Friday, April 29, 2011

UNTUK TATAPAN NENEK YG JAUH~ rindu nenek

Assalamualaikum dan slamat malam yang indah..hari ni dapur yana dah mula bercuti hingga minggu dpn kot..esok blk kg hubby kat Kedah..Malam ni juz nak n3 sesuatu yg istimewa khas untuk my lovely mama a.k.a nenek damia yang sedang merindui damia kat Pasir Mas..hanya gambar jd pengubat rindu nenek..

Nenek..Damia dah 10 bln skg..Dah besar dah..:-)

Damia dgn ibu kuar jln2 beli susu..;-)

Muka mare..tak nak senyum..

Buat tak tau jeeee,,:-)
Nenek tunggu Damia blk kg ek..rindu nenek..muuahsss!!

Thursday, April 28, 2011

GULAI KURMA AYAM~BUDU & DURIAN maveles :-)

Alhamdulillah..baru selesai berbuka puasa bersama hubby..kenyang sangat2..kejap lagi mesti cari bantal tapi kena tunggu dulu..nak tengok citer antu dulu pkl 9.30 jap g..Jom kita layan resepi berbuka tadi..Siap makan budu dgn durian lagi haa..hubby balik keje tadi beli durian..sedap tul durian tuu..isi kuning..manis plak tuu.. banyak la plak membebel nii..jom kita layannn...


GULAI KURMA AYAM

BAHAN-BAHAN:-

6 ketul ayam 
2 sudu besar rempah kurma (bancuh dgn sedikit air)
1 cawan santan pekat 
1 cawan santan cair
2 biji kentang - kupas, belah dan potong 6
1 biji tomato - potong 4
garam

Bahan Tumis:-

1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
2 biji bawang putih - tumbuk
1/2 inci halia - tumbuk
1/2 labu bawang besar - hiris


CARA NAK BUAT:-

Panaskan minyak and tumis semua bahan tumis hingga naik bau. Masukkan santan pekat bersama rempah. Perlahankan api dan masak rempah sambil dikacau hingga pecah minyak. Masukkan ayam dan  gaul rata. Guna api sederhana. Masukkan kentang. Masak lebih kurang 10 minit sambil dikacau. Masukkan santan cair dan kemudian letak garam. Biarkan kuah mendidih, seimbangkan rasa. Perlahankan api dan masukkan tomato. Tutup api. siap untuk dihidang..Slamat Mencuba :-)


paling best..makan tak hingat apa dah..hehee

CUCUR NASI IKAN BILIS

Ari ni rehat memanjang sambil layan muvi yg tak sempat nak layan sblm nii..baru je layan muvi..Dalam botol.. sblm tu layan Cun..sblm tu layan Ratu the movie..kesimpulannyaa..Cun paling best..yang lain..hmm..maleh nak citer..:-) sendiri tgk ekkk..

Tak tau nak masak apa g untuk menu berbuka puasa karang..kejap lagi kita masuk dapur and layan je apa yang ada dlm esbox tuu.. okess lah.. kita jamu mata dulu dgn menu ptg semalam..tak sempat nak bern3..bz dgn keje2 umah :-)..Dah byk kali bt cucur ni tapi mst tak ada masa nk tayang..kali kna tayang jgk..tak kesah lah dah mkn pun semalam..Cucur Nasi Ikan Bilis resepi dari K.Yatie.. mmg maveles..klu sape2 tak try g ptt try bt skg..nyesal klu tak bt..hehee..best sgt cucur..lembut and gebu tp satu je yg yana blm pass lagi..dh byk kali bt tapi still xjd bulat comel hehee..jom lah layan resepi nii..c&p je dari k.yatie..mintak izin tayang kat sini plak yee k.yatie..:-)

CUCUR NASI IKAN BILIS



Bahan-Bahan
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn air
  • 1 biji bwg besar
  • 2 biji bwg putih
  • 1/2 cwn ikan bilis
  • 2 1/2 cwn tepung gandum
  • 1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka)
  • Daun sup/bawang (di hiris halus)
  • sedikit garam
  • Minyak untuk mengoreng



Cara Membuatnya

  1. Blend nasi bersama air, masukkan sekali ikan bilis, bwg putih dan bwg besar...kisar sebati.
  2. Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati.
  3. Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati.
  4. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.
  5. Saya gunakan tangan saja utk menjemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah. Selamat Mencuba...

Wednesday, April 27, 2011

GORENG BENDI BERTEMPE~ resepi sempoi jee :-)

Waah..cam best je nama resepi tuu..resepi biasa jee :-) My hubby suka sgt dgn bendi and wife dia ni plak suka sgt dgn tempe.. so, resepi ni gabungan kami berdua..hubby habiskan bendi and wife dia plak habiskan tempe..hehee..Ayam masak kicap pedas+nasi putih+goreng bendi bertempe..cukuplah untuk kami family kecil nii..jom layannn :-)



GORENG BENDI BERTEMPE

4 biji bendi ( potong )
1/2 keping tempe ( potong )
1 ulas bawang putih ( mayang )
1 ulas bawang merah ( mayang )
suun
fucuk
Air secukupnya
Garam
Gula
Serbuk perasa

CARA NAK BUAT:-

Tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi. Kemudian masukkan tempe and goreng hingga sedikit garing. Gaul semua and tambah sedikit air. Masukkan fucuk dan juga garam, gula serta serbuk perasa. Kacau jap dan masukkan bendi dan juga suun. Kalau rasa dh ok boleh tutup api and siap untuk dihidang..Slamat mencuba :-)

AYAM MASAK KICAP PEDAS~lunch time

Habis breakfast kita lunch plak tapi yana masak je la..still kenyang g nak makan nasi..tadi my baby tido..terus je masuk dapur.. semalam dh makan nasi beriani so ari ni makan nasi putih je laa..hmm..bila masa nak berdiet nii..hehee.. juz simple resepi.. bkn ada orang lain nak makan pun..kami berdua jee...Jom layann..;-)


BAHAN-BAHAN:-

5 ketul ayam
2 ulas bawang putih ( tumbuk )
2 ulas bawang merah ( tumbuk )
1/2 inci halia ( tumbuk )
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 sudu besar cili kisar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1 batang serai ( diketuk)
3 sudu kicap pekat
3 sudu kicap manis
sedikit air asam jawa
bawang besar
cili hijau
Garam
Serbuk perasa

CARA NAK BUAT:-

Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk, cili kisar, bunga lawang, kayu manis dan juga serai.  Kacau hingga naik minyak.
Kemudian masukkan kicap pekat, kicap manis dan juga air asam jawa. Yana letak 2 sudu je..Kacau jap and masukkan garam dan serbuk perasa. ayam.
Last masukkan ayam dan gaul rata. Sebelum tutup api masukkan cili hijau dan juga bawang besar. Gaul dan  boleh tutup api.. Siap untuk dihidang..slamat mencuba :-)


LEMPENG PISANG

Slamat pagi semua..dh bf kee..yana baru je bf dgn my little baby nii..selera je dia makan lempeng pisang.. Resepi yang simple..saje nak tayang hehee..jom layannn..:-)



BAHAN-BAHAN:-

1 cawan pisang ( dilecek )
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu besar gula
Air secukupnya
Pisang secukupnya ( potong )
sedikit garam
Butter

CARA NAK BUAT:-

Satukan pisang yg telah dilecek bersama tepung gandum, air dan garam. Kalau nak tambah telur pun boleh. Kacau sebati.
Kemudian panaskan butter di atas kuali non stick and tuang adunan tadi. goreng jap and susun pisang yang telah dipotong tadi atas adunan. Masak atas api yang perlahan.
Bila dah agak garing balikkan sebelah and biarkan masak hingga garing..sedap..Slamat mencuba :-)

Tuesday, April 26, 2011

NASI BERIANI AYAM

Salam petang Selasa..malas tul nak buka blog skg..broaband asyik bt hal..slow sgt2..nak buka blog pun kena tunggu bertaun..melampau la tu bertaun..hikhikk..pe2pu jom layan resepi nasi beriani..juz c&p dari blog nii..mintak izin yee tuan punya resepi.. Malas nak masak lauk banyak2..bukan ada orang nak makan pun..kami berdua jee..hubby pun bkn makan banyak time malam.. yana buat half dari bahan2 nii..ckp lah untuk kami berdua.. Jom layannn...



NASI BERIANI AYAM

Bahan-bahan:

500gm basmathi - dicuci bersih dan direndam selama 2 jam
6 keping kepak ayam
1 camb rempah beriani
1/4 camt serbuk kunyit
250gm karot - dihiris halus
200-250ml air
800ml air - untuk nasi
100ml susu cair/segar - untuk nasi
30ml minyak
40gm minyak sapi
3 helai daun pandan - dipotong 3cm
garam secukup rasa

Bahan2 A:


1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga

Bahan2 kisar/tumbuk:



1 labu bawang besar
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1cm halia


Bahan2 hiasan:
1-2 biji buah tomato 
buah gajus
daun parsli

cara:

  • panaskan minyak dan minyak sapi
  • tumiskan bahan2 A, bahan2 kisar, rempah beriani dan serbuk kunyit sehingga wangi
  • masukkan kepak ayam dan kacau sehingga kering airnya
  • tuangkan air dan tutupkan periuk
  • bila ayam masak, keluarkan
  • kacau rempah tadi sehingga hampir kering
  • masukkan air, susu cair/segar, daun pandan dan garam secukup rasa
  • bila mendidih, masukkan beras dan karot (selepas ini bolehlah dimasukkan ke dalam rice cooker dan masak seperti biasa)
  • masak hingga kering air dan kemudian tutup periuk
  • hidangkan nasi dengan ayam dan taburkan dengan bahan2 hiasan
SLAMAT MENCUBA :-)

Monday, April 25, 2011

BIHUN GORENG SOS TIRAM~ breakfast pagi niii

Assalamualaikum dan slamat pagi semua..Hari ni indah sungguh cahaya matahari kat Kepala Batas nii..Okeylah..tak nak byk citer..Pagi ni nak tayang breakfast tadi..simple jee..Dah banyak kali buat tapi skg baru ada masa nak tayang..jom kita semak resepi simple nii..semua boleh buat kott..bihun goreng jee..:-)



BIHUN GORENG SOS TIRAM

Bahan-bahannya:-

Bihun secukupnya
2 biji bawang putih ( tumbuk halus )
1/2 inci halia ( tumbuk halus )
3 sudu besar sos tiram
isi ayam
kubis
Sayur campur
garam
bahan perisa
air secukupnya
minyak untuk menumis


CARA NAK BUAT:-

Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan halia hingga naik bau wangi. Kemudian masukkan sos tiram. Kacau kejap dan masukkan isi ayam.
Kemudian tambah air secukupnya dan masukkan garam serta bahan perisa. dan cukup rasa masukkan bihun. Gaul biar semua rata. Last skali masukkan kubis dan sayur campur. Gaul lagi dan tutup api..siap untuk dihidangkan.. Slamat mencuba :-)

CITER HARI MINGGU YG LALU~

Dah berapa hari cuti berblog..tak sempat nak pgg lappy pun..hati dah rindu nak BW umah teman2..suka sgt jamu mata dgn macam2 resepi yg best semuanyaa..baca citer2 baru dgn n3 yg menarik..org baru mcm yana ni kna byk BW kan..InsyaAllah kalau ada masa ari ni yana mulakan lawatan..:-)


Pagi ni saje nak citer kegiatan kami ari minggu yg lalu.. biasa jee..jln2 dari pagi and last skali singgah Restoren Nasi Kandar Pelita Seberang Jaya beli nasi kandar..dah beberapa minggu duk teringat kat mamak ooppsss..bkn mamak yee tapi nasi kandar mamak kat pelita..sedap sgt tapi frust skit coz tak leh makan kat sana..kami tapau jee..my baby lena tido..tak nak kejut dia.. org ramai sgt kat Pelita..dia plak br lena..penat jln2 kot.. tak pe lah..lain kali plak kita mkn kat sana.. ari ni tapau jee dulu..:-)

MR.HUBBY PUNYA..NASI KANDAR PELITA..

I punya lee..semestinya kna ada telur masin..semuanya dh licin..

Friday, April 22, 2011

PUDING KARAMEL TANPA TELUR

Ari ni tak leh nak membebel panjang2..keje banyak tak setle..nak amek masa jap je nak tayang puding yang bt semalam..resepi ni juz c&p dari DAPUR KECIL NORUL and resepi asal dari myresepi..TQ yaa..menjadi gak buat smbil duk berperang dgn my baby..my hubby lak dh lena..blk keje lewat..lpas mkn trus ghaib hikhikk..dah melalut nii..jom lah semak resepi simple nii..cuaca panas mmg best layan puding yang sejuk niii..layann...



BAHAN-BAHANNYA:-

BAHAN A
2 senduk gula


BAHAN B
1 bungkus agar-agar serbuk
4 cawan air
2 1/2 senduk gula



BAHAN C
1 tin susu cair(lebih kurang 400g)
2 sudu makan tepung kastard
1 sudu vanilla

(Campur sebati semua bahan C)

CARA NAK BUAT:-

  1. Hanguskan gula cam buat karamel utk puding karamel yang lain gak...biasanya saya hanguskan gula terus atas acuan,bila da kaler emas tuang air sikit..pastu ketepikan..
  2. Dalam periuk didihkan bahan b. kecilkan api kemudian masukkan bahan c. kacau rata selama lebih kurang 3 minit @ sehingga adunan sedikit likat dan pekat. Matikan api, tuang adunan dalam acuan yang berisi gula hangus.
  3. Bekukan sebentar, dan hidang. (lebih sedap dihidang sejuk-sejuk).






Thursday, April 21, 2011

NASI JAGUNG

Dah lama sangat nak buat nasi jagung tapi asyik tak jadi jee..orang lain dah bertahun bt nasi jagung tapi yana baru nak buat..hehee.. tak kisah lah..janji berjaya jugak buat nasi yang memang sedap nii..yana juz c&p resepi KAK UMMI KUANTAN.. TQ kak Ummi..mmg betul2 sedap..Yana makan nasi jagung dgn ayam goreng ketumbar..simple jee..rasa nasi dah best tak yah ada kuah dah.. Jom semak resepi nii..



NASI JAGUNG

BAHAN-BAHAN:-

6 cawan beras basmathi ( cuci dan toskan )
2 cawan isi jagung ( yana guna jagung frozen )
1/2 cawan susu cair
8 cawan air
2 biji buah tomato ( potong dadu)
2 sudu besar rempah beriani
garam secukup rasa
sedikit gula

BAHAN TUMIS:-

5 ulas bawang merah ( mayang )
3 ulas bawang putih ( mayang )
2 cm halia (mayang halus)
3 sudu besar minyak sapi
2 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 tangkai daun kari
2 helai daun pandan ( disimpul )

CARA NAK BUAT:-
Panaskan minyak sapi di dalam periuk nasi elektrik dan masukkan bahan tumis, bawang, halia dan daun pandan. Kacau.
Bila dah naik bau, masukkan rempah beriani dan biarkan naik minyak.
Kemudian masukkan beras, jagung, tomato dadu, garam, gula dan susu cair. Kacau sebentar. Lepas tu masukkan air secukupnya dan kacau rata. Alihkan periuk ke dalam periuk elektrik dan masak nasi seperti biasa. Dah siap.. Nasi jagung boleh dihidang bersama kuzi kambing kee..ayam merah kee..yana makan dgn ayam goreng ketumbar jee..best jugak.. Slamat mencuba :-)



AYAM HALIA BERKUAH

Semalam rasa angin satu badan..hmm..tak tau la nape 2 3 ari ni angin byk tul..Tibe2 je terpikir nak masak halia..skodeng jap blog2 otai kot2 ada resepi halia spesel dan berkenan kat ayam halia abg CMG kita..malas nk ckp byk Jom tgk ayam halia kami semalam..masing2 duk irup bak bagi kuar angin hehee..resepi ni yana dah campur aduk dgn resepi2 lain.. so, jadi lah cani..layannn..



AYAM MASAK HALIA BERKUAH

BAHAN PERAP

6 ketul ayam
1/2 kiub ayam maggi
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil Lea & perrins

BAHAN-BAHAN:

2 ulas bawang putih ( tumbuk halus )
1 inci halia muda ( hiris )
1 sudu sos tiram
1 sudu kecil kicap manis
1 biji ubi kentang
1/2 biji cili hijau ( hiris )
Air secukupnya
Garam
Gula
Serbuk perasa
Daun bawang
Daun ketumbar

CARA NAK BUAT:-

Kemudian tumis bawang putih dan halia hingga naik bau wangi. Lepas tu masukkan sos tiram, ayam yang telah di perap dan ubi kentang. Kacau rata. Kemudian masukkan air dan tunggu hingga ayam dan ubi kentang masak.
Masukkan ayam dan kacau rata. Kalau rasa tak cukup bolehlah tambah bahan perasa. Tunggu mendidih dan tutup api..Untuk hidang bolehlah tabur daun bawang, daun ketumbar dan juga cili hijau..Slamat mencuba :-)

Wednesday, April 20, 2011

RAGAM MY BABY~syoknyaa tgk tv

Syok betul my baby Damia tgk tv..ibu panggil dari tadi buat tak tau jeee....:-)








Tengok kartun je nii..bkn citer seramm..;-)

MEE GORENG KARI

Pagi ni juz tayang menu semalam..hubby balik keje lambat so, dia tak nak makan nasi..goreng mee aje lah..minggu lepas g duk simpan mee kering beli kat HPA..ari tu dah buat nasi goreng kari..skg try test plak mee goreng..best jgk..jom kita ke dapur semak resepi mudah and best niii..hehee perasan :-)



MEE GORENG KARI


BAHAN-BAHAN


2 keping mee kering ( rendam dan toskan )
2 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
1 sudu besar serbuk kari ayam ( campur 5 sudu besar air )
3 biji cili api ( potong )
Sosej
Carrot
Daun kari
Garam
Serbuk perasa

CARA NAK BUAT :-

Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah dan cili api hingga naik bau. Kemudian masukkan serbuk kari, daun kari, sosej dan juga carrot. Gaul. Lepas tu masukkan garam dan serbuk perasa. Dah cukup rasa bolehlah masukkan mee yang telah direndam dan di toskan tadi.. Kuatkan api kejap sambil tu gaul rata..Dah siap mee goreng kita..Slamat mencuba:-)

Tuesday, April 19, 2011

UDANG MASAK TEMPOYAK

Dah lama teringin nak makan tempoyak..ari ni jadi jugak..simple je masak tempoyak.. makan sorang2 je..hubby tak suka makan tempoyak..dia cakap masam..memang dia tak suka makan yang masam..so ari ni..masak sendiri makan sendiri je lah..untuk hubby masak menu lain..Jom kita semak resepi simple nii..Layaannn..






UDANG MASAK TEMPOYAK


BAHAN-BAHAN:-


10 ekor udang sederhana besar
2 ulas bawang merah ( tumbuk )
2 ulas bawamg putih ( tumbuk )
4 biji cili api ( tumbuk )
4 sudu besar tempoyak
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 helai daun kunyit ( hiris )
Air secukupnya ( Nak pekat letak air skit je )
Garam
Gula
Serbuk perasa


CARA NAK BUAT:-


Masukkan bahan yang ditumbuk tadi bersama air ke dalam periuk. Kacau kejap dan masukkan tempoyak. Kacau lagi. Bila dah mendidih masukkan garam, gula, serbuk perasa dan juga daun kunyit. Kacau dan tunggu hingga mendidih. Tutup api dan siap dihidangkan..SLAMAT MENCUBA :-) 

Monday, April 18, 2011

PISANG GORENG~ROTI GORENG

Menu petang tadi..pisang banyak kat umah..ari ni kita goreng dulu..BW pagi tadi terjumpa resepi mudah dan senang tanpa guna tepung beras..petang ni jadi lee pisang goreng..siap goreng dgn roti lagi haa..selera je makan time hujan..sedappp...rangup.. Nak resepi..semak je kat sini ek..TQ tuan empunya resepi HaSue 



inti peanut butter

MY LITTLE BABY~akhirnyaaa ::~

Ari ni tak leh nak buat keje pe..my baby asyik meragam..nak suh ibu layan dia je..pagi tadi dia jaga pukul 7.30 lagi and pukul 1.30 tadi baru tido..susah tul nak tido.. akhirnyaa..dia tertido dlm kepenatan kot..dah round satu umah tibe je diam kat tepi dinding..tadi mulut bising duk main dgn beg tembikai tuu..ibu amek Damia marah..intai punya intai rupanya dah terlena..nak tergelak ibu tengok Damia tertido kat tempat yang tak sepatutnyaa...




Damia dah tido maknanya ibu banyak keje nak buat..;-)



Saturday, April 16, 2011

NASI GORENG AYAM KUNYIT LADA HITAM

Sebelum nak tido sempat g buka laptop jap ni..tadi rasa malas n3 menu mlm ni tapi tiba lak tergerak ati nak BW jap cari resepi..esok nak kuar shopping so, intai2 lu kot2 ada resepi yang berkenan bleh masuk dlm senarai nak beli barang esok hehee..Jom lah kita tgk resepi dinner tadi..Nasi goreng jee..dah 2 ari masak main2 je..no mood tgh2 bln nii..nak mengambang kot..kui2..Layann..

NASI GORENG AYAM KUNYIT LADA HITAM


rasa cam pantang lak..kunyit dan lada hitam..:-)
BAHAN-BAHAN:-

3 cawan nasi ( masak pg tadi g..)
2 ulas bawang putih ( mayang )
2 biji cili padi ( potong )
1 batang sosej ( potong dan gaul dengan serbuk kunyit dan serbuk lada hitam )
Isi ayam secukupnya ( gaul dengan serbuk kunyit & serbuk lada hitam )
Kobis
Garam
Serbuk perasa


CARA NAK BUAT:-

Goreng isi ayam dan sosej yang telah digaul dgn serbuk kunyit dan lada hitam. Goreng jap je lepas tu masukkan bawang putih dan cili padi. Goreng hingga wangi. Lepas tu masukkan garam dan juga serbuk perasa. Gaul dan masukkan nasi. Gaul lagi bagi rata. Yana tambah sikit lagi serbuk kunyit. Lawa je kalau kuning nampak terang..hikhikk..Jgn lupa masukkan kobis dan masak dengan api yang kuat kejap dan boleh tutup api..siap dihidang..Slamat mencuba :-)







* mau tido..zzzzzzzzzzzzzzz....

Thursday, April 14, 2011

LONTONG~tercapai jua hajatku

Nasi impit dah jadi..maknanya kna teruskan hajat asal iaitu buat lontong..Jadi juga lontong aku niii..orang lain makan pagi tak pun petang tapi kami melantak lontong utk dinner hikhikk...Tapi disebabkan semalam dah ternak lemak coz santan berlebihan..ari ni kna puasa laa..elok gak puasa ari Khamis kan..Resepi lontong ni dari CMG..tapi sama je dgn resepi my mama tiap kali aidilfitri..saje nak tyr masak resepi CMG..jom layan lontong yang dah abis nii...:-)


KUAH LODEH

BAHAN-BAHAN:-

3/4 batang carrot ( potong jejari )
1/4 bahagian kubis ( hiris )
2 keping fucuk ( kerat kecil dan rendam hingga lembut )
2 keping tempe ( potong dadu )
2 keping tauhu ( potong dadu )
1 cekak soon ( potong pendek )
1 kiub ikan bilis maggi
2 batang serai ( dititik )
1/2 inci lengkuas ( dititik)
1 biji bawang besar ( hiris halus)
2 biji bawang putih ( hiris halus )
1/4 camca serbuk kunyit
Garam
Gula
2 cawan santan pekat
5 cawan santan cair

CARA NAK BUAT:-

Tuang santan cair kedalam periuk dan masak bersama carrot, serai, lengkuas, bawang besar, bawang putih dan tempe. Masukkan juga serbuk dan kacau rata hingga mendidih. Kemudian masukkan fucuk, kiub ikan bilis dan kobis. Biar mendidih dan tambah air jika kuah kurang. Masukkan suun dan santan pekat. Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Biarkan mendidih dan boleh tutup api.

* potong nasi impit dan cedok kuah lodeh dengan isi2nya skali. Tambah hidangan lontong bersama telur rebus dan juga sambal  tumis.