kiub pati ayam.

Dalam kuali berasingan, panaskan sedikit minyak dan tumislah bahan penumis hingga wangi dan masukkan bawang merah dan bawang putih yg telah dimayang. Goreng sehingga bawang tersebut menjadi garing dan curahkan kesemuanya kedalam periuk rebusan tulang (termasuk minyak).

Masukkan celery jika ada dan masukkan garam dan gula mengikut cita rasa masing2. Masaklah sehingga ubi kentang dan daging empuk. (tulang memang tak leh empuk kan.. hehe)

Hidangkan ke dalam mangkuk dan taburlah bawang goreng dan daun sup.

Selamat Mencuba :=)

Wednesday, November 23, 2011

APAM MENTEGA GULA HANGUS

Assalamualaikum dan selamat petang semua..petang ni xleh nak cakap..kita terus jer layan menu minum petang yana ari ni..Apam Mentega Gula Hangus..Dah lama simpan resepi..xde masa jer nak mencubanya.. Alhamdulillah..dapat jugak merasa..Sedap dan gebu apam nii..xsedar dah 2 bijik ku telan masa duk snap pic nii..hehee..Hujan turun dari pagi lagi xbenti..perut asyik lapar jer lah hihii..Yana c&p resepi ni dari umah Kak Izah..rindunya air tangan Kak Izah..di mana diri mu sekarang wahai akak ku..sunyi sepi jer..semoga sihat sentiasa :=)..Resepi Apam ni Kak Izah jejak kat Tempat Fiza Simpan Resepi yang diambilnya dari Puteri Tega Kongsi Resepi FB (xleh nk link ari ni..nnt yana link blk yer)..panjangnyaa asal usul kuih apam ni kann..

Pe2pun terima kasih kepada ketiga2nya..Yana mintak izin nak panjangkan kat sini pula yer..Jom layann sambil minum kopi panas.. :=)


APAM MENTEGA GULA HANGUS
sumber: Fiza & Kak Izah


Bahan-bahan :
Untuk gula hangus:
(A) 1 cawan gula pasir
      1/2 cawan air
      125 gm mentega

(B) 1/2 cawan gula pasir
      2 biji telur
      *1 1/2 cawan tepung gandum
      *1/2 sdt soda bikarbonat
         (*diayak bersama)
        200 ml susu cair
        1/2 sdt esen vanilla


CARA NAK BUAT :-

- Cara membuat gula hangus, masukkan gula dalam periuk, masak dengan api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang. Padamkan api, dan masukkan air. Nyalakan api semula dan kacau sehingga semuanya larut. Masukkan mentega, kacau rata dan ketepikan.

- Pukul gula, telur dan esen vanilla sehingga kembang dan masukkan gula hangus yang masih panas tadi.

- Kemudian, masukkan susu sambil diselang-selikan dengan tepung. Gaul sehingga sebati.

- Panaskan pengukus dan acuan kuih. (Saya gunakan acuan apam puteri ayu dan acuan apam biasa). Tuangkan adunan ke dalam acuan. Kalau nak tuang penuhkan acuan pun tidak mengapa, kerana bila ia masak, ia tak kan melimpah. Cuma gebu jer....

- Kukus kuih selama 10-15 minit. Sejukkan seketika, dan keluarkan...

Selamat Mencuba :=)

TAUHU MASAK SAMBAL

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..hari ni pagi2 lagi dapat bersiaran..nak singgah menyinggah umah kawan2 semua..akhir2 ni xsempat nak buat persinggahan..nak post 1 n3 pun kena cepat..Damia dah makin meragam skg..jeles sangat kalau tgk ibu pegang lappy..macam2 hal dia buat tak nak bagi ibu pegang cik lappy..hmm..anakku..baru sorang tapi dah terdetik di hati nak tambah lagi hikhikk..

Pagi ni juz nak share menu simple semalam..Tauhu Masak Sambal..mood memasak tibe jer ke laut..hahaa..bkn apa..nak kurangkan mkn sikit coz wiken asyik kena p kenduri je..wiken ni kenduri kat kampung MIL pulak..lagi lah TERmkn banyak..lauk kenduri kampung semuanya best..xleh tahan nafsu nak makan..semua nak rasa..alasan kan..hahaa..Jom je lah kita semak resepi simple nii..mana lah tau kot2 ada yang tergoda nak masaknya utk lunch nanti..layan :=) 

TAUHU MASAK SAMBAL


BAHAN-BAHAN:-

2 keping tauhu ( dibelah dua )
1/2 labu bawang besar ( tumbuk/kisar )
2 ulas bawang putih ( tumbuk/kisar )
1 sudu besar cili giling/cili kisar ( yana guna cili giling adabi )
1 biji kentang ( potong wedges & goreng )
Sedikit sos cili
sedikit sos tomato
Sedikit air asam jawa
Air biasa
Garam, Gula & serbuk perasa

CARA NAK BUAT:-

  1. Goreng tauhu hingga keemasan. Angkat dan ketepikan.
  2. Kemudian tumis bawang besar, bawang putih dan cili giling hingga pecah minyak.
  3. Masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau dan boleh masukkan air asam jawa dan juga air. Kacau. Perasakan dgn bahan perasa. Kacau lagi.
  4. Masukkan tauhu, bawang besar yang dimayang dan juga ubi kentang yang telah digoreng tadi. Gaul biar rata. Tutup api dan siap untuk dihidangkan..
Selamat mencuba :=)

Tuesday, November 22, 2011

KUIH SERI MUKA yang tak berseri~ :-(

Assalamualaikum..cerita sedih ari nii..hmm..semalam berkobar2 semangat nak buat kuih kegemaran tapi hasilnyaaa..hmm..males nak citer..dah 3 kali buat tapi still ada kesilapan berlaku..Dah males rasanya nak buat kuih seri muka ni tapi suka sangat nak makan..so, cubalah buat sendiri..1st time buat mmg hancuss..lembik bahagian atas..xleh mkn langsung..2nd time macam tu jugak tapi guna resepi lain..tengok orang lain buat semua cantik..kenapa yana buat xjadi..dah ikut step by step tapi masih begitu..

Petang semalam sekali lagi memberanikan diri nak buat kuih kegemaran nii..guna resepi lain pulak..tertarik sebab buat dalam acuan kecik jer..Akhirnyaaa..ini lah hasilnyaaa...


Hmm..kecewanyaa..masih tak berseri :=(


Yang ni sajer2 nak test acuan kuih puteri ayu..dah jadi macam kuih Seri Muka Marble Pandan pulak ^_^..lepas ni tak pasti..nak cuba buat lagi ke tak..masih lagi kecewa :=(

Monday, November 21, 2011

GULAI NENAS IKAN MASIN

Assalamualaikum semua..dah mkn tengah hari ker..menu apa yer..mst yang best2 kan..tengah hari ni yana masak Gulai Nenas Ikan Masin Kak Anim Style..lepas tgk kat umah kak Q ari tu terus air liur ni meleleh terbayangkan kesedapan rasa masam nenas dalam gulai tersebut..Yana mmg suka nenas..untuk resepi ni yana guna ikan puyu masin pemberian ibu mertua..juz letak 4 ekor jer..itu pun untuk hubby..Yana tak mkn ikan darat..tujuan utama nak makan gulai nenas jer tapi mcm tak best plak takde rasa ikan masin..so, hentam saje lah dgn 4 ekor ikan puyu masin tersebut :=)

Tak mau cakap banyak yer..nak meronda2 pulak kejap lagi..dah 2 ari tak jenguk umah kengkawan semua..tq Kak Anim utk resepi yang simple tapi mmg sedap..kena dgn selera cuma yana kurangkan sikit tahap kepedasan cili api..Husben xleh tahan pedas so, yana buat pedas2 manja jee hikhikkk...Jom layann :=)

GULAI NENAS IKAN MASIN



BAHAN-BAHAN:-

2 ekor ikan sepat masin size besar-di bersihkan dan di kerat tiga
1/2 biji nenas size kecil-di racik atau di cincang kasar atau di potong keping2 kecil
santan segar(bukan dlm kotak) rm 3( Yana guna santan kotak )
2 cawan air
2 sudu besar cili api kisar ( yana letak 1 sudu jer )
2 sudu kecil serbuk kunyit
1 biji limau kasturi-di perah dan ambil airnya
saya tambah sedikit ikan bilis yg ditumbuk 
saya tambah 2 serai yg diketuk

CARA NAK BUAT:-

Letak periuk atas dapur
masukan nenas
didihkan nenas sebentar
masukan santan
masukan cili api dan serbuk kunyit
masukan ikan sepat
masukan air
Jerang hingga mendidih.Jika kurang masin,tambahkan sedikit garam
Bila sudah elok mendidih masukan air limau kasturi
Tutup api dan sedia untuk makan
mudah kan..

*cuba buat..jangan takot takde bawang pun takpe.itulah masakan asli orang negori.....betul cakap kak anim ni...gulai lemak tak dek bawang memang tersangat lah sedap...:) jadik fav skang ni gulai lemak..dulu saya tak la selalu sgt nak menggulai..sebab lebih suka gulai kari...heheheh...sekarang nampak belimbing ke ikan ke rasa nak masak gulai lemak je..adussss ( yana setuju kata2 Kak Q itu :=)


Selamat Mencuba :=)

Sunday, November 20, 2011

DAGING PAPRIK

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu semua..tengah2 malam buta baru tuan umah dapat pegang cik lappy..Mesti semua dah lena diulit mimpi yang indah..Siang tadi dah kepenatan keluar jalan2 dgn family kan..Tapi sebelum tu jom kita jamu mata di malam hari nidengan resepi Daging Paprik..Yana buat untuk makan malam tadi..Juz untuk en.H jer..Yana jeling2 manja jer tengok dia makan tapi sempat jugak 2 3 keping daging masuk mulut nii hikhikk..

Resepi yang simple jer nak abiskan daging yang masih lagi banyak..2 3 kali lagi bleh masak..Lepas ni fikir lagi nak masak apa..Pe2pun malam ni kita layan Daging Paprik dulu..kejap lagi nak layan mimpi pulak..Esok tak tau sempat ke tak nak pegang cik lappy..banyak pulak agenda yang menanti..jom layann :=)

DAGING PAPRIK


BAHAN-BAHAN:-

150 gm daging lembu ( yana rebus dulu bg empuk )
3 ulas bawang merah ( tumbuk )
2 ulas bawang putih ( tumbuk )
1/2 labu bawang besar ( mayang )
2 batang serai ( dititik )
2 helai daun limau purut
1 biji tomato ( belah 4 )
3 ulas cili api ( bleh tambah klu nk pedas )
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sos tiram
Sedikit kicap manis
Bunga Kobis
Kacang Panjang
Carrot
Garam dan serbuk perasa

CARA NAK BUAT:-

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, cili api dan serai.
  2. Kemudian masukkan semua jenis sos dan kicap manis. Kacau kejap dan masukkan daging. Biarkan sedikit mendidih dan boleh tambah sedikit air.( yana guna air rebusan daging tadi )
  3. Masukkan semua jenis sayuran dan juga daun limau purut. Tambah garam dan serbuk perasa jika perlu dan kacau biar semua bahan rata.
  4. Bila dah mendidih baru masukkan bawang besar dan juga buah tomato. kacau kejap dan boleh tutup api..siap untuk dihidangkan bersama nasi putih...
Selamat Mencuba :=)

Saturday, November 19, 2011

ANGEL HAIR AGLIO OLIO

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..Dah bekpes ker..mestilah dah kan..dh pukul 11 pun..apa lah yana ni..orang lain dah makan tengah hari dah baru nak tanya hehee..Pagi ni kami bekpes simple jer..Angel Hair AGlio Olio..nama kemain lagi..tapi masak maincampak2 jer..biasalah bila dah  tibe hari sabtu..esbox pun dah kosong..masak apa yang ada jer..lepas ni baru nak keluar ronda2 sambil tangkap ayam dan pancing ikan sikit2 hehee..

Tak mau cakap banyak..nak bersiap2 pulak lepas nii..budak tecik tu tak mekap lagi..hihii..kita semak je resepi nii kot2 ada yang teringin nak makan ker..jom layann :=)

ANGEL HAIR AGLIO OLIO


BAHAN-BAHAN:-

Segenggam spagetti ( yana guna jenis angel hair )
2 ulas bawang putih ( cincang )
10 ekor udang sederhana
1 batang sosej
4 tangkai cili kering ( rendam air panas & potong )
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
1/2 sudu besar oreganu kering
green peas
Sedikit jus lemon
Minyak zaitun ( yana guna jenis extra virgin )


CARA NAK BUAT:-

  1. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
  2. Kemudian masukkan udang, sosej dan cili kering yang di potong tadi bersama green peas.
  3. Masukkan angel hair yang telah dicelur dan semua bahan-bahan lain. Gaul biar semua rata.
  4. Masukkan sedikit serbuk perasa jika perlu. Last perah sedikit jus lemon.
  5. Siap untuk dihidang :=)
Selamat Mencuba :-)

Friday, November 18, 2011

KUIH PUTERI AYU

Assalamualaikum dan selamat petang semua..jom cuci mata jap dgn Kuih Puteri Ayu..Yana buat untuk bekpes pagi tadi and kuih ni still lagi lembut walaupun hari dah petang..Tq pada tuan empunya resepi Rohaya1710@MyResepi..mmg puas hati dapat buat sendiri Kuih Puteri Ayu nii..satu adunan dapat banyak..bleh buat untuk minum petang pulak..Jom je kita semak resepinya..Yana c&p jer dari umah Tun..lepas tgk Tun buat ari tu makin bersemangat nak cuba buat sendiri..acuan dah lama beli..tapi  vitamin R nak buat kuih ni xde lagi..pe2pun Jom layann :=)
KUIH PUTERI AYU
Sumber: Tun_Telani & Ros@JM

BAHAN-BAHAN:-
( untuk 25-30 biji )

2 biji telur
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan
1 sudu kecil ovellete
1 sudu kecil pandan esen
Sedikit pewarna hijau
Kelapa putih+sikit tepung gandum dan garam
( Ros tambah 1 sudu kecil baking powder dan ayak bersama tepung gandum )




CARA NAK BUAT:-



  1. Pukul gula dan telur hingga kembang, masukkan ovellete dan pukul lagi.
  2. Masukkan tepung, santan, pandan esen dan pewarna. Pukul lagi hingga sebati.
  3. Isikan kelapa putih dalam acuan, tekan sikit supaya mampat. Tuangkan adunan dan kukus lebih kurang 7 minit.
*NOTA TAMBAHAN ROS@Jintanmanis.com

Langkah yang paling penting masa pukul telur tu, Ros pukul telur hingga berbuih baru masukkan gula dan pukul lagi sampai betul2 kembang. Kemudian baru masukkan ovellete. Bila masuk ovelette tu pukul lagi sehingga ovelette tidak kelihatan dalam adunan dan akhirnya baru masukkan bahan2 yang lain.





*Petua bagi puteri ayu senang dikeluarkan dari acuan- ros@jintanmanis.com*

1. pastikan acuan di sapu dengan minyak terlebih dahulu.
2. Pilih acuan yang tinggi sedikit dan permukaan dalam acuan puteri ayu berkilat, supaya senang dikeluarkan nanti. ( ros ade dua jenis acuan puteri ayu yang dalam nye tak berkilat dan yang berkilat, ternyata acuan yang dalamnye berkilat lebih senang digunakan).
3. Pastikan kelapa tu dimampatkan betul-betul ke dasar acuan, setelah siap dikukus terus keluarkan puteri ayu perlahan-lahan dari acuan.

Selamat Mencuba :=)

Thursday, November 17, 2011

HOME MADE TAU FU FA~ i likee ^__^

Assalamualaikum semua pengunjung Dunia Cinta Kami..Petang ni yana nak jamu Tau Foo Faa..xsangka bleh buat sendiri jer Tau Fu Fa nii..Senang and sedap..Tq pada Adik Nonie atas resepi ni..slalu Yana beli jer kat pasar malam..hari ni kita mkn puas2..semuanya buat sendiri..Tq jugak pada Cheq Sue..Yana terskodeng resepi ni kat umah dia beberapa hari yang lepas..esok plak Tau Fu Fa menjelma kat umah Kak Liza Intai Dapur tapi resepi berlainan sikit..makin tergugat nafsu lapar nak mencubanya hihiiii..dan akhirnyaa..dapat jugak makan dalam suasana hujan lebat kat luar..walaupun sejuk tapi best dapat hirup Tau Fu Fa nii..Jom layann :=)

HOME MADE TAU FU FA

Resepi: Nonie Rahman
Sumber : ila_Cheq Sue 



BAHAN-BAHAN:-


4 cawan air soya ( Nonie guna soya jagung kotak ) (Yana guna susu soya kotak )
1 sudu besar serbuk agar-agar
1/2 cawan air
2 sudu kecil esen vanilla


CARA NAK BUAT:-

  1. Panaskan susu soya. Biarkan sekali mendidh dan tutup api.
  2. Dalam periuk yang berasingan, panaskan air dan masukkan serbuk agar-agar. Masak sehingga serbuk agar-agar tadi larut.
  3. Apabila serbuk agar-agar sudah larut, masukkan air soya tadi dan esen vanilla.
  4. Tuang ke dalam bekas dan boleh lah disejukkan. Biarkan sejuk seketika pada suhu bilik. Kemudian sejukkan dalam peti sejuk selama 2-3 jam


UNTUK AIR GULA


BAHAN-BAHAN:-


300 gm gula kabung ( cheq sue guna nissan kelantan-yana guna nise kelate jugok ^_^)
100 gm gula pasir
250 ml air
2 helai daun pandan


CARA NAK BUAT:-


Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masakkan sehingga gula larut dan sejukkan..
Enak dimakan time sejuk2..perghhhh mavelesssss 

Selamat Mencuba :=)

Wednesday, November 16, 2011

PAJERI NENAS

Assalamualaikum dan selamat petang semua..dah mkn ker..menu apa tengah hari ni..hmm..yana xsempat lagi nak jalan2 intai dapur umah kengkawan semua..sedikit kebizian hari ni..Nak curi masa kejap jer ni nak post menu tengah hari tadi..semalam teringin nak makan pajeri nenas..ari ni terus jer buat..Ekceli yana xpenah masak pajeri nenas bersantan dan berkerisik ni..1st time buat..Alhamdulillah..sedap jugak dimakan..hehee..

Jom je lah kita semak resepinya..resepi pajeri ni hasil gabungan dari resepi yang yana google..campur tolak bahagi darab semua..equalnya jadi mcm nii hihii..kita layan pic je lah ek..abis sudah..layann :=)

PAJERI NENAS


BAHAN-BAHAN:-

1 biji nenas
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
200 ml santan kotak
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu besar serbuk kari ayam/daging
2 sudu besar kerisik
1 sudu besar gula melaka
2 biji cili merah
1/2 cawan air
Garam
Serbuk perasa

CARA NAK BUAT:-

  1. Kisar/tumbuk bawang besar, bawang putih dan halia.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dikisar/ditumbuk bersama kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan serbuk kari dan tumis lagi hingga garing.
  4. Masukkan sedikit air ( anggaran 1/2 cawan ) kacau kejap dan masukkan santan.
  5. Kacau hingga sebati. Bila sedikit mendidih masukkan kerisik, garam, serbuk perasa dan gula melaka. 
  6. Masukkan nenas yang telah dipotong dan juga cili merah.
  7. Masak hingga mendidih. Tutup api dan siap untuk dihidang :=)
Selamat Mencuba :=)

Tuesday, November 15, 2011

CHOCOLATE MARBLE BUN

Assalamualaikum semua..n3 nak cepat coz guruh di langit sudah mula berbunyi..bahaya menanti kalau masih lagi asyik layan cik lappy..Chocolate Marble Bun ni yana buat untuk makan petang semalam..malam bleh makan lagi dan sambung makan lagi bekpes pagi tadi..Ehem..ehem..yana buat roti ni coz nak merasmikan BM yang baru di beli hihii..Alhamdulillah..dapat jugak BM yang dh lama ku inginkan..tq pada en.suami tercinta kerana hadiahkan..lepas ni ari2 ayang meroti ek..jgn jemu sudah..hahaaa..

Roti ni elok je jadinya..lembut dan gebu cuma tang rupa jee..mcm xmenarik jer hehee..xpe lah..janji semua dah abis..InsyaAllah lepas ni nak buat lagi menawan..Practise make perfect kan..ayat nak sedap kan ati..huhuu..jom kita layan resepi roti dari CMG nii..asalnya Pandan Marble Bun tapi yana terderhaka sikit jadi choc..sory yer CMG pe2pun mintak izin halal yer yana nak share kat sini pulak..layannnn :=)

COKLAT MARBLE BUN


BAHAN-BAHANNYA :-)



200 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram tepung gandum
20 gram susu tepung
125 ml air
3o gram telur (pecahan 1 biji telur, pukul sedikit dan timbang)
60 gram gula halus
8 gram instant yeast
1 camca teh pandan paste ( yana gnti 1sb serbuk koko+sdkit air)
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softener
1/4 camca teh garam
40 gram mentega
Bijan untuk ditabur atas roti
2 camca besar tepung roti (jika perlu)




CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Satukan semua bahan2 di atas kecuali mentega, paste pandan dan 2 camca besar tepung roti. Gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli sehingga mendapat doh yang lembut dan kenyal. Jika melekat, tabur sedikit tepung roti. Bulat2kan doh, letak dalam bekas besar dan tutup dengan plastik bersih, perap 1 jam. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan untuk doh dalam Bread Maker, kecuali 2 camca besar tepung roti dan pandan paste, pilih setting untuk "doh" dan tekan "on". Tunggu hingga siap.
  2. UNTUK ROTI :- Keluarkan doh tadi, tabur sedikit tepung atas meja kerja. Letak doh dan tumbuk untuk membuang udara. Kemudian bahagikan kepada 2 bahagian yang sama saiz. Amabil 1 bahagian dan letak pandan paste, uli hingga rata, jika melekat, tambah tepung sedikit dari 2 camca besar tepung roti tadi. Kemudian bagi dua lagi adunan hijau tadi. Adunan tanpa warna pun dibagi kepada 2 bahagian juga.
  3. Ambil 1 bahagian hijau dan 1 bahagian yang kosong, gelek menjadi panjang kurang lebih 30 cm setiap satu. Lilitkan menjadi seakan2 tali, seperti dalam gambar. Kerat kepada 8 bahagian sama besar. Ambil setiap bahagian dan bulat2 kan, Susun dalam bekas yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Buat hingga siap. Lakukan kaedah yang sama untuk baki adunan..
  4. Perap roti tadi selama 45 minit atau hingga naik sekali ganda dan memenuhi bekas. Sapu telur (baki dari 30 gram tadi) dan tabur bijan atas roti tadi. Bakar selama 20 - 25 minit dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan.

Selamat Mencuba :=)