Thursday, March 31, 2011

Hari Terakhir Mac 2011~Takkan kembali lagi

Kurang dari sejam lagi Mac 2011 akan melabuhkan tirai dan takkan kembali lagi..cepat betul masa berlalu..tak terkejar rasanya..hidup aku masih lagi seperti bulan yang lalu dan aku akan sntiasa berdoa moga impian aku tercapai pada bulan baru yang akan bermula esok..

April..bulan yang banyak membawa kenangan dan memori pahit bagi aku..tahun ni 21 April genaplah 13 tahun arwah baba aku meninggal dunia namun aku masih terasa kehadiran arwah..seperti baru semalam arwah meninggalkan kami..hmm..tak nak citer lah..air mata dah mula mengalir nii..

Pe2pun..banyak benda lagi aku nak blajar..terutama skali nak blaja masak sambil berblog..bkn apa..sejak ada blog ni aku bersemangat nak blaja masak.. ari2 call mama kat kg tanya menu hehee..

Ekceli aku bt blog ni bkn nk suh org knal ke nk glam ke..aku juz nk isi kekosongan masa yg ada skg ni disamping nak tambah ilmu memasak dgn kengkawan blog..AKU NI MEMANG ZERO dlm masak memasak ni..tak caya try call my mama..dia tau anak pompuan dia cane..asyik mkn je..masak malas..pe tah lagi lepas kawin aku tak duk sama ngn hubby..tinggal berjauhan..aku keje kat KL..dia keje kat penang..br 4 bln duk sama..sbb tu baru nak blaja masak..nsb baik hubby phm..hehee

Alamak..dh panjang aku membebel ni..bkn ada org nak bc pun hehee..stop dulu untuk bln ni..kita jumpa bln depan plak..esok la tuu..hikhikk

Balik Kg @ Pendang~ makan-makan

MAVELES!!!

Hidangan best yg membuka selera..

feberet aku.. gulai pisang muda...


Balik kampung makan jeee...tak ingat nak berdiet dahhh..:-)

KUIH KETAYAP @ KUIH GULUNG

Menu kami petang semalam..tak sempat nk bern3 semalam..my baby asyik meragam jee..anak nangis takkan kita nak pegang laptop plak..krg mengamuk bapak dia marah ibu..hehee..Jom lah kita semak resepi mudah nii..buat ni pun sambil duk gaduh2 ngn my baby..tapi abis gak mkn hehe..layann...

BAHAN-BAHAN:-

1 1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 1/2 cawan air
Pewarna hijau

INTI:-

1/2 biji kelapa parut
2 keping gula merah
3/4 cawan air
Garam
Daun pandan ( simpul )

Untuk kulit, campur tepung gandum, telur dan air. Lepas tu masukkan pewarna hijau dan kacau sebati. Kemudian tapis adunan. Panaskan kuali dan letak minyak sikit je. Masukkan sesenduk adunan kulit tadi dan lenggang2 j atas kuali biar nipis. Dah masak boleh ketepikan dan masukkan inti.
Untuk inti pula, masuk semua bahan dan masak dengan api yang perlahan. Kacau hingga inti jadi kering. Tunggu hingga sejuk barulah masukkan dalam kulit tadi..Slamat mencuba..:-) 

Wednesday, March 30, 2011

TALAPIA BAKAR~IBU MERTUAKU

Ari ni x sempat nak masak pe2 g..ada sesuatu sedang merisaukan fikiran..hmm..pe ek?.. oppss..lum masanya nak sebarkan berita ini..belum ada kepastian hikhik..hujan lum stop lagi sejak semalam..matahari lum menampakkan wajah sinarnya..dah lah..malah nak membebel dah..Yana nak n3 resepi ibu mertuaku ni..resepi ni buat masa blk kg ari tu..yana tlg gak buat skit2..tlg tgk byk..tlg makan lg byk hehee..Best sgt ikan talapia bakar ni..makan plak dgn budu..perghh..memang bertambah lah berat badan aku oooii!!! Jom kita semak resepi ni tapi resepi ni juz campak2 je..biasalah tangan otai yg masak kan..:-)

TALAPIA BAKAR

BAHAN-BAHAN:-

Ikan talapia ( kitaorang bakar 8 ekor )
Bawang merah
Bawang Putih
Cili kering*
Biji Ketumbar*
Serai
Halba
Serbuk jintan putih
Serbuk jintan manis

CARA NAK BUAT:-

Goreng cili kering dan biji ketumbar. Lepas tu bland bersama bawang merah, bawang putih, serai, halba, serbuk jintan putih dan serbuk jintan manis. 
Kemudian masak bahan yang di bland tadi hingga mendidih.
And then, lumur pada ikan talapia yang sudah siap dicuci tadi. Ibu mertuaku cuci dengan buah belimbing masam. Dah siap lumur semua kita balut ikan tadi dengan daun pisang..Kemudian bolehlah dibakar hingga masak..Slamat mencuba :-)

Monday, March 28, 2011

ONDEH-ONDEH KELEDEK

Assalamualaikum..ondeh-ondeh ni buat ari Jumaat lg tapi tak sempat nak bern3.. hubby blk keje trus ajak balik kg dia kat Pendang..kita ikut je lah..Ari ni baru sempat nk bern3..jom kita semak resepi ondeh-ondeh keledek..tgk semua blog otai2 dh buat..so,ari ni yana plak buat..mudah, senang dan cepat..hehee..jom layannn...



ONDEH-ONDEH KELEDEK


BAHAN-BAHAN:-

2 cawan ubi keledek ( rebus dan lenyek )
2 cawan tepung pulut
Kelapa parut kering ( kukus jap )
Gula merah secukunya
Air secukupnya
Garam sikit

CARA NAK BUAT :-


  1. Rebus ubi keledek kemudian lenyek kasi betul2 lumat. Kemudian gaul sebati dengan tepung pulut. Tambah air sedikit demi sedikit hingga jadi doh. Pastu buat bebola kecil dan masukkan gula merah yang di potong kecil dalam bebola tersebut. 
  2. Kemudian didihkan air dalam periuk dan masukkan bebola tadi bila air dah mendidih. Angkat bila bebola tu dh terapung. maknanya dah masak lah tu..
  3. Last, golek2 bebola tersebut atas kelapa parut yang telah dikukus sekejap tadi..Siap sudah...Slamat mencuba..:-)

MAGGI TOMYAM~KEMAS UMAH LAGIIIII ~

Dah lama tak bersiaran langsung..balik kg umah mertua kat PENDANG KEDAH..wahh!! best sesangat.. meriah tul tiap kali balik sana..adik beradik hubby ramai..sronok masak sama2..makan sama2.. yg paling best mak mertua serta ipar2 yg lain masak bihun sup utara..my feberet sgt2..byk tul aku mkn..
Sampai umah dah mlm so..xsmpt buat pe2..tido je lah..dan pg ini bermula lah tugas kemas mengemas.. sudah kemas br igt nk mkn..maka siaplah juadah yg tak seberapa ni tp cukup menyelerakan..hehee.. resepi bleh c&p je di sini.. Juz tambah megi dan siap sudah...maveles hehee..
2 ari ni asyik mkn nasi je..tiba lah masa kna kurangkan makan..badan dh rasa berat nii hehee.. pe2 pun maggi ni dah licin..:-)

Friday, March 25, 2011

KAM HEONG AYAM

Juadah kami ari ni..dah banyak kali buat coz hubby suka..resepi ni blaja dari majalah tapi lupa majalah ape..dh lama kot hehe..hubby suka kita masak je lah..maklumlah bau kari yang menusuk kalbu tu.. hubby suka sgt dgn kari..orang utara kan hehee..pe2pun resepi ni memang best..makan dgn roti pun ok gak.. jom kita ke dapur semak resepi nii...



KAM HEONG AYAM

BAHAN-BAHAN:-

6 ketul ayam
3 tangkai cili api
1/2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar rempah kari ayam
2 sudu sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos perasa
2 sudu besar kicap masin
2 sudu besar sos tiram
5 helai daun kari
Garam
Gula
serbuk perasa
Air secukupnya

CARA NAK BUAT:-

Goreng ayam dengan sedikit tepung hingga masak. Angkat dan ketepikan.
Kemudian tumis bawang bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
Selepas masukkan serbuk kari, daun kari, sos cili, sos tomato, sos tiram, sos perasa dan kicap masin. Kacau dan tambah air sikit.
Kemudian masukkan cili api, garam, gula serta serbuk perasa. Kacau lagi hingga pekat. Last sekali masukkan ayam dan gaul rata. Tutup api dan boleh dihidangkan..Slamat mencuba :-)


Thursday, March 24, 2011

UDANG LADA HITAM

Slamat petang semua..cuaca still ok g hingga ke petang tp dah nmpk tanda2 hujan nak turun.. pe2pun kita tgk dulu resepi simple nii..byk brg dapur dh habis..nk tgu ari minggu br nk kuar shoping..mkn je lu apa yg ada lam esbox tuuu hikhikk...jom semak resepi nak abihkan udang yg dh seminggu simpan.. :)

UDANG LADA HITAM

10 ekor udang (sederhana besar)
2 ulas bawang putih ( tumbuk )
1/2 halia ( tumbuk )
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos lada hitam
1/2 sudu besar kicap pekat
Cili merah ( potong )

CARA NAK BUAT:-

Goreng udang dengan sedikit tepung hingga garing. Angkat dan toskan.
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia hingga naik bau. Kemudian masukkan sos tiram, sos lada hitam dan kicap pekat. kacau dan tambah air sikit. Selepas itu masukkan serbuk perasa serta
udang dan gaul rata. Last sekali masukkan cili merah. Dah siap..Slamat mencuba..:-)

ROTI ARAB & KERUTUK DAGING

Assalamualaikum..cuaca pagi ni indah sekali..matahari bercahaya menyinari bumi Kepala Batas yang indah permai..ceewwaahh..bermadah pujangga lak pagi2 ni hehee..forget dulu pasal tu..jom kita tgk resepi yana and family semalam..xsempat nak buka laptop semlm..hubby blk lambat..kena layan dia laa..cian dia kena hujan..
Semalam sempat buat roti arab..konon nak makan petang tapi tersasar jadi makan malam..tgu hubby lmbt blk..reseppi ni juz c&p dari laman my resepi yana ubah sikit2..nasib baik jd gak hehee..pe2pun jom kita ke dapur..




BAHAN-BAHAN:-

2 cawan tepung gandum
2 sudu besar planta
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar shortening
2 sudu besar gula
1 sudu kecil yis
150 ml air suam


CARA NAK BUAT :-


  1. Satukan yis dan tepung. Kemudian gaul. 
  2. Lepas tu, bancuhkan planta, minyak, shortening dan gula dengan air suam. Kemudian campurkan semua bahan tadi dan uli sehingga licin.
  3. Perap doh selama 1 jam.
  4. Kemudian tumbuk bagi keluar angin dan uli semula.
  5. Lepas uli bolehlah canai nipis dan buat bulat2.
  6. Goreng sebiji2 dan tunggu biar roti kembung dulu baru terbalikkan.(siram minyak ats roti ms goreng)
  7. Dah siap roti arab..makan dengan kari best jugak..kami makan dgn kerutuk daging simple je.. Slamat mencuba :-)

Wednesday, March 23, 2011

NASI GORENG KARI

Nasi goreng lagiii!!! nak buat cane..suka buat nasi goreng hikhik..kali ni nasi goreng kari..teringat zaman duk UUM dulu..hampir tiap ari mkn tengah hari menu nasi goreng kari..RM1.50 satu bungkus + telo mata..murah dan best..banyak plak tu hikhik..Jom kita semak resepi nii..bau kari yg menusuk kalbu pagi tadi..hehee


NASI GORENG KARI

BAHAN-BAHAN:-

3 cawan nasi
2 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
1 sudu besar serbuk kari ayam ( campur 5 sudu besar air )
3 biji cili api ( potong )
Sosej
Carrot
Daun kari
Garam
Serbuk perasa

CARA NAK BUAT :-

Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah dan cili api hingga naik bau. Kemudian masukkan serbuk kari, daun kari, sosej dan juga carrot. Gaul. Lepas tu masukkan garam dan serbuk perasa. Dah cukup rasa bolehlah masukkan nasi dan gaul rata. Siap nasi goreng kita..Slamat mencuba:-)

Tuesday, March 22, 2011

AYAM PERCIK PUTIH

Hari ni dah bleh masuk dapur..badan dah rasa sihat..Tiba2 teringin nak makan ayam percik plak.. dah lama x masak percik.. Yana suka percik putih. So, kali ni jadilah percik putih resepi my family..tak tau la orang lain masak cane.. yang ni mama yana yang ajar hehee..Jom kita ke dapur semak resepi.. 






PERCIK AYAM KLATE

BAHAN A:-



2 ulas bawang merah ( tumbuk )
1 ulas bawang putih ( tumbuk )
1/2 inci halia ( tumbuk )
1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan air



BAHAN B:-



1 ketul ayam ( bahagian paha )
3 ulas bawang merah ( tumbuk/kisar)
1 ulas bawang putih ( tumbuk/kisar )
1 inci halia ( tumbuk/kisar )
2 batang serai ( diketuk )
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 keping asam keping
1 sudu tepung jagung ( campur sedikit air )
Garam
Gula
Serbuk perasa



CARA NAK BUAT:-



1. Rebus ayam bersama bahan A sehingga masak. Kemudian bakar kejap ayam tersebut.
2. Lepas tu dalam periuk lain bleh masak santan pekat dan juga santan cair bersama bahan B
    yang ditumbuk serta serai. Kacau sentiasa.
3. Bila dah mendidih masukkan asam keping. Kacau lagi dan masukkan garam, gula dan juga 
    serbuk perasa.
4. Buang asam keping ( takut terlebih rasa masam ) dan masukkan tepung jagung yang telah
  dicampur air. Kacau hingga kuah menjadi pekat. Tunggu hingga kuah mendidih dan masukkan
  ayam yang dibakartadi dan gaul rata.
5. Tutup api dan siap di hidang. Slamat Mencuba :-)



* harap2 faham la yana explain cara nak masak tu..tak faham bleh tanya :-)

Monday, March 21, 2011

SAKIT ITU KEMBALI LAGI~

Dah 2 ari tak de mood nak buat keje..ekceli, penyakit lama datang kembali..aduuhh!!! cian hubby and my little baby..ibu tido je..x larat nak buat keje..ari ni masih terasa sakit tapi bleh ditahan lagi tidak seperti 2 ari lepas..sape tau sakit ni..hmm..ni lah namanya sengugut..sakit ni yana kena masa zaman anak dara..sebelum kawin makan ubat herba nak bg hilang..Alhamdulillah..2 bulan mkn ubat terus hilang..tapi tak sangka lepas bersalin ari tu penyakit ni dtg balik..kali ni sakit sgt2..kena plak time tgh malam..2 ari rest xmasak..blogwalking pun xsempat..ari ni bleh laa sikit2 nak tgk blog..
Rasanya kena kembali makan ubat herba tu..tak tahan laaaaa sakit tu..nak bersalin ari tu rasanya takde la sakit sgt..Alhamdulillah Allah permudahkan proses bersalin yana..sakit 5 minit je terus baby kuar..syukur sgt2..
Aduhh..kena kembali rest..sakit sudah datang..;-)


Friday, March 18, 2011

SIRA UBI KELEDEK

Salam kembali..Walaupun hati masih tidak selesa tapi kaki tetap melangkah ke dapur..hehee.. Siap juga makan petang yang ringkas untuk ari ni..Resepi petang ni resepi zaman budak2 dulu..hati teringin nak makan..suka sangat sira ubi keledek ni masa budak2 dulu..1st time masak sendiri ni.. biasa, mama lah yang masak..anak pompuan dia tau makan je hehee..jom kita ke dapur sekali lagi..:-)

SIRA UBI KELEDEK

2 biji ubi keledek (sederhana besar & potong bulat)
3/4 cawan gula
4 cawan air
2 helai daun pandan
Sedikit air kapur

CARA NAK BUAT:-

Rendam ubi keledek dengan air kapur 10 minit. Kemudian toskan.
Panaskan air dan masukkan ubi, gula dan juga daun pandan. Biar je mendidih dan ubi masak. Dah siap lagi resepi kita..Slamat mencuba..:-)

* tahap kemanisan ikut selera. Yana orang klate so, faham2 lah tahap kemanisan tu cane..huhuu

TOFU TELUR OYSTER SOS

Lauk sampingan dengan Tom yam..jap je masak ni tapi sedap..semua boleh masak kot :-)



TOFU TELUR OYSTER SOS

2 batang Tofu telur ( potong bulat )
2 ulas bawang putih ( cincang halus )
1 inci halia ( cincang halus )
2 sudu besar oyster sos ( sos tiram )
1 sudu besar tepung jagung ( campur dgn sedikit air )
Serbuk perasa
Minyak untuk menumis

CARA NAK BUAT:-

Goreng tofu hingga kekuningan. kemudian angkat dan ketepikan.
Selepas itu, panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan halia hingga wangi.
Kemudian masukkan sos tiram dan juga sedikit air. Kacau dan masukkan serbuk perasa.
Last, masukkan tepung jagung yang dicampur dengan air. Kacau hingga kuah jadi pekat.
Tuangkan kuah ke atas tofu yang digoreng tadi..dah siap..Slamat mencuba :-)

TOM YAM AYAM SIMPLE

Nak masak ke tak nak masak ke nak masak..hmm..ari ni still moody..bila lah akan hilang semua ni.. Moody kee..tak moody kee..dah nama bini kena gak masak wlaupun sedikit..nak ilangkan rasa ketidakselasaan di hati ni aku masuk dapur je lah lepas blogwalking..hasilnya masak sudah resepi panas berapi nii hehee..sila2 le kita ke dapur jenguk resepi jap...:-)


TOM YAM AYAM SIMPLE

BAHAN-BAHAN:-

6 ketul ayam
4 ulas bawang putih
2 batang serai diketuk 
5 helai daun limau purut
3 sudu besar cili sos
4 sudu tomato sos
5 biji cili api (potong)
Carrot
kobis bunga
garam
bahan perisa
air secukupnya
minyak nak tumis

Cara nak masak :-

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih.
2. Masukkan sos cili,sos tomato,serai, daun limau purut serta ayam
3.Gaul semua bahan tadi dan biarkan semua sebati kejap
4.Bila dah naik bau masukkan air..klu nak kuah byk lebihkan air
5. Masukkan carrot, kubis bunga dan juga cil api
6.Masukkan garam dan bahan perisa
7. Tunggu sampai masak je laa... masa nk hidang baru lah kita perahkan asam limau..
8. Siap utk dimakan..Slamat Mencuba...-:)

Thursday, March 17, 2011

DONUT KENTANG BALL

Slamat petang..ari ni mood kurang baik sikit..tak tau la nape..Hmm..pe2 pun mood masak ada gak sikit2..Petang ni sempat uli donut sambil duk gaduh dgn my baby Damia..Dah lama nak buat donut ni..Resepi just copy dari kak yatie Sinar Kehidupanku..mintak izin ye k.yatie..suka sgt blog tu..ari2 mst singgah sana cari resepi..jom lah ke dapur semak resepi ni..yana buat donut ball..senang dan cepat..layannn :-)

Donut bulat dan sihat hikhikk..
DONUT KENTANG BALL

Bahan-bahan



4 1/2 cwn tepung gandum

1 cawan susu suam

1 biji telur
1 sudu besar yeast(bancuh dngn sedikit air suam)
3 sudu besar gula
3 sudu besar marjerin/butter
1 cwn kentang rebus dan lenyek halus
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara:

1.Tepung gandum digaul dengan butter dan kentang lenyek sehingga rata dan tuang yis yg di bancuh dngn sedikit air suam.
2.Telur dipukul sedikit & dicampur dengan susu yg dibancuh bersama gula(tuang susu sikit2 biar doh tak lembik sangat)
3.Campurkan ke dalam tepung gandum tadi dan uli sehingga menjadi doh.
4.Biarkan doh tadi naik 2 kali ganda.
5.Kemudian tumbuk doh untuk keluarkan angin.
6.Bentukkan doh anda mengikut citarasa masing-masing(saya bulat2kan doh dan leperkan sedikit,biarkan naik...bila nak goreng baru saya lubangkan tengahnya..)
7.Panaskan minyak dan goreng dngn menggunakan api perlahan.
8.Angkat dan toskan...gaul dengan gula halus atau salut dngn coklat dan di hias.

Donut ni lembut sangat..makan sambil minum kopi di kala hujan turun mesti x cukup.. Slamat Mencuba:-)

YAYA GEBU PART 2

“ Ya Allah! Berilah aku petunjuk Mu. Apa yang perlu aku buat, aku tak nak jadi anak derhaka pada ibu aku atau mungkin ini balasan yang harus aku terima kerana aku banyak menyakitkan hati Yaya dulu. Dia tak pernah buat salah pada aku, dia cuma suka pada aku tapi aku...”, Alif menadah tangannya memohon petunjuk dari Allah. Fikirannya buntu. Dia memejamkan matanya rapat dan menarik nafas panjang.
“ Pak Haji, Alif dah setuju dengan cadangan kita nak jodohkan dia dengan Yaya,” kata Mak Esah sambil tersenyum.
“ Betul ke ni Esah? Alhamdulillah. Kita boleh teruskan rancangan kita selepas ini. Kalau boleh saya nak langsungkan secepat yang mungkin. Yaya mesti gembira,” sambung Haji Sulaiman dengan wajah yang ceria. Dalam kegembiraan dia menjerit memanggil isterinya di dapur.
“ Kenapa Abang Hajinya, terkejut saya. Ada berita gembira ke?,” tanya Mak Haji sambil menuangkan kopi ke dalam cawan.
“ Mesti lah berita gembira, Alif dah setuju nak kahwin dengan Yaya. Saya dah tak sabar lagi nak terima menantu seorang doktor. Awak telefon Yaya sekarang, mesti dia gembira. Dah lama dia menunggu berita gembira ni,” kata Pak Sulaiman pada isterinya. Wajahnya masih tersenyum tanda gembira.
            “ Syukur Alhamdulillah. Saya takut sangat Alif tak setuju. Kalau tak mesti Yaya kecewa, dia terlalu berharap sangat,” balas Mak Timah pula. Dia duduk di sebelah suaminya Haji Sulaiman dan memegang erat tangan Haji Sulaiman.
            “ Yaya pasti gembira kan Bang,” sambung Mak Haji lagi. Tiba-tiba air matanya menitis.
            “ Kenapa awak menangis ni Mak Hajinya,” soal mak Esah. Dia terkejut melihat Mak Haji tiba-tiba menangis.
            “ Maafkan saya Esah, saya terlalu gembira. Akhirnya doa Yaya dimakbulkan. Terlalu lama dia menunggu Alif dan sekarang..,” Mak Haji tidak dapat meneruskan kata-katanya. Dia terlalu gembira dengan berita yang disampaikan oleh Mak Esah tadi.
“ Esah,” tiba-tiba Pak Sulaiman bersuara perlahan dalam suasana yang hiba. Dia melepaskan genggaman tangan isterinya yang masih menangis.
“ Kenapa Pak Haji, ada yang tak kena ke?,” tanya Mak Esah hairan. Dia dapat merasakan air muka Pak Haji berubah.
“ Engkau pasti ke Alif setuju. Aku tak nak kau paksa dia terima Yaya, kalau dia tak nak aku tak kisah. Yaya mesti faham,” kata Pak Sulaiman. Dia kemudian memandang wajah isterinya di sebelah.
“ Betul tu Esah. Aku tak mahu Alif menyesal sebab kahwin dengan Yaya. Kau dah tanya dia ke kot-kot dia dah ada yang lain. Budak-budak zaman sekarang ni semua nak cari sendiri,” sambung Mak Timah pula.
“ Aku tak pernah paksa dia, Alif tak ada siapa lagi. Selama ni dia asyik belajar je, tak pernah fikir benda lain. Aku yakin dia terima Yaya dengan ikhlas. Pak Haji dan Mak Haji jangan lah risau, anggap je semua ni dah jadi,” balas Mak Esah yakin namun dalam hatinya dia tahu Alif masih marah padanya kerana memaksa dia berkahwin dengan Yaya. Sejak dari zaman sekolah lagi dia tidak menyukai Yaya.
“ Alif masih marahkan Ibu?”, tanya Esah. Dia tahu Alif masih marah padanya. Sejak dari semalam Alif tidak bercakap dengannya. Mak Esah juga tahu Alif kecewa dengan keputusannya tapi hati Mak Esah tetap mengatakan bahawa Alif akan bahagia kalau berkahwin dengan Yaya.
“ Tak”, jawab Alif pendek. Dia terus bangun dari kerusi rotan dan berjalan menuju ke bilik. Dia tidak sanggup untuk berhadapan dengan ibunya. Hatinya masih kecewa dan sedih.
“ Ibu tahu Alif masih marahkan Ibu tapi Alif kena faham, Ibu buat semua ni untuk kebahagiaan Alif “, kata Mak Esah. Dia cuba menahan air matanya dari keluar. Dia mesti kuat untuk menjayakan rancangannya mengahwinkan Alif dengan Yaya.
            Alif berhenti melangkah apabila ibunya masih lagi bersuara dan bercakap mengenai jodohnya dengan Yaya. Alif menarik nafas panjang.
“ Ibu rasa Alif akan bahagia ke kalau kahwin dengan Yaya? Hmm..Tak pe la, kalau Ibu rasa Alif akan bahagia Alif akan kahwin dengan dia”, kata Alif sambil memejamkan matanya. Hatinya terasa cukup pedih ketika ini.
            “ Maknanya Alif setuju lah terima Yaya? Ibu pasti Alif akan bahagia dengan Yaya. Percaya lah nak”, kata Mak Esah dengan wajah yang ceria. Mak Esah terus bangun menuju ke dapur. Dia meninggalkan Alif dan Ani di ruang tamu.


TO BE CONTINUED..

Wednesday, March 16, 2011

KALIO UDANG

Slamat tengah hari..dah makan tengah hari ke.? yana xsmpat mkn pagi pun..ari ni skali lg breakfast+lunch..dah biasa camni sejak zaman budak2 g hehee..Ari ni rindu nak makan masakan mama..dulu zaman budak2 mama yana suka masak..kami tak pernah makan kat luar..arwah baba dulu suka mama masak je..tapi anak pompuan dia yg sorang ni tak pandai masak hikhik..pagi tadi call mama mintak resepi kalio..Kalau zaman budak2 dulu mama slalu buat kalio ayam..rasanya masakan indon..yana suka coz rasa kuahnya yang masam2 gitu..hehee..jom kita ke dapur tengok resepi main campak2 je ni..mama yana yg cakap.. dia pun tak ingat sgt dah resepi ni..:-) yang penting memang sedap wlaupun ganti dengan udang..ari2 makan ayam..tukar sikit ari ni..yana makan dengan roti je..nak diet xleh makan nasi..huhuu..

udang ni buat aku kembali resdung..huhuu..

BAHAN-BAHAN:-

10 ekor udang sederhana besar
3 ulas bawang merah ( tumbuk )*
2 ulas bawang putih ( tumbuk )*
3 sudu besar cili kisar/cili boh
1/2 kotak santan M&S ( saiz kecil )
2 cm lengkuas ( tumbuk )*
1 batang serai ( diketuk )
3 helai daun limau purut ( hiris kasar )
3 keping asam gelugor ( asam keping )
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Air secukupnya
Garam
Serbuk perasa
Gula

CARA NAK BUAT:-

Satukan semua bahan yang bertanda * bersama santan, serai dan cili kisar. Kacau supaya tak pecah minyak. Kemudian masukkan serbuk kunyit, daun limau purut dan juga asam keping. Kacau kejap dan masukkan udang. Kalau nak kuah banyak boleh tambah air. Gaul rata dan bolehlah masukkan garam, gula serta serbuk perasa. Tunggu hingga mendidih. Dah masak kalio kita...kalau nak pedas boleh tambah cili api yang dah potong..slamat mencuba :-)

* kalio biasanya pekat tapi yana buat berkuah. Tambah air banyak coz tak nak rasa lemak santan sangat..


NASI GORENG PLANTA

Resepi makan malam semalam. Tak sempat nak pegang laptop semalam. My baby kena selsema plak. Tak lena tido lah ibu semalam. My baby asyik terkejut je. hidung dia tersumbat. Sekarang dia tengah tido boleh lah ibu nak bern3 jap. Jom kita ke dapur sebelum baby jaga..:-)


NASI GORENG PLANTA

BAHAN-BAHAN:-

2 cawan nasi
1 biji bawang merah (mayang)
2 ulas bawang putih (mayang)
2 sudu besar planta
4 ekor udang
Kobis
Carrot
Fishball
Garam
Serbuk perasa



CARA NAK BUAT:-

Panas planta dan tumis bawang merah dan bawang putih. Bila dah wangi masukkan udang, carrot dan juga fishball.
Gaul. Lepas tu masukkan garam dan juga serbuk perasa. Gaul jap dan bolehlah masukkan nasi dan juga kobis. Gaul lagi. Dah siap nasi goreng kita. Slamat mencuba..:-)

Tuesday, March 15, 2011

JEJARI ROTI

Ari ni tak sempat nak layan dapur lama2..my baby kurang sihat..asyik nak ibu di sisi je..Camtu lah my baby kalau nak bertukar bulan..beberapa hari lagi genaplah my baby 9 bulan..cepat masa berlalu..jap je nak bern3 ni..my baby lena..nak bern3 resepi petang semalam..xsempat nak buka blog semalam hehee..pe2pun dah habis jejari roti..my hubby makan sorang2..dia celup dgn peanut butter g hehee.. Yana jumpa resepi ni lam Mesra.net..xsangka lak bleh jd sedap bahagian tepi roti nii..memang tak membazirlah roti lepas ni hehe..jom kita ke dapur..Layannn..

gambar ini diambil dgn hati yg ikhlas..hikhikk

JEJARI ROTI

24 keping tepi roti ( dari 6 keping roti )
1 biji telur
1 cawan susu pekat
Gula halus
butter untuk menggoreng

CARA NAK BUAT :-

Kacau telur dengan susu pekat. kemudian celupkan roti. Panaskan butter di atas kuali dan goreng roti yang telah dicelup tadi sehingga perang. Goreng sampai habis. Kalau butter kering boleh tambah lagi. Dah siap goreng semua taburkan gula halus di atas roti tersebut. Mudah je kan. Kalau nak buat jejari ni kena buat banyak2 tau. karang tak cukup lak. My hubby makan xingat kat bini pun hehee..Slamat mencuba!!

Monday, March 14, 2011

Hari Mengemas Sedunia~

2 ari tinggalkan home sweet home..hari ni kena kemas laaa....penatnyaa...

Gambar hiasan je ni..hehee

Xsempat masak..banyak keje nak settle..huhuu

Saturday, March 12, 2011

NASI GORENG JAGUNG

Dah lama plan nak masak nasi jagung..tunggu ari minggu je nak masak..tibe lak ada hal ari ni..so, nasi jagung jadi nasi goreng je lah untuk ari ni..tgu next week lak kot2 ada perasaan g nak makan nasi jagung hehee.. Jom kita ke dapur semak resepi jap..nak kuar p kenduri plak jap g..pagi ni heavy breakfast coz nak p makan kenduri jauh..krg x pasal2 lapo plak kat tgh highway..malas nak benti dah hehee..




NASI GORENG JAGUNG

BAHAN-BAHAN:-

2 cawan nasi
1/2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 cawan jagung ( jagung biji, yana rebus dgn susu cair dulu jap )
Isi ikan
Carrot
Fishball
Sos perasa
Garam
Serbuk perasa
Minyak untuk menumis


CARA NAK BUAT:-

Panas minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih. Bila dah wangi masukkan carrot dan juga fishball.
Gaul rata. Kemudian masukkan isi ikan dan gaul lagi. Lepas tu bolehlah masukkan garam dan juga serbuk perasa. And then bolehlah masukkan nasi dan jagung. Gaul lagi biar rata. Last yana letak sos perasa sikit jgn byk kan masin lak hehee..Dah siap..suka nasi ni coz rasa manis2 jagung gitu..hehee..Slamat mencuba..:-)